Blogger Templates

Followers

Friday, September 21, 2012

Highland Towers

-Masih ingat x tragedi Highland Towers tahun 1993? Tiba2 ntah kenapa aku teringat plak semula kisah ni... Mungkin sebab aku dan kawan2 yang terdiri daripada Ezuan, Intan Saina, Maida, Megat pernah datang ke sini untuk wat assignment dokumentari kami.... 
-Memang time tuh keadaan HT dah usang... Semak-samun, and kawasan dalam tuh pula banyak botol2 arak... 
-Paling x dpt lupa peristiwa time tuh adalah:
1. Tengah2 kami lepak kat bawah bangunan tuh, tetibe Megat dan Ezuan x silap lari lintang pukang dari tingkat atas... Kami pun ikut lari keluar dari kawasan tuh... Bila tanya kenapa, dorang bagitau nampak "anjing hitam yang sangat besar" sedang tenung dorang..... 
2. Tengah aku sedang 'mengacara" (aku selaku wartawan lokasi dalam assignment nie) kat depan area kawasan HT, tiba2 ada kereta polis datang buat rondaan.... Kami serahkan surat lecturer kami... Polis suruh jangan masuk dalam.... (nasib time tuh kami dah masuk dan snap2 gmbr).....
-Suasana ketika dalam area HT tuh mmg sayu.... So far NASIB BAIK aku x terdengar apa2 bunyi yang spooky.... Kalau x, memang nak demam sebulan kot...














Tanah runtuh Bukit Antarabangsa 2008 adalah sebuah peristiwa kejadian tanah runtuh yang telah berlaku pada 6 Disember 2008 di kawasan Bukit AntarabangsaUlu Klang,SelangorMalaysia. Empat orang terkorban dan 15 yang lain cedera di samping 14 buah rumah banglo ranap dalam tragedi tanah runtuh di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama, yang berlaku kira-kira jam 3.50 pagi (waktu Malaysia). Tragedi itu berlaku kira-kira 1.5 kilometer dari kawasan tragedi Highland Towers yang runtuh pada 11 Disember 1993.[1]

Tragedi Highland Towers merupakan tragedi runtuhan 1 dari 3 blok kondominium di Taman Hillview, Ulu KlangSelangor, pada 11 Disember 1993. Tragedi tersebut adalah satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Seramai 48 orang terkorban dalam tragedi yang menyayat hati ini. Highland Towers merupakan tiga blok pangsapuri 12 tingkat yang dinamakan Blok 1, Blok 2 dan Blok 3.


  • 7 Disember 2008:[6][7][8]
    • Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mula memasang jambatan taktikal empat lorong bagi membolehkan kenderaan penduduk yang terperangkap keluar dari lokasi tanah runtuh Bukit Antarabangsa selepas jalan penghubung di sekitar kawasan berhampiran terputus.
    • Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban.
    • Menurut pihak bomba dan penyelamat, tanah runtuh itu dipercayai berpunca daripada pergerakan air bawah tanah. [9]
  • 8 Disember 2008:[10][11][12]
    • Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa diberhentikan setelah pengesahan tiada lagi mangsa yang terperangkap atau tertimbus dalam kejadian itu dibuat berdasarkan ketiadaan petunjuk lain. Akan tetapi, operasi SAR akan tetap dilaksanakan namun ia melibatkan bantuan pencarian dokumen penting terhadap pemilik rumah masing-masing.
    • Cebisan daging yang dikesan oleh anjing pengesan Jabatan Bomba dan Penyelamat disahkan sebagai bangkai anjing peliharaan oleh Ketua Polis Selangor, Dato' Khalid Abu Bakar.
    • Jambatan taktikal yang dibina oleh pihak tentera siap dibina dan sedia dilalui oleh kenderaan. Tenaga Nasional Berhad pula berjaya memulihkan bekalan elektrik kepada kira-kira 1,500 rumah yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh itu.
    • Beberapa pimpinan PAS yang turut membuat lawatan ke lokasi kejadian sejak hari pertama, iaitu Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli; AJK PAS Pusat, Dr Lo' Lo' Ghazali; Ketua Penerangan Muslimat Pusat, Athirah Aiman al-Jundi; Exco kerajaan negeri Selangor, Dato' Hassan Mohd Ali, Dr Halimah; Iskandar Abdul Samad; Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Salehin Mukhyi; dan Ketua Amal Malaysia, ustaz Jamsari Marsom.
    • Penduduk di sekitar kawasan tanah runtuh Bukit Antarabangsa diminta membuat laporan polis sekiranya rumah yang mereka kosongkan telah dipecah masuk.
  • 9 Disember 2008:[13]
    • Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan pihak kerajaan menyediakan penempatan sementara kepada mangsa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa sama ada mangsa ditempatkan di hotel atau tempat lain yang lebih sesuai.
  • 10 Disember 2008:[14][15]
    • Jalan raya yang menjadi laluan alternatif itu sesak yang mengakibatkan ratusan kenderaan terkandas selama satu jam. Penghuni kediaman berhampiran lokasi kejadian mengambil peluang untuk memindahkan barang serta kenderaan masing-masing.
    • Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia membenarkan usul tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa dan aspek pembangunan di lereng bukit dibahaskan di Dewan Rakyat.
  • 13 Disember 2008:[16]
    • Nilai semasa hartanah di lokasi tanah runtuh Bukit Antarabangsa dianggarkan menurun kepada kira-kira 50 peratus daripada harga sebelum tragedi tanah runtuh yang mengorbankan empat nyawa itu.

[sunting]
Laporan siasatan

pada 25 November 2009, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menulis surat kepada beliau bagi memohon laporan mengenai kejadian tanah runtuh di kawasan itu tidak lagi diklafikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972. Permohonan itu dibuat MPAJ selepas Jabatan Kerja Raya (JKR) menyerahkan laporan teknikal berkenaan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, yang kemudian mahu ia didedahkan kepada orang ramai.
Pada 5 disember 2009, Laporan Siasatan Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa akhirnya dibenarkan dibaca oleh orang ramai. Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansormembenarkan MPAJ mendedahkan laporan itu walapun sebelum ini ia dikategorikan amat sulit. Tindakan kerajaan meluluskan permohonan itu bukan kerana ia sudah tersebar dalam internet, tetapi sebaliknya keputusan itu diputuskan mengikut prosedur yang ditetapkan. [17]

copy paste dari sini

No comments: