Blogger Templates

Followers

Monday, September 24, 2012

Artis Putus Cinta

-Pagi isnin, bukak ja PC, bukak FB terus kuar dua cerita artis putus cinta kat home FB aku,....

Alif Aziz dan Anne Ngasri....

“Sudah tiada jodoh antara kami. Tiada tarikh khusus bila kami putus cuma yang boleh saya katakan ia terjadi baru-baru ini. Keputusan dibuat bukan atas tekanan keluarga atau kenyataan Darling kepada rakan media sebelum ini. Ia membabitkan saya dengan Aliff yang cukup peribadi.
“Saya minta maaf sebab tak dapat berkongsi punca perpisahan kami. Tak perlu diulas dan diungkit lagi. Biarlah hanya saya dan Aliff saja yang tahu. Mungkin saya nampak macam muda dek saiz badan tetapi saya perlu tegas dalam membuat keputusan ini. Saya ada tanggungjawab yakni tiga anak untuk diberi perhatian.”
“Saya tidak nampak hubungan kami selama ini akan ke arah yang diharapkan (berkahwin). Anggaplah tiada jodoh. Jadi, biarlah kami kembali kepada landasan asal. Masing-masing boleh fokus kepada kehidupan dan kerjaya yang sudah dibina. Kami masih berhubung dan kekal berkawan atas paksi profesional. Saya ada hantar SMS pada dia.”

Remy Ishak dan Tiz Zaqyah...

Benar, kami sudah bukan lagi pasangan kekasih. Sudah tiga bulan dan rasanya sekarang saya patut membuat kenyataan agar kehidupan dan pergaulan seharian yang saya dan Tiz lalui tidak mengelirukan dan menimbulkan spekulasi yang lebih besar. Sebagai lelaki, saya ambil tanggungjawab itu untuk berterus-terang, saya tidak mahu memburukkan keadaan.

Selama ini saya dan Tiz anggap hubungan kami terlalu peribadi untuk dikongsikan. Saya tak mahu kecoh-kecoh tapi saya kena sedar, bila jadi artis saya tak boleh menidakkan keinginan orang untuk ambil tahu tentang hidup saya. Sudah tiga bulan kami bawa haluan masing-masing, sepanjang tempoh itu juga orang sudah mula pandang negatif apabila saya dan Tiz tidak lagi keluar dan masing-masing keluar bersama teman-teman berbeza. Sebelum timbul salah sangka atau cerita yang lebih teruk dan menjatuhkan imej kami berdua, rasanya sudah tiba masanya untuk saya buka mulut.

Yuna dan Qi

Saya dan Qi sekarang… senang kata kami taking a break. Tapi kami masih berkawan baik. Keputusan ni kami buat bersama, memandang saya sibuk dan terpaksa tinggal di Amerika. Dia pula di sini. Jadi kami rasa sukar untuk meneruskan perhubungan ni. Apa yang penting sekarang, kami fokus pada kerjaya. Saya ada matlamat saya dan banyak lagi impian yang saya belum capai. Dia juga ada arah tuju dia dalam apa yang dia buat sekarang. Pada saya, hubungan cinta bukan lagi pilihan. Jadi biarlah.. - Yuna

Ya, memang kini status kami sudah bertukar daripada kekasih kepada kawan kerana kami membuat keputusan untuk lebih tumpukan kepada komitmen kami kepada kerjaya masing-masing. Hubungan kami tidak pernah putus dan sebenarnya masih lagi berkawan baik serta berjumpa, malah hubungan saya bersama keluarganya juga masih baik. Terus-terang, saya tidak kecewa kerana harapan itu masih ada dan kami masih lagi berkawan. Lagipun hati saya masih lagi ada buat Yuna. Saya juga percaya kalau dah jodoh tidak akan ke mana - Qi


No comments: