Blogger Templates

Followers

Tuesday, August 26, 2014

Warisan Stokin Koyak Wajib Baca

Warisan Stokin Koyak.

Kisah seorang jutawan yang kini sedang sakit menunggu ajal telah menyuruh dikumpulkan anak-anaknya yang tercinta. Beliau berkata kepada mereka, "Anak-anak ayah, bila ayah sudah tidak ada nanti, ada permintaan ayah kepada kamu semua. Tolong pakaikan stokin kesayangan ayah, walaupun stokin tu koyak, ayah ingin pakai stokin kesayangan ayah kerana banyak kenangan ayah bersama stokin tu, minta stokin itu dipakai bila ayah nak dikafankan nanti."

Akhirnya jutawan itu meninggal dunia. Saat mengurus jenazah dan saat mengkafankan, anak-anaknya minta tuan imam untuk memakaikan stokin yang koyak itu sesuai dengan permintaan terakhir ayahnya. Akan tetapi tuan imam menolaknya, "Maaf secara syariat hanya 2 lembar kain putih saja yang dibenarkan dipakai kepada mayat."



Terjadi pula perbalahan antara anak-anak jutawan yang ingin memakaikan stokin koyak dan tuan imam serta beberapa orang ustaz lagi yang berada di sisi jenazah yang melarangnya. Kerana tidak ada titik temu dipanggilah penasihat keluarga yang juga seorang peguam. Beliau berkata, "Sebelum meninggal dunia, arwah ada memberikan saya surat wasiat, kita bacalah bersama mana tahu ada petunjuk."

Maka dibukalah surat wasiat jutawan tadi buat anak-anaknya yang dipesankan kepada peguam tersebut.

Suratnya bertulis, "Anak-anakku pasti sekarang kamu semua sedang berbalah kerana dilarang memakaikan stokin koyak kepada jenazah ayah. Lihatlah, padahal harta ayah banyak, wang berlimpah dengan kereta mewah, tanah, rumah dan ladang yang banyak tapi tidak ada ertinya ketika ayah sudah meninggal. Stokin koyak tu pun tidak boleh dibawa mati. Begitu tidak berertinya dunia buat ayah ketika ini, kecuali amal ibadah, sedekah dan doa-doa daripada kamu semua. Anak-anak ayah, inilah yang ingin ayah sampaikan agar kamu semua tidak tertipu lagi dengan dunia. Salam sayang dari ayah yang ingin melihat kamu semua menjadikan dunia sebagai jalan menuju Allah."


Via DrAzam Rauzan


***taken from oh! Media fb

Kalau dapat ni, pergghhh


-Kalau dapat ni, pergghh, kompom berbuih mulut aku nak suruh AA tidur.....  tapi sgt berkenan laaa design ni sebab siap ada slide....  Pastu siap ada tent plak....  Memang sah x kuar bilik AA during weekend kalau dpt katil cmnie....



-Ni lg satu design aku suka... sbb tgk tangga dia mmg selamat...  then ada meja... atas ada katil single, then bawah bley sumbat lagi 2-3 org....  waaaaa, berliur tgk gmbr ni!!!!

...?


-Jom kita beryoga-yogi..... Kadang2 stress bukan pasal kerja berlambak, tapi stress perangai certain people ni....  So, jom kita beryoga-yogi!

I'm with Palestine

-Assalamualaikum semua..

-Aku bukanlah 'peminat tegar' untuk isu ni.. Tapi sebagai manusia, aku juga terasa sedih, dan marah terhadap apa yang berlaku dengan saudara Muslim kita di Gaza.   Mereka setiap hari bermandikan darah... Tidur x nyenyak kerana memikirkan bila bom seterusnya akan mendarat. 

-Nyawa mereka umpama tiada nilai bagi puak Yahudi jahanam....

-Macam aku katakan awal td, aku bukan 'peminat tegar', tapi aku telah mula CUBA elakkan diri dari benda2 yang boleh menyumbangkan kepada ekonomi Yahudi sebagai contoh mcd, nestle etc....  Aku masih dlm proses dlm perkara ni....

-So, sesiapa yang baca blog ni, jom kita boikot barangan buatan puak yahudi ni....  jgn secara mendadak.. kita buat secara berperingkat... 

-x kisah anda melayu, cina, india, muslim, hindu, buddha, kristian... yg penting sifat kemanusiaan dlm diri anda... JOM SUPPORT PALESTINE!!! 






Lamanya x update


-Lamanya x update blog.. Sori semua....  Aku kadang2 smpi lupa aku ada blog....  Then aku plak terlampau byk kerja smpi terlupa nak update blog...  (malas sebenarnya).. xpe, pasni aku try aktif balik update blog nie.....  

Thursday, March 27, 2014

I Drew This

-Iye, aku lukis semua nie.... Agak-agak okay x??? ahahahahaha....







No shortcuts? Is it?


One simple statement from me on this....  "I just don't believed it anymore"....

Further study


-Ya, tengah mula nak bercita-cita untuk sambung belajar....  Kenapa? Sebabnya aku dah macam inspired by kawan-kawan aku yang tengah sambung belajar and ada pula yang dah tamat master....  

-TAPI, rasanya kena hold dulu impian tuh memandangkan kalau nak wat master di UiTM, kelas selalu abis waktu pejabat til malam....  So, rasanya better aku tunggu AA esp Auji tuh besar dulu skit, dah paham skit, baru aku proceed doing my master....


-Course? Of coz laaa benda yg aku minat.. Hal yang berkaitan dengan journalism... Journalism always di hatiku... And kenapa UiTM? UiTM bagi aku adalah sebuah universiti yang melahirkan graduan-graduan yang ummmpphhhh... Even pointers x tinggi, tapi bila dapat sijil bercapkan UiTM, adalah satu kepuasan dan kebanggaan bagi diri ini...


MH370

Gambar-gambar ni aku snap during aku melawat ke tempat tuh.. Kebetulan aku duty kat Hotel Sama-Sama, so aku 'curi' masa yang ada ke viewing point utk letak sekali hasil lukisan aku yang kecik...  

Seriously aku sedih bila terbaca semua nukilan di dinding ni....  Pelbagai agama, pelbagai bangsa, pelbagai manusia menulis dengan satu persamaan, KEIHKLASAN MENGHARAPKAN MH370 DAN SEMUA YG DI DALAMNYA BALIK DENGAN SELAMAT....

Tapi bila Perdana Menteri mengumumkan MH370 'ended' pada 25 Mac 2014 jam 10malam, majoriti senyap dan kelu x berkata-kata......  Tapi masih mengharapkan agar semua ini hanya mimpi semata-mata dan soon akan berlaku keajaiban.....

***kalau nak share photo x kisah, tapi please kredit... X suka copy and paste tanpa inform sumber asal...  TQ











Lukisan aku yang x seberapa....  

Aku tulis lagi...... dan lagi.. dan lagi....