Blogger Templates

Followers

Tuesday, August 26, 2014

Warisan Stokin Koyak Wajib Baca

Warisan Stokin Koyak.

Kisah seorang jutawan yang kini sedang sakit menunggu ajal telah menyuruh dikumpulkan anak-anaknya yang tercinta. Beliau berkata kepada mereka, "Anak-anak ayah, bila ayah sudah tidak ada nanti, ada permintaan ayah kepada kamu semua. Tolong pakaikan stokin kesayangan ayah, walaupun stokin tu koyak, ayah ingin pakai stokin kesayangan ayah kerana banyak kenangan ayah bersama stokin tu, minta stokin itu dipakai bila ayah nak dikafankan nanti."

Akhirnya jutawan itu meninggal dunia. Saat mengurus jenazah dan saat mengkafankan, anak-anaknya minta tuan imam untuk memakaikan stokin yang koyak itu sesuai dengan permintaan terakhir ayahnya. Akan tetapi tuan imam menolaknya, "Maaf secara syariat hanya 2 lembar kain putih saja yang dibenarkan dipakai kepada mayat."



Terjadi pula perbalahan antara anak-anak jutawan yang ingin memakaikan stokin koyak dan tuan imam serta beberapa orang ustaz lagi yang berada di sisi jenazah yang melarangnya. Kerana tidak ada titik temu dipanggilah penasihat keluarga yang juga seorang peguam. Beliau berkata, "Sebelum meninggal dunia, arwah ada memberikan saya surat wasiat, kita bacalah bersama mana tahu ada petunjuk."

Maka dibukalah surat wasiat jutawan tadi buat anak-anaknya yang dipesankan kepada peguam tersebut.

Suratnya bertulis, "Anak-anakku pasti sekarang kamu semua sedang berbalah kerana dilarang memakaikan stokin koyak kepada jenazah ayah. Lihatlah, padahal harta ayah banyak, wang berlimpah dengan kereta mewah, tanah, rumah dan ladang yang banyak tapi tidak ada ertinya ketika ayah sudah meninggal. Stokin koyak tu pun tidak boleh dibawa mati. Begitu tidak berertinya dunia buat ayah ketika ini, kecuali amal ibadah, sedekah dan doa-doa daripada kamu semua. Anak-anak ayah, inilah yang ingin ayah sampaikan agar kamu semua tidak tertipu lagi dengan dunia. Salam sayang dari ayah yang ingin melihat kamu semua menjadikan dunia sebagai jalan menuju Allah."


Via DrAzam Rauzan


***taken from oh! Media fb

Kalau dapat ni, pergghhh


-Kalau dapat ni, pergghh, kompom berbuih mulut aku nak suruh AA tidur.....  tapi sgt berkenan laaa design ni sebab siap ada slide....  Pastu siap ada tent plak....  Memang sah x kuar bilik AA during weekend kalau dpt katil cmnie....



-Ni lg satu design aku suka... sbb tgk tangga dia mmg selamat...  then ada meja... atas ada katil single, then bawah bley sumbat lagi 2-3 org....  waaaaa, berliur tgk gmbr ni!!!!

...?


-Jom kita beryoga-yogi..... Kadang2 stress bukan pasal kerja berlambak, tapi stress perangai certain people ni....  So, jom kita beryoga-yogi!

I'm with Palestine

-Assalamualaikum semua..

-Aku bukanlah 'peminat tegar' untuk isu ni.. Tapi sebagai manusia, aku juga terasa sedih, dan marah terhadap apa yang berlaku dengan saudara Muslim kita di Gaza.   Mereka setiap hari bermandikan darah... Tidur x nyenyak kerana memikirkan bila bom seterusnya akan mendarat. 

-Nyawa mereka umpama tiada nilai bagi puak Yahudi jahanam....

-Macam aku katakan awal td, aku bukan 'peminat tegar', tapi aku telah mula CUBA elakkan diri dari benda2 yang boleh menyumbangkan kepada ekonomi Yahudi sebagai contoh mcd, nestle etc....  Aku masih dlm proses dlm perkara ni....

-So, sesiapa yang baca blog ni, jom kita boikot barangan buatan puak yahudi ni....  jgn secara mendadak.. kita buat secara berperingkat... 

-x kisah anda melayu, cina, india, muslim, hindu, buddha, kristian... yg penting sifat kemanusiaan dlm diri anda... JOM SUPPORT PALESTINE!!! 






Lamanya x update


-Lamanya x update blog.. Sori semua....  Aku kadang2 smpi lupa aku ada blog....  Then aku plak terlampau byk kerja smpi terlupa nak update blog...  (malas sebenarnya).. xpe, pasni aku try aktif balik update blog nie.....