-BUT WARNING, benda ni SAAAAAANGATTTTT MANISSSSSS! so, kurangkan la sukatan gula tuh.... and nak buat topping, ada certain whipped cream ja yg sesuai utk buat topping pavlova ni... aku try, mmg xmenjadi.. abis cair topping aku....
1st time tengok nigella buat benda ni but aku xtau nama benda ni PAVLOVA.. |
pukul sampai berkilat dan 'bertanduk" |
makesure taruk bancuhan atas kertas minyak!!!!!! |
dalam oven... suhu 140c selamat 1jam hingga 1jam 15minit... |
taraaa! |
TIPS BUAT PAVLOVA:
Tips
- Jangan ada walau sedikit pun kuning telur
- Jangan ada walau setitis pun air dalam adunan.
- Jangan guna telur yang dikeluarkan dari peti sejuk kerana walaupun telah sejuk dengan suhu bilik, masih ada wap air
- 4 biji putih telur
- ½ cawan pula kastor
- ½ sudu teh esen vanila
- 1 sudu teh cuka masakan
- ½ sudu besar tepung jagung
- 1 cawan ( 240 ml ) whipping cream
- ½ sudu teh esen vanila
- 1½ sudu besar gula halus ( pilihan )
Pavlova menggunakan bahan utama putih telur dan gula halus yang dipukul . Mula² pukul dengan kelajuan perlahan sehingga adunan menjadi ‘soft peak form’.
Kemudian pukul dengan kelajuan tinggi,, masukkan gula sedikit demi sedikit sambil terus memutar adunan.
Terus putar sehingga adunan menjadi putih berkilat. Antara tanda adunan telah menjadi marigue ialah apabila diangkat, terdapat hujung yang bertanduk tajam.
Masukkan esen vanila dan di pukul sampai sebati. Untuk membuktikan adunan betul² menjadi marigue, telangkupkan bekas yang mengandungi adunan di atas kepala. Kalau tak jatuh, itu tandanya adunna betul² telah menjadi marigue.
Masukkan tepung jagung dan cuka, gaul dengan spatula. Jangan diketuk-ketuk adunan tersebut. Biarkan dia naik secara semulajadi.
Lukis satu bulatan di atas kertas minyak ( parchment paper ) dengan menggunakan tin kek bersaiz 7 inci. Tuang adunan di atasnya, bentukkan bulat mengikut garisan yang dilukis sebagai panduan. Pastikan bahagian tepi adunan lebih tinggi dari bahagian tengah.
Masukkan dalam ketuhar yang telah dipanaskan dengan suhu 150°C . Bakar sejam ( 60 minit ) dengan api atas dan bawah.
Tips
- Jangan ada walau sedikit pun kuning telur
- Jangan ada walau setitis pun air dalam adunan.
- Jangan guna telur yang dikeluarkan dari peti sejuk kerana walaupun telah sejuk dengan suhu bilik, masih ada wap air
Sementara menunggu , kita buat bahagian topping pavlova. Putar 240ml atau 1 cawan whipping cream bersama esen vanilla sehingga kembang dan berkilat. Kami gunakan non diary tanpa gula. Boleh masukkan gula jika mahu tetapi untuk kesihatan , kurangkan gula.
Topping ini boleh disimpan di dalam bahagian beku , keluarkan apabila mahu menggunakannya.
Bila kek pavlova dah masak, buka pintu ketukar dan biarkan kek sejuk di dalam ketuhar.
Keluarkan untuk disapu topping dan hias mengikut citarasa. Cuba buat carian google untuk mendapatkan idea menghias.
No comments:
Post a Comment