Blogger Templates

Followers

Monday, July 25, 2011

Kebakaran di Sandakan...

SANDAKAN: “Saya mendengar penghuni rumah itu menjerit dan cuba membuka pintu jeriji utama, namun gagal kerana besinya terlalu panas.”

Demikian kata Jahari Husin, 42, saksi kebakaran rumah dua tingkat yang menyebabkan lima sekeluarga bersama pembantu rumah rentung di Kampung Jawa 2, Batu 12, jam 1 pagi semalam. Mangsa dikenali sebagai Osir Kamis, 81, dan isterinya, Kasnih Abdullah, 80; anak perempuan mereka, Zuliana, 38; menantu, Rahim Hassan, 47; cucu, Yulia Ezora, 3, serta pembantu rumah berusia lingkungan 20-an yang belum disahkan identitinya.

Paling menyedihkan, Zuliana ditemui rentung dalam keadaan berpelukan bersama anaknya, Yulia manakala kebanyakan mangsa ditemui berada berhampiran pintu rumah dan tingkap terkunci selain dipagari mangga besi dipercayai gagal dibuka.

Jahari yang juga anak saudara Osir berkata, ketika kejadian, dia tidur di rumahnya yang terletak bersebelahan kediaman keluarga malang itu sebelum dikejutkan jeritan seorang wanita.

“Saya terjaga sebaik mendengar jeritan wanita meminta tolong dua kali sebelum suaranya menghilang. Ketika itu, keadaan sangat gelap kerana bekalan elektrik terputus,” katanya. Menurutnya, sebaik membuka tingkap, dia terkejut mendapati rumah bapa saudaranya dijilat api dan bergegas keluar memberi bantuan.

“Saya menjerit ke arah rumah pekerja ladang sawit yang menetap di kawasan berhampiran untuk membantu memadamkan api.

“Sebaik tiba, saya mendengar beberapa jeritan lagi sebelum semuanya menjadi sunyi dan hanya terdengar bunyi api memamah rumah berkenaan,” katanya.

Jahari berkata, sebaik tiba, dia cuba membuka pintu jeriji utama rumah banglo 14 bilik itu, namun gagal kerana besinya terlalu panas.

“Beberapa jiran yang cuba membantu turut gagal apabila api sukar dikawal selain menjauhkan diri kerana terdengar empat letupan kuat dipercayai berpunca daripada tong gas. Api berjaya dikawal dan dipadamkan selepas kehadiran bomba,” katanya.

Katanya, dia tidak dapat menahan sebak sebaik melihat keadaan semua mangsa yang rentung.

“Ketiadaan bekalan elektrik dan rumah berkunci menyebabkan penduduk kampung gagal menyelamatkan keluarga berkenaan dan hanya menunggu bomba tiba memberi bantuan.

Sementara itu, Penguasa Bomba dan Penyelamat Sandakan, Alias Abu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.15 pagi dan mengambil masa 30 minit untuk tiba di tempat kejadian.

“Keadaan gelap berikutan ketiadaan bekalan elektrik dan lokasinya yang jauh dalam ladang sawit menyebabkan bomba terpaksa mengambil masa agak lama untuk tiba di rumah mangsa.

“18 anggota bersama tiga jentera berusaha mengawal kebakaran sebelum berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 2.41 pagi,” katanya.

Menurutnya, selain rumah, tiga kereta dan sebuah motosikal turut hangus.

“Keadaan rumah yang besar dan berkunci menyukarkan bomba memasukinya untuk tugas menyelamat serta memadam api.

“Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

***kenapa aku published entri ni? Sebab anak Allahyarham Osir ni seorang doctor, namanya Dr Mansor.. Aku selalu gi klinik dia.. Dr Mansor mmg jenis lawak, byk cakap, bla bla bla.. Xsangka mak ayah ahli kuarga lain meniggal dunia akibat kebakaran.. Semoga semua yang terkorban mendapat rahmat dari-Nya....

3 comments:

feendybrand said...

Pihak bomba di sandakan selalunya lambat kerana kawasan kebakaran tersebut terletak jauh dari balai bomba kerana pihak yg bertanggungjawab tidak terfikir untuk membina lebih daripada satu balai bomba di sandakans.sandakan mempunyai kawasan yang sangat luas,namun pihak yang bertanggungjawab tidak terfikir atau tidak mahu memikirkan keselamatan penduduk di sekitar sandakan.Allahyarham rahim adalah kawan sekerja saya.saya sedih pasal berita kebakaran tersebut dan meragut nyawa beliau.

feendybrand said...

Saya berharap sangat kepada pihak yang bertangungjawab agar mengambil langkah terbaik utk menyelesaikan masakah ini.MANA DIA SLOGAN YG MENYATAKAN RAKYAT DI DAHULUKAN.

iJaNg said...

FEENDY, takziah diucapkan kepada kuarga mangsa... aku ndak tau salah satu yg terkorban kawan ko... aku tau perkara ni pun dr ibu aku, then aku try search di google.... tp mmg payah lagik2 di sandakan tuh.. most of the drivers tuh kdg2 ndak faham kalau ada emergency, still mo guna lane kanan... ndak tau mo ke kiri and himpit bg laluan utk bomba+ambulans....