Blogger Templates

Followers

Friday, July 1, 2011

3, 2, 1 Cinta! Ermmm 3bintang kot...



~MENGISAHKAN Sam, anak gadis yang berpewatakan kasar seperti lelaki yang baru sahaja berpindah untuk menyambung pelajaran di sebuah kolej. Dia bertemu semula dengan kawan baik semasa sekolah iaitu Fariz di situ. Dalam masa yang sama, Sam mula ditakut-takutkan dengan fakta bahawa dengan sikap kasarnya itu, dia akan ditakuti oleh semua lelaki dan dia akan bersendirian sampai mati.

~ Ini Secara kebetulan, Sam terserempak dengan Nazril, lelaki idaman seluruh kolej. Dia tercabar dengan sikap Nazril yang hanya melayan perempuan cantik sahaja menyebabkan dia tekad untuk memikat Nazril. Pelbagai peristiwa yang melucukan dan romantis berlaku sepanjang usaha Sam untuk memikat Nazril termasuk cuba merubah penampilan dan sikap kasarnya.

~Dalam masa yang sama, hubungan Sam dengan bapa tirinya dan adik tirinya, Mimi juga semakin pulih dan erat. Akhirnya, Nazril jatuh cinta dengan kesungguhan Sam apabila Sam sanggup membantunya untuk menguruskan rumah anak yatim yang dibinanya.Sam juga sanggup mengajar anak-anak yatim itu dengan caranya yang tersendiri.

~Namun, rupa-rupanya Fariz selama ini menyintai Sam dalam diam. Fariz meluahkan perasaannya pada Sam. Sam yang keliru dengan luahan Fariz itu cuba berfikir kembali tentang perasaan dirinya terhadap Fariz dan Nazril. Dan ketika Nazril pula meluahkan perasaan kepada Sam, Sam sedar dan yakin siapa sebenarnya yang harus dipilihnya.

**Yang aku x suka, watak Sam tuh awal2 part mmg brutal gila... Awek bg kertas yg ada no pon, Sam genggam and buang then pecut motor dia.... Pastuh, tumbuk budak lelaki 1st day nak register kat kolej..... Boleh tumbuk lecturer, bunuh hamster anak lecturer dia, bla3.... Skali bila nak tackle si Nazril, perangai terus mcm budak2+bangang.. Terloncat sana, terloncat sini... Kalau da lama tomboi, manalaaaa terus nak jadik perangai cmtuh dalam tempoh yang singkat....

Kalau nak tgk stakat nak tgk2, bolehlaaa purchase, but for me, x berbaloi pun buang RM15 amik astro 1st tuh... kalau ada geng2 yg kebetulan cd cetak rompak, pinjam ja.. xpayah beli cd sendiri... ehehehe... (alamak, kalau pierre andre+farid kamil baca ni, abess aku)....

ps: skrg nak tunggu KL Gangster jerrr.... !

No comments: