Blogger Templates

Followers

Friday, September 9, 2011

Ngantuk, Bosan!!!!

-Dah jam 8.18petang da... Chin x send2 lagi pembetulan buletin tuh.... 4.30 aku nak blah da... Kene balik awal jugak hari ni sebab nak gi pasar presint 2 putrajaya tuh nak beli tulang.. Aku nak belajar wat sup tulang today.....

-"Chin, please hurry up!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Mekap Kawen aku...

-Tetibe time tengah tunggu designer e-mel kerja kat aku, aku 'bongkar2' folder pc aku... TERjumpa laaa folder kawen aku nie...

-Baju sama tapi perbezaan mekap mmg sangat jelas.. Sebabnya mak andam yang berbeza.... Kat Sandakan orang lain mekapkan, kat Kelantan orang lain plak....

-Cuma secara jujur aku suka mekap aku kat Sandakan... Nampak soft... Mekap mak andam kat Kelantan tuh buat aku nampak garang....

-Sangat beza dengan mak andam aku kat Sandakan tuh.. Dia siap tanya kalau aku suka mekap tu atau x... Dia suka kalau tambah itu ini, aku suka ke kalau guna kaler tuh, bla3.... Semua dia tanya aku.... Siap bley tolong mekapkan anak buah aku and offer nak mekap mak aku...

-Mak andam kelantan tuh plak aku ingat lagik kelam-kabut mekapkan aku dan x mesra alam langsung.... Mak aku mintak tepek bedak muka skit, dia da bg byk alasan... Teruk...

Ni mekap time kat Sandakan oleh Christine... Cantek kan????

Ni mekap kat Kelantan oleh mak andam kedekut (xingat namanya)..
Nampak aku ni mcm mak tiri...

Ni namanya GENIUS....

***kredit to khalis from sah dan tak sah....

Dis week gua baca.....





-Dalam xsampai dua minggu, aku da berjaya dan hampir berjaya habiskan 4novel....

-1st, akukah cinderella itu, then fatimah fatty, tabik cikgu and skrg tgh baca nota adania....

-So far apa aku beli mmg x pernah nyesal sbb semua jalan cerita aku suka...
-Time budak2 tidur aku baca, gi toilet aku baca.... eheheheh... kan namanya mengisi masa yang terluang)....









Men thinks...............











Para jejaka di luar sana, betul ke????????


***kredit to khalis from sah dan tak sah...

Teen Novels to let go....






-Hi peeps...

-Ni aku nak let go dua teen novels... Aku xpernah baca lagik cerita ni and memang still baru sangat2... Kalau nak cakap condition, memang 10/10 (still bau kedai).....

-Kenapa aku nak let go? Sebab aku terbeli double.. Dulu aku da beli da.. Semalam aku gi PTS, again aku terbeli benda yang sama.....

-Each novel ni harga rm16... Aku nak let go rm15 jerr for each novel....

-Kalau nak tau sinopsis, klik kat sini...





1. Aku, Dia dan Coklat - BOOKED by Luv Trisya.....

2. Aku, Dia dan Glamour - AVAILABLE

Bila la nak pindah???

-Secara jujur, almost tiap hari drive lalu BAKAL opis baru ni, nak nyirap gak darah nie... Sebabnya ntah bila laaa nak pindah secara rasmi...

-Notis bgtau pindah pertengahan October nie, tp ni mcm senyap ja.. Kotak pun xda lagik... Nak kemas brg2 ni bukan sehari dua...

-Aku da start fedap da ulang-alik drive Putrajaya-KL 2tahun++.... Aku nak pindah!!!! Aku nak pindah!!!!

-Berangan2 kejap, kalau betul2 da pindah, alangkah nikmatnya... Rumah ke opis baru ni x sampai 5minit pun... -Minyak pun save, tol pun da save.... Banyak benda aku bley save esp save energy!!!!

-Tapi persoalannya, BILA NAK PINDAH NIE???? Grrrrrr.....

Apa ni? Demonstrasi ke?















-Semalam (8Sept2011), tengah baru kuar dari opis nak gi Batu Caves, jalan jammed.. Padahal area jalan Raja Laut (dekat lorong haji taib) jarang jammed kecuali time lunch atau orang balik kerja...

-Sekali tengok ada orang ramai2 kumpul pakai t-shirt kaler merah with media and police around... Aku try2 usha paper today, xda plak news pasal ni..... Neway, tengok jerlaaa gambar2 ni yek...

Thursday, September 8, 2011

Klate maghi....



-Fuh, bangga ni kelantanese sebab semua da start nak guna bahasa demo.....

Kibarkan Jalur Gemilang!

-Aik, ni da lepas da 31Ogos 2011, tapi sekeliling aku masih x banyak kelihatan Jalur Gemilang.... Kata bangga jadik anak Malaysia, tapi kalau x kibarkan JG pun, xda guna gak... Mcm cakap x serupa bikin...

-Xkan nak kibarkan 2-3bendera pun berat? Dah cukup bagus da kita ni 54 tahun merdeka dari ancaman komunis (secara zahir)... Cuma sayang makin lama mental kebanyakan kita plak yang semakin dijajah....

-Yelah, anak-anak muda da mula lupakan diri, sosial sana sini, kes itu, kes ini... Semua tu kira masih dijajah laaa tuh.... Nak sangat ikut fenomena Barat yang ntah apa2 tah.....

-So, sempena tahun 2011 nie, marilah kita semua kelurkan diri masing-masing dari genggaman penjajah tuh... Kita jadik diri kita sendiri, jadik Muslim yang sejati.... Clubbing2, seksi meksi (ada ke perkataan nie?), sosial yang so sial, apa2 yang negatif tuh kita tinggalkan....


Selamat Menyambut Kemerdekaan yang ke-54 dan Selamat Hari Malaysia!

Rozita Che Wan ~ Gorgeous...

-Aku bukanlah peminat si Rozita Che Wan nie... Tapi tengok umur da 40tahun (lahir tahun 1971) dan masih mampu maintain body, aku memang respect springggg kat dia....
-But sometimes tengok dia dengan eyelashes panjang tahap burung unta, mekap tebal, memang menampakkan dia ni da 'matang'...
-Neway, enjoy her pics....
























































-But banyak2 gambar dalam nie, yang aku paling suka kat bawah nie.....

So sweet and natural and innocent....

Cat Dog versi Human...

-Suami aku suka tengok kartun ni... Aku x suka tapi pernah laaa few times tengok time awal2 subscribed ASTRO dulu.....

-Kartun ni pasal kucing dan anjing yang bercantum kat lower body tanpa ada kaki.... Ingatkan kartun jerrr, rupanya manusia pun ada yang mcm situasi Cat Dog nie....


Cat Dog versi kartun....


Human version....




***kredit to Oh Tidak!

Aku x nak makan KFC!

-Aku main copy and paste ja from Oh Tidak.... Tapi yang pasti pasni aku sumpah xkan makan KFC selalu lagik... Tobat...

Wanna eat KFC?It happened again!
One day usual my friend and I went to the nearby KFC to have our dinner. After ordered the burger and combo set, we found a place and sit down.
Everything was like normal, until one guy sitting next to us asked the waiter to his table. However, the waiter did not bother him so he ran to the counter and "invite" the waiter to his table.
My friend and I thought that might be a prank or something.This time, the waiter came to his table and he showed him the combo plate of chicken that he bought.
The guy asked: what is this inside the chicken meat?
Because it was quite a distance so we can't see real clear. The waiter look into the chicken and replied: sorry Sir, I think it must be our staff carelessly fell down the worms into the chicken while frying..
The guy shouted loudly: WHAT?!! It is not due to careless, it is grew inside the chicken itself!When we heard the word "worm".. we was like.... Urggggg...crap...
due to the guy shouted too loud, therefore the manager has come to comfort the guy and apologize that will return all his money.
However, the guy continue yelling and said: how can you bring out such a thing for you customer.....
-Ni gambar aku upload khas untuk korang kalau masih blur apa cerita sebenar... Huhuhuhu...

Telur lalat dalam ayam tuh... Uweeekkkkk...


***kredit to Oh Tidak!

Mee Papan for dinner....

-1st, sori sebab gambar blur.... Aku ada snap byk gmbr tapi ntah yg clear aku da terdelete laa pulak...

-Neway, ni laaa mi papan goreng aku buat last nite.... Aku da start bosan masak nasik+lauk, so better goreng mee ja....

-Mee papan ni beli dari Sabah.... Kering and x berbau mcm mee kuning yang dijual kat KL nie... Taruk udang, taruk daging, sos tiram, sos tomato, sos cili, taraaaaa, ni laa hasilnya....

-Im not a chef, but kalau takat nak sumbat makanan ke mulut tuh, bolehlaaaa....

Lawak : Si tua yang jujur...

Sekadar gambar hiasan

Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong kayu yang tua dan miskin. Adapun kemampuannya hanyalah mencari rezeki dengan menebang pokok yang sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu api.

Hanya isterinyalah peneman hidup saban hari tanpa dikurniakan anak.Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi....... Pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat kayu api.

Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat menemani si suami kerana sakit.Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit mentari untuk mencari kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya yang telah uzur seuzur usianya.... Sehinggalah kepenatan tidak jua dia berhenti.....

Tiba-tiba... genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak kesayangan dari tangannya lalu tercebur kedalam sungai yg dalam. Menangis sayulah si tua kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki... hendak terjun mencari takut disambar arus... meratap lah ia mengenangkan nasib...

Maka...bersimpatilah pari-pari dilangit melihat kegundahan si tua tersebut.... lalu turunlah ia bertanya... "wahai orang tua... kenapa bersedih hati"...

Dengan nada perasaan takut dan terkejut diperamati benar-benar, maka tahulah dia si pari-pari telah turun kebumi menyapakan....lalu diceritakan apa yang berlaku...

"Baiklah..akan kubantu mencari kapak engkau yang tenggelam"... lalu dengan serta merta terjunlah si pari-pari ke dalam sungai....

selang beberapa minit timbul lah kembali si pari-pari sambil mebawa kapak emas lalu dihulur kepada situa.... Dengan sedih jawab situa "..bukan..ini bukan kepunyaan hamba...tidak mampu hamba memiliki kapak emas ini"...

Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan timbul kembali bersama kapak perak. Tidak jua mengaku si tua kerana itu bukan kapak miliknya.

Sekali lagi si pari-pari terjun lalu membawa pula kapak gangsa. Tidak juga si tua itu menerimanya sehinggalah si pari-pari membawakannya kapak besi yang uzur.Maka apabila terpandang akan kapak itu...giranglah hatinya kerana itulah kapak miliknya.

Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si tua. Sebagai balasan kejujuranya kapak emas, perak dan gangsa turut dihadiahkan.

Pulanglah si tua dengan hati yang gembira. Sesampainya ke rumah lalu diceritakan kepada isterinya apa yang berlaku. Si isteri turut bergembira dengan kejujuran suaminya.Selepas kejadian tersebut.....

Selang bebarapa hari maka sihatlah semua akan isterinya. Seperti biasa mereka berdua pun dapatlah bersama-sama kehutan mencari kayu api...Namun begitu, pada suatu hari di musim tengkujuh..... turunlah keduanya ke dalam hutan mencari kayu...

Dalam perjalanan.... si isteri telah tergelincir lalu terjatuh dan hilang di dalam sungai. Maka menangis lah si tua akan kehilangan isterinya lalu menimbulkan simpati pari-pari di langit.

Lalu bertanyalah si pari-pari perihal kesedihan si tua tersebut... maka diceritakan lah akan kesedihannya kehilangan si isteri......

Lalu tanpa berlengah terjunlah si pari-pari ke dalam sungai...Selang bebarapa minit timbul lah si pari-pari sambil mendukung siti nurhaliza dan bertanya kepada si tua tersebut. "inikah isterimu?..."

Lantas si tua tersebut mengakuinya.." Ya..ya betul... inilah isteri hamba..."Mendengarkan pengakuan yang tidak jujur tersebut..maka marahlah si pari-pari... "Pembohong.... ini bukanlah isterimu...aku sump"...

Belum habis si pari-pari berkata lalu si tua mencelah.

"Sabar...sabar.... ini sebenarnya adalah salah faham.... bukan niat hamba berbuat demikian"... dengan nada sayu si tua meneruskan kata-katanya.

"Hamba khuatir jika hamba tidak mengakuinya..maka tuan hamba akan terjun semula beberapa kali lagi sambil membawa Siti Nurdiana, Maya Karin dan Pamela Anderson...hamba ini hanya lah si tua yang miskin tidak mampu memiliki kesemua mereka ini....."


***kredit to khalis from sah dan tak sah...

Wednesday, September 7, 2011

Kes kucing dibiarkan mati...

KEJAM.... Itu ja mampu aku kata bila dengar beita pasal 16 ekor kucing mati dibiarkan kelaparan di sebuah pusat penjagaan haiwan di Damansara Damai. Pusat Petknode tuh x bagi kucing2 tuh makan, x bagi mandi, x bersihkan tempat tinggal kucing tuh sampai keadaan kucing2 tuh daif....

-Bayangkan perasaan owner kucing2 tuh hantar kucing dorang ke Petknode dalam keadaan sihat+cantek+comel+gebu untuk bercuti raya seminggu, then bila nak amik, kucing da x serupa muka kucing lagik da... Kalau yang hidup pun da jadik kurus kering x terurus dan berbau....
-Aku pernah hantar kucing aku untuk 3-4 hari kat pusat penjagaan haiwan camnie dulu dan alhamdulillah memang ok....
-Ni aku upload few pics kucing2 tuh.... Yang cepat emosi (mcm aku), janganlaa tengok.... Karang makin sedih...

Kucing2 yang ditaruk diluar....
Antara kucing yang malang...

Kurus....

Ibu dan anaknya yang mati kelaparan...


Lagi few pics...

Iklan Petknode.... Xserupa bikin...
Lawa jerrr dlm iklan... Realitinya, cam sial...


Owner Petknode....


Khabarnya baru ja dibebaskan dari tahanan polis... (xpe, terlepas hukum dunia... tapi hukuman Allah pasti xkan dapat lari da)


Hadis Bukhari dan Muslim, daripada Ibnu Umar ra, bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda;
“Ada seorang perempuan yang disiksa kerana seekor kucing yang dikurungkannya (dipenjarakan) sampai kucing itu mati. Wanita itu akan dimasukkan kedalam api neraka. Wanita itu tidak suka memberi makanan dan minuman ketika dia memenjarakan kucing itu. Juga dia tidak suka melepaskannya untuk ia bebas memakan binatang2 kecil yang melata bumi”



***kredit to kucing.my

Green for lunch!

-YES, green only..... Aku just amik brokoli, peria dan jugak sayur apa tah yang belah kiri tuh.... Tu yang aku amik paling banyak sebab nampak sedap....

-Napa green? Sebab nak diet punya pasal... Tapi mcm Yana kata, "aik, kata nak diet tapi minum coke".... Hehehehe, alkisahnya Coke tuh da lama tersimpan di bawah meja aku since puasa lagik... Aku da ingat, aku terus minum laa.. Kang da expired, sayang plak kan.....

-Ala, takat lauk cmnie, rm2.... Mahal ke? For me, boleh laaa harga tuh... Zaman sekarang nie payah da amik lauk rm1... Lainlah kalau amik sekeping telur dadar jer....

Sanggup korang makan?

Fetus ayam atau itik yang diperam... Aku pernah tengok mat saleh makan benda alah ni dalam siaran tv astro.... Geli tgk siyol...
Plasenta manusia yang dipercayai boleh buat kita awet muda... Selalu aku dengar dibuat sebagai produk kecantikan...

Cheese yang dimakan dengan ulat-ulatnya sekali... Uwekkk...

Biji mata ikan tuna... (mmg besar cmni ke?)

Testis lembu.... (macam fear factor)...

Ikan buntal... Kalau silap masak, mmg boleh mati sebab ikan ni beracun...

Telur semut.... (aku x faham makanan ni but yg pasti, tgk gmbr pun aku da geli)

Sup ulat bulu.... (kalau sup ekor ke, sup tulang ke, sedap laaa gak)

Fried tarantula.....


p/s: Time muda2 dulu tengok Fear Factor, selalu dalam ati cakap,"ala, tutup idung, makan jerrrr"... Skrg ni kalau hidang duit depan aku asal makan benda2 ni pun aku xsanggup...... Biarlah aku stick makan nasik goreng jerr... Lagi sedap....