Blogger Templates

Followers

Friday, September 28, 2012

Demam Poplook

-Aku sekarang memang tengah demam PopLook.... 1st time aku tau pasal PL ni from Twitter Zafirah, my opismate.... Dia asek tweet memanjang pasal PL.... Tapi aku x amik kisah lagi... Then, raya baru2 ni akak aku plak sebut pasal PL, siap tunjuk Penny yang dia beli... WAH< SANGAT CANTEK!!!!!
-So, sudahnya, aku sekarang plak yang gila PL....
-Foto2 kat bawah ni aku taruk jer, bukan yang aku beli.....  ***wink wink...
Kalau terima parcel dr PL, dorg akan balut cmnie with sticker.. mmg nampak kemas...

ni apa namanya ek.... ermmm romper ek? dia cm dress, but seluar..... 

ni aku ada.... mmg sgt selesa.. mmg sleeveless but pakai laaaa cardigan... duhh...

PL pun jual skirt.... 

ni antara trend skrg... fishtail... kalau kreatif, org pakai with kain and belt... jadiklaaa ala2 baju kurung moden...

again romper tangan pendek... suka kaler green nie...tapi aku x beli sbb takut kang jd cm cempedak  yg dibalut...

ni aku ada... nmpk cm biasa kan? but once pakai with belt, mmg lawa!!!

ni la penny.... design ni mmg lawa and sold out cepat.... kalau design ni kuar lagi, makesure awal2 standby depan pc utk beli..... 

ni aku beli.... sebabnya boleh pakai ke opis ala2 jubah.... sopan and selesa..... 

Sopan Style

-Lately the fashion for the Muslimahs was so pretty.... And yes, aku sangat tertarik dengan design2 yang dihasilkan oleh pereka muda which most of them beroperasi di Shah Alam.  Kata Mizi, mungkin dorang nie graduated from Shah Alam kot and then terus bukak bisnes butik kat situ... (Mebi jugak kot!!!)
-But apa aku nak katakan, yes, design dorg memang sgt lawa and skrg plak musim cincai kaler (kaler block) which x kisahlaaa tops ko nak pakai kaler green, skirt nak pakai red, tudung tetibe pakai bright pink kan...... 

 -Kiut baju baju kat gambar atas nie? Kaler caca marba ja but sweet.... Sekarang ni memang musim pakai baju kaler contrast2.... Contohnya ermmm red with mustard, bright pink with orange, green with red, blue with pink, bla3..... Its all about creativity....!


 -Atas nie erm butik Cala Qisya.... Aku dah pergi 3x... So far the baju2 memang sgt comel cuma sayang skit, sebab rangka aku yg agak besar, so, the choice quite limited....

 -Atas ni antara peberet aku... Suka sgt tgk sebab sweet....  Ni from Nurul WonderWardrobe... Aku xpernah lagi gi butik dia but looking forward nak gi sana! KENA PERGI JUGA!!!!


Mak ai, boleh putus saraf aku tgk design ni... Cantek!!!!





 -Baju2 ni for me sesuai utk majlis, and jugak g opis.... Memang design 'pelik' sikit dari kebiasaan but hey, someone kena jadi trendsetter kat tempat kerja kan?  Kan? Kan?



Ni unik skit sbb kain beropol2.... Utk yg petite figure bolehlaa pakai..  Kalau aku yg pakai silap2 cm pokok krismas....









The packaging pun sangat kiut, ok!!!

ni nurul... toke NWW... (sori kalau silap!)



Ni design terbaru NWW.... Nak gi butik semalam tapi perut tetibe ngliu.. Maybe hari ni aku akan serbu butik dia....





Photos : From FB of Cala Qisya dan Nurul WonderWardrobe.....

Hijab Radiusite + Al-Humaira

-Bikin geram!!!! Itu ja yang dapat aku katakan kat tiga design terbaru daripada Radiusite dan Al-Humaira Contemporary nie.....
Yang ni shawl chiffon.... Dual kaler.... Memang lawa.... But nasib aku dapat tahan nafsu sebab skrg ni tumpuan aku nak beli shawl yg bercorak...

Ooo, this kaler wasss so nice!!!!

Sebelah kaler salmon dalam ungu kuat.... Combination yang unik...

satin shawl.. memang lawa... but xreti sgt nak pakai sebab licin...

chiffon shawl.... ada 3kaler .... memang lawa esp with plain blouse...

ni aku ada beli ... the kaler mmg sgt sweet...

i got this one too!!!!

and dis one!!

and dis one!!!! siap dah pakai ke opis... eheheheh
-Even the price quite expensive, but memang berbaloi because the quality memang superb and memuaskan.....

Monday, September 24, 2012

VID: So annoying...

-Adeh, aku pun terasa cm nak MC sebulan bila tengok video nie... Memang sangat ermmm ermmm entah nak guna perkataan apa yang paling sesuai bagi video nie....
-Minah ni namanya Nur Feetri dari Singapore.... Kalau nak tahu apa 'keistimewaan' video nie, klikla... ENJOY!!!!!   (******lari............................)


Khas Buat Yana

-Ni entri ni aku post khas buat Mama Wannabe Yana yang tengah tunggu detik untuk bersalin....
-Akak malas nak taip, but akak tetap doakan segala urusan Yana di dalam bilik bersalin akan dipermudahkan dan dipersenangkan oleh Allah SWT..... Semoga kesakitan nak bersalin tuh akan menjadikan salah satu kenangan yang terindah dalam hidup Yana, apa lagi detik mendengar tangisan bayi untuk pertama kali.....
-

Time jamuan BPDN.....  

Kat opis kami ada dua ibu boyot tunggu masa.... Kak Sue (sebelah Yana) tuh dah start cuti tunggu masa bersalin...

Yana kat kanan tu yek.... Yang kat kiri tuh sah x nak pregnen lagik!!!

Us, paling terbaru time snap nak balik Jumaat lepas....
Doa mudah bersalin, InsyaAllah....

Awat tutup muka?

-Gempar bila ada juga wujud manusia yang x berperikemanusiaan..... Minah kilang yang dipercayai lempar bayi yang baru dilahirkan secara hidup-hidup dari tingkat 3 di Flat Desa Mentari....
-Bangang punya manusia... Ko dah mengandung, dah sakit bersalin, last2 ko campak cmtuh????? 


Kenapa nak tutup muka?
Berita penuh, klik sini.. Aku malas nak taip..

Artis Putus Cinta

-Pagi isnin, bukak ja PC, bukak FB terus kuar dua cerita artis putus cinta kat home FB aku,....

Alif Aziz dan Anne Ngasri....

“Sudah tiada jodoh antara kami. Tiada tarikh khusus bila kami putus cuma yang boleh saya katakan ia terjadi baru-baru ini. Keputusan dibuat bukan atas tekanan keluarga atau kenyataan Darling kepada rakan media sebelum ini. Ia membabitkan saya dengan Aliff yang cukup peribadi.
“Saya minta maaf sebab tak dapat berkongsi punca perpisahan kami. Tak perlu diulas dan diungkit lagi. Biarlah hanya saya dan Aliff saja yang tahu. Mungkin saya nampak macam muda dek saiz badan tetapi saya perlu tegas dalam membuat keputusan ini. Saya ada tanggungjawab yakni tiga anak untuk diberi perhatian.”
“Saya tidak nampak hubungan kami selama ini akan ke arah yang diharapkan (berkahwin). Anggaplah tiada jodoh. Jadi, biarlah kami kembali kepada landasan asal. Masing-masing boleh fokus kepada kehidupan dan kerjaya yang sudah dibina. Kami masih berhubung dan kekal berkawan atas paksi profesional. Saya ada hantar SMS pada dia.”

Remy Ishak dan Tiz Zaqyah...

Benar, kami sudah bukan lagi pasangan kekasih. Sudah tiga bulan dan rasanya sekarang saya patut membuat kenyataan agar kehidupan dan pergaulan seharian yang saya dan Tiz lalui tidak mengelirukan dan menimbulkan spekulasi yang lebih besar. Sebagai lelaki, saya ambil tanggungjawab itu untuk berterus-terang, saya tidak mahu memburukkan keadaan.

Selama ini saya dan Tiz anggap hubungan kami terlalu peribadi untuk dikongsikan. Saya tak mahu kecoh-kecoh tapi saya kena sedar, bila jadi artis saya tak boleh menidakkan keinginan orang untuk ambil tahu tentang hidup saya. Sudah tiga bulan kami bawa haluan masing-masing, sepanjang tempoh itu juga orang sudah mula pandang negatif apabila saya dan Tiz tidak lagi keluar dan masing-masing keluar bersama teman-teman berbeza. Sebelum timbul salah sangka atau cerita yang lebih teruk dan menjatuhkan imej kami berdua, rasanya sudah tiba masanya untuk saya buka mulut.

Yuna dan Qi

Saya dan Qi sekarang… senang kata kami taking a break. Tapi kami masih berkawan baik. Keputusan ni kami buat bersama, memandang saya sibuk dan terpaksa tinggal di Amerika. Dia pula di sini. Jadi kami rasa sukar untuk meneruskan perhubungan ni. Apa yang penting sekarang, kami fokus pada kerjaya. Saya ada matlamat saya dan banyak lagi impian yang saya belum capai. Dia juga ada arah tuju dia dalam apa yang dia buat sekarang. Pada saya, hubungan cinta bukan lagi pilihan. Jadi biarlah.. - Yuna

Ya, memang kini status kami sudah bertukar daripada kekasih kepada kawan kerana kami membuat keputusan untuk lebih tumpukan kepada komitmen kami kepada kerjaya masing-masing. Hubungan kami tidak pernah putus dan sebenarnya masih lagi berkawan baik serta berjumpa, malah hubungan saya bersama keluarganya juga masih baik. Terus-terang, saya tidak kecewa kerana harapan itu masih ada dan kami masih lagi berkawan. Lagipun hati saya masih lagi ada buat Yuna. Saya juga percaya kalau dah jodoh tidak akan ke mana - Qi