Blogger Templates

Followers

Tuesday, August 7, 2012

Hijab Shawl : Lawanya!

-Ha, tadi hijab sarung... Ni aku post plak shawl yang aku suka tengok sbb bukan takat shawl tu lawa, tapi modelnya pun sangat lawa....

















***pendek kata, kalau nak beli hijab tuh, berpada2 la.. kadang2 shawl ni ikut org gak... kadang2 sesuai dgn kita, kdg2 idak sesuai.... Yelah, shawl ni bukan rm10-rm20... ada yang cecah rm90 depends dgn hiasan yang ada kat shawl tuh cthnya beads...
-aku pun kdg2 menahan ja nafsu sbb takut x sesuai dgn aku... and lagi satu, aku bukan pakar belit2 and guna peniti kat kepala ni.. silap haribulan tgh dukung Auji, terpacak plak peniti tuh kat kulit kepala aku...!

Duit Baru

-Yeah, yeah.. X lama lagi dah nak Raya..... Korang dah tukar duit baru x untuk angpau budak2? Cepat tukar, kang bank dah xda stok.... Gunalah duit lama... Tapi x da feeling kalau guna duit lama tuh....
-Aku pun dah tukar.. Tiap2 tahun wajib tukar dengan kazen aku yg kerja kat RHB sandakan tu, Marina.... Tahun ni aku tukar banyak sikit... Banyak x pa ssebab kalau x abis still boleh masukkan ablik dalam akaun... Hahahahaha... Aku tukar2 , boleh pulak terlupa angpau untuk anak-anak aku sendiri... Kesian Auni Auji.... Nasib aku ingat dan sempat tukar duit baru lagi...
-Tapi ada juga sok sek sok sek isu pasal duit baru ni sebijik mcm kertas untuk org mati bagi org cina.... Aku senang ja, kalau xnak guna duit tuh, lai lai bg aku!



Bagi aku comel ja duit baru ni... Saya suka! Saya suka!
Kalau takut nak guna duit ni sbb takut kena sial, meh pass kat aku... 

Makanan dan Fakta

HAMBURGER: Dinamakan stik Hamburg sempena sebuah bandar di Jerman iaitu Hamburg.


KON AISKRIM: Mula dihidangkan di Pesta Sedunia St. Louis pada tahun 1904. Sekeping wafel yang nipis dan rangup menjadi kon yang digunakan untuk mengisi aiskrim.
SANDWICH: Dinamakan sempena nama Earl of Sandwic, bangsawan Inggeris pada tahun 1700-an. Semasa bermain terup, dia meminta pelayannya membawa dua keping roti dengan sekeping daging panggang di antaranya.



 FRANKFRUKTER: Sempena nama bandar Frankfrurt di Jerman. Pakar percaya bahawa sosej ini mula dibuat di Jerman pada Zaman Pertengahan. Kira-kira pada tahun 1900, seorang penjual daripada Amerika Syarikat telah menjual Frankfrukter yang dimasak telah dikatakan menyebutnya ‘sosej dachshund panas’ kerana makanan ini menyerupai anjing dachshund yang berbadan panjang. Berasal daripada istilah tersebut, istilah hot dog mula digunakan dan terus menjadi popular.
PIZZA: Makanan kegemaran antarabangsa yang berasal Itali. Piza ialah perkataan Itali bagi Pai.
CROISSANT:  Sejenis roti digiling yang sangat popular di kalangan masyarakat Barat. Lazimnya, ia dihidangkan semasa sarapan pagi. Dikatakan bahawa nama roti Croissant ini berasal daripada istilah crescent yang membawa maksud bulan sabit. Bulan sabit adalah simbol utama Islam yang digunapakai pada bendera tentera Islam sejak Zaman Pertengahan. Roti ini dibuat bagi meraikan kemenangan tentera pimpinan Charle Martin semasa Perang Tours di Perancis terhadap tentera Islam Dinasti Umawiyyah pada tahun 732.
 PANCAKE : Merupakan makanan yang paling awal disediakan. Pankek yang pertama adalah campuran bijian yang dikisar dan air yang ditebar di atas batu panas. Kini, orang menikmati pelbagai pankek seperti crepe Perancis, palascinta Hungary, dosai India, cannelloni Itali, blintze Yahudi dan blini Rusia.
 PAVLOVA: Pencuci mulut meringue yang dibubuh krim pukul di atasnya. Makanan ini dicipta kerana menghormati penari balet perempuan Rusia, Anna Pavlova yang melawat Australia dan New Zealand pada tahun 1920-an, Australia dan New Zealand mendakwa telah mencipta hidangan ini.
TELUR SERATUS TAHUN (L'OEUF CENT ANS): Sejenis makanan istimewa bagi bangsa China di China. Ia adalah telur itik yang diawet. Telur beserta cangkerangnya diawet selama enam bulan dalam campuran abu, kapur, garam dan teh. Pengawetan ini memberi rasa telur tersebut seakan-akan seperti keju.

 LADU: Sejenis makanan yang berisi daging, keju dan sayur-sayuran. Kebiasannya ia dimakan dalam pelbagai bentuk di seluruh dunia. Antaranya adalah Won Ton China, Ravioli Itali, Kreplach Yahudi dan Pierogi Poland.

PRETZELS: Mula dibuat oleh rahib di selatan Eropah sebagai upah kepada pelajar yang menghafal doa mereka. Hujung bersilang pada Pretzels melambangkan tangan yang sedang berdoa.
IKAN MENTAH: Makanan kegemaran ramai orang. Orang Jepun menggemari sashimi, iaitu hirisan nipis makanan laut mentah. Seviche ialah sejenis pembuka selera Amerika Latin yang popular yang dibuat daripada ikan mentah dengan jus limau nipis. Orang Sweden menyediakan gravad lox, iaitu ikan Salmon segar dengan adas.

Monday, August 6, 2012

17kg

-Memang x dapat dinafikan nak kurangkan berat badan bukan benda mudah.... Its tough! In fact, kalau iman x kuat, memang aku dah lama putus asa.....
-Ingat senang ke nak putuskan bekalan karbohidrat ke dalam badan aku secara tiba2 selepas aku dah hidup dan membesar dengan nasi selama 30tahun?
-Betul kata pepatah orang putih, Beauty is Pain.... and the pain is really painful, ha ni aku tambah sendiri..... padan muka.... Konon ingat badan kurus tuh cantik sgt kan, tanggungla azab tahan makan semua.... Nak minum manis pun berpikir 2-3 kali... Apa lagi nak makan nasik ayam ke, nasik lemak ke, tu mmg pikir 10-11 kali....
-Aku dah selalu sgt berisi, kecik, berisi, kecik, berisi, kecik.... then jadik berisi balik.... Aku terus malas nak layan.... But bila baju dah mula sendat, memang terpaksa amik tindakan la. Kawal makan dan kena kuarkan peluh!
-aku xtau korg, but aku akui kalau aku 'kecik' skit, aku rasa kompiden... pakai apa pun rasa xda masalah...  plus Mizi jenis rangka kecik, kurus, tinggi.... aku xnak bila aku jalan disisi dia org ingat aku kakak dia... xnak!!! xnak!!!! 
-Tapi ada gak org kata muka aku sekarang ni mcm org x sehat... cengkung... Abis, dah kurang berat, mesti efek kat muka... 
-Aku diet mmg diet agak strict tp xdalah smpi skip benda yg bg tenaga.. aku mmg to,ak nasik, tp aku x tolak bihun atau kue tiaw... biasanya aku amik bihun la sbb lebih sedap dan x mengenyangkan sgt mcm kue tiaw tuh... blueekk...
-Ada gal few member kat FB pm aku apa aku wat smpi boleh kurangkan berat cmnie... tp majoriti bila aku bgtau cm give up... mmg la nak kurang berat kena berkorban skit... nak kurang berat kena penat skit, kena kuarkan peluh.... 
-tp apa pun, aku bersyukur sebab bermula dari diet yg aku amal sendiri start bulan april, aku berjaya rip off 17kg dr tubuh aku... suar yg aku x boleh pakai, terstuck kat paha kini dah boleh sarung dan zip dgn mudah.... kain2 bj kurung yg dulu sempit smpi senteng sebelah kini dah longgar smpi kdg2 mcm dah sapu lantai.... dulu double chin, skrg ni alhamdulillah mcm xda lagi, KOT.....
-aku da x amalkan diet tuh... cuma aku kawal.... bila jarum dah mula naik semula, aku akan kawal pemakanan aku... so maksudnya aku still boleh makan bila aku nak makan.. but bila jarum timbang ke paras bahaya, aku kena paham2 la utk amik tindakan kawal semula... at least xda la aku kempunan bila nak mkn something....
-aku xnak muda2 da berdepan dgn risiko jantung, lelah, darah tinggi, kencing manis... org2 dlm family ahah ibu  aku ada yg kena potong kaki sbb diabetes dan ada yg meninggal sbb darah tinggi... ajal maut mmg di tgn Allah SWT... tapi kalau kita berusaha utk elak, insyaAllah penyakit2 tuh akan lalu ja tanpa singgah ke tubuh kita....
-Ok.. aku nak mop kali kedua lantai rumah ni.. tadi guna sabun, jap lagi nak mop guna air putih... ni pun one of my exercise gak... berpeluh2 kalau mop sambil tutup kipas... ehehe.. ok.. tata!
Back to year 2003... Me with E'a... Percaya x betapa bulatnya aku time konvokesyen Diploma aku???
 -Orang selalu tanya termasuk family aku, apa aku wat sampai muka aku cengkung... Jawapan aku:
1.  Potong karbohidrat...
2.  Xda air manis2, xda air karbonat..
3.  Xda junk food..
4.  Air putih paling sikit 2liter sehari....
5.  Buah-buahan untuk lunch.... aku selalu amik betik and nanas... (betik baik pelawasan... nanas tajam...)
6. pagi aku just amik minuman shape plus aku beli kat online.... ;-)skrg dah stop dah.. aku try kawal berat secara manual...
7.  Bila aku terpaksa makan contohnya ke Sibu hari tuh, selepas ja makan makanan berat, aku terus telan Xenical... Then, aku telan Novolac.....
8.  Peluh mesti keluar... Sebab aku dah x main futsal (team komuniti aku asek bz xdtg training), so training aku kat rumah... Main dgn AA sampai penat...
9.  Rajin2lah mop lantai supaya kuar peluh extra.... (dulu aku siap minum ermm apa tah nama benda tuh untuk galakkan pengeluaran peluh)....
10.  Aku x join kawan2 keluar.... Sebab nanti nafsu aku x kuat, aku ikut skali makan and minum smpi lupa diet.....

 -And hasilnya, dulu time aku mengandung, bersalin, mengandung semula, dan bersalin, berat aku terus kekal ke 77-78kg... Aku takut jarum tuh akan terus naik cecah 80kg....
-Sekarang hasil seksa tahan nafsu, aku dah berjaya turun ke 60kg... Itupun kalau aku makan naik lah 1kg.. After that back to 60kg.... Xboleyla nak turun lebih2 sbb rangka aku jenis besar... Xkan nak expect aku sampai 50kg pulak..? Melampaulah tu!


-Cuma being like

Sumbangan ke Anak Yatim

-Ni kita dah berpuasa selama 16hari dah... Xsedar setengah bulan lagi sebelum kita sambut raya.  Dan aku tetibe tahun ni entah kenapa terdetik nak sumbangkan sesuatu kepada rumah anak2 yatim.  Mungkin sebab aku dah ada anak2, dan merasakan anak2 yatim ni juga berhak untuk bersuka ria ketika menjelangnya Syawal...
-Noooo, Noooo, im not trying to show that im nice here.... Aku dah 30 tahun.... Seperti yang aku katakan sebelum ni, aku x tahu kalau2 tahun ni Ramadhan yang terakhir untuk aku, dan ini sumbangan terakhir dari aku di atas muka bumi ini....


Teringin nak bagi beras gak.... 
 -Alhamdulillah aku post kat FB sesapa yg nak join.. So far ada 4orang ( x termasuk aku) yang bercadang untuk ikut serta sumbangkan benda..
Anak2 yatim pun berhak mengenal erti kegembiraan...
 -Rumah anak yatim pilihan? Aku pilih yang dekat ja dengan Putrajaya sebab 1 nak hangkut barang, and 2nd aku nak gi time lunch hour... So kalau jauh2 takut balik lewat.... Calon pilihan ialah...................................................................

Rumah Amal Baitus Sakinah Wal Mahabbah.. Rumah ni terletak kat Kota Warisan, Serdang... Mizi kata x tahu tapi aku yakin dia boleh cari...

-Mula2 aku ingat nak ajak Auni Auji gi sama, tapi pergi lunch hour, takut plak rush sana-sini disamping kang nak berhangkut segala diaper susu... ehehehe.. Biarlah dorang lepak kat taska ja.... eheheheh
Bila kita gembira, tahukah ramai manusia yang sedang berduka?
-Wokeh... Doakan semoga niat murni ni akan terlaksana....
-To Yuni, Yana, Puan Efa, Fazlin, thank you.. Paling lewat Selasa depan (14 Ogos 2012) ok... Semoga Allah SWT lindungi dan berkati hidup anda sekalian.. Amin...

Wednesday, August 1, 2012

4 years as MRS MIZI

-Tup tup, dah 4 tahun aku jadi PUAN.... X sedar cepat betul masa berjalan.... 
Nikah 1 Ogos 2008....  
Selepas 4 tahun, ni laaaa hasil perkahwinan kami... Auni and Auji...


HAPPY 4TH ANNIVERSARY, SAYANG!!!!!!!

Me and Radiusite

-Posing dengan tudung Radiusite... Sorrylaaa gambar teruk sikit sbb terpaksa curi2 snap sendiri kat depan PC opis....
***ume, ok x????

4th Anniversary

-1 Ogos 2012 genap perkahwinan aku ke-4 tahun dengan Mizi.  Dalam 4 tahun, aku dah dikurniakan dua anak perempuan yang sangat comel, Auni dan Auji....
-Even 4 tahun, kira ada jugakla bertengkar bermasam muka.  Biasalah rumahtangga mana yang x dilanda badai? Banyak benda yang masih kami perlu belajar untuk pastikan masjid yang dibina ni kukuh dan kekal lama....
-Apa pun, tahun ni, kami sambut awal di Hotel Prince sebab kazen aku, Marina bermurah hati bagi kupon prince plantinum dapat stay kat sana 1 malam for free... Sebab expired date Ogos, aku kena guna gak 28 Julai 2012... And kami check-out Isnin (terpaksa laaa cuti)...
-Seronok gak even abis barang2 hotel tunggang langgang pasal AA.... Aku siap g berurut untuk 1jam 30minit kat Sompoton Spa... Perrghhh, layan diri sorg2 jap kat spa without AA, kira heaven gak..... ahahaha....

Cake for our anniversary.....

Xda candle, but Auni beria2 tiup kek tu....

Guna flash baru nampak jelas the kaler inside the cake... Maklumla... Hotel kan samar2....

TomYamKung for us untuk berbuka posa.... Perggghhhh.... RM42 tu!!!!

Mintak maaf... Ada tangan budak sibuk nak amik nasik...

Nugget and fries for AA... RM36 kot.... 

Ni gelagat AA kat hotel.. Kuar masuk almari.... Abis safety box tuh dorang tekan2.....

Radiusite

-Aku x tau sejak bila fenomena Radiusite ni bermula tapi aku pasti aku baru kenal jenama ni dalam tempoh kurang dua bulan bila tengok ramai kawan2 aku kat FB asik LIKE page ni.
-Bila tengok tudung2 yang ada, hmm , mmg lawa... Bila bukak blog dia, semua asek SOLD OUT... Adei, kempunan aku nak beli and merasa 1.
-Then, bila dia upload gmbr baru tudung jenis ermm shawl yg kaler2, aku terus fill the form, tunggu emel, bayar, screen capture, emel, and tara, the items aku punya!
-Tapi x puas hati... Aku still nak jenguk butik dia kat Shah ALam... So, 28 Julai 2012 (Sabtu) aku ajak Mizi and AA gi Shah Alam... Butik Radiusite terletak kat Seksyen 7, dekat dgn Jakel...Sekali g, wah, mmg kat situ semua kawasan heaven tudung.. Memang boleh kopak duit kalau gi slalu....
-Kat butik tuh kecik ja, tapi ramainya manusia kat dalam tuh.... Aku amik ja apa yg aku berkenan terus bayar....
-Then, aku singgah plak kat Sugarscarf, aku sempat cekau 2 shawls... 1 for me, and 1 for my sis.... Dia  rumah dah kira dekat dengan shah alam, tapi susah sgt nak berjalan... ehehehe....
-ok, malas nak taip... aku insert few foto ...


Nampak x signboard Radiusite???

Sugarscarf..

Tudung aku borong... Dah ni jer yg aku berkenan kat sana...

Grey tuh for my sis.... Dia suka kaler2 cmnie...  ;-)

Tuesday, July 31, 2012

Hukum Berkaraoke

Aku bukan baik sgt.. Tapi just nak share ja la benda nie sebagai pengetahuan kita bersama....


Hukumya HARAM kalau ada bukan mahram yg dengar suara kita nyanyi.....  ;-)