Blogger Templates

Followers

Wednesday, July 6, 2011

Kepelbagaian tudung....



















-Sekarang nie pelbagai jenis tudung boleh kita perolehi.. Ada yang tudung jenis selendang, syria, etc.. Aku sendiri pun x tau nama2 tudung nie.. Kalau berkenan beli jer...

-Cuma baru-baru ni aku terdengar ada seorang hamba Allah mengusik salah sorg kawanku yang tudungnya sama jerrr.. Kawanku pun jawab "a'ah, beli borong lain kaler".. Lalu, hamba Allah nie tergelak... Aku pun cakap"tudung aku pun sama gak, lain kaler".. Dia kata, "kak ijang memang tudung sama jerr", she said again sambil tergelak.....

- Aku terpikir, PERLU sangat ke nak cakap mcm tuh? Tudung aku tuh berlambak sbnrnya kat rumah... Bukan nak riak, tp mmg sgt banyak.. Smpi ada yang da siap masuk drawer da... Da xda ruang nak gantung... Tapi aku xpakai sebab aku x reti... Tudung bawal (maklumlah suami dari Kelantan), mmg berlambak... Tapi pun aku x pakai sebab aku x reti nak pakai secara elok... Huhuhuhu.... And aku beli pun slalu kaler itam, Even sama design, lain brand, itam tetap pilihan aku....

-So, last2 aku pakai yang tudung sarung jerr... Aku mmg slalu beli terus 5-6 helai... Tapi berlainan kaler... Pernah aku borong sampai 12helai, tapi sebab tuh tudung bercorak2, aku jarang pakai... Alasannya, baju kurung aku pun bercorak.. Takkan baju kurung bercorak, tudung pun bercorak,kan?Koleksi tudung itam aku tanpa corak (plain) pun da nak 10helai)... ahahaha...

-But mmg aku x brapa gemar hamba Allah tuh berkata mcm tuh... Yalah, jgn pasal da xda topik nak bercakap, isu cmtuh pun nak dibangkitkan... Baik tutup mulut and remain silence than talking something rubbish yang maybe boley menyinggung perasaan orang lain...

-So, secara kesimpulan, kalau xda benda yang nak dicakap atau hal bukan urgent, belajarlah tutup mulut.. Lain org, lain perasaan...

Bonggol Unta





-Pemakaian sanggul tinggi time bertudung mmg xdapat dinafikan sangat cantek sebab kalau muka bulat pun boleh jadik lonjong... Style yg digelar bonggol unta nie pernahlah aku try di rumah (di rumah jer, kat luar xpernah yek), konon2 nak tgk ape yang best sangat bonggol unta nie... Wah, memang muka automatically terus berubah... Bukan nak syok sendiri, tapi mmg aku trasa sangat cantek... Kadang2 mcm hampir tewas jugak tp Alhamdulillah iman masih kuat lagik... biarlah kurang cantek di mata manusia, tapi yang penting cantek di mata Allah S.W.T...

-“akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.
-Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, “dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” (hadith riwayat Muslim. Hadith no 212)
-Fokus pada ayat “..Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai” dan “kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang”.

-Pada zaman Arab jahiliyah, wujud golongan penari dan pelacur dan mereka sering cuba menarik perhatian lelaki dengan gaya eksotik dan memberahikan. Juga diceritakan keadaan asal untuk menunjukkan tingginya taraf wanita mulia yang menjaga pemakaian daripada mengundang fitnah sesama wanita. Rambut ibarat mahkota justeru wanita-wanita zaman tersebut merasa bangga apabila rambut panjang yang disanggul atau ditocang menjadi kegilaan lelaki (trend zaman tersebut).
-Kalau rambut memang panjang, adakah adil jika wajib dipotong semata-mata mengelakkan daripada tudung yang dipakai menjadi tinggi? Dalil aqli juga perlu seiring dengan naqli untuk mejawab kemusykilan syarak. Konsep yang patut dipegang adalah bersederhana dalam pemakaian. Jika niat memakai sanggul tinggi sewaktu bertudung hanya untuk menarik perhatian, dikhuatiri akan timbul riak dan boleh mengundang fitnah. Namun, untuk mengatakan haram bertudung tinggi adalah salah sama sekali. Hanya segala amal itu dengan niat dan hanya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. (Hadith riwayat Bukhari & Muslim)
-Ijtihad yang perlu dipegang ialah tujuan utama bertudung sedemikian. Kalau sampai memakai sanggul tiruan, pastilah untuk menarik perhatian kan? Tetapi kalau rambut dah memang panjang, confirm sanggul besar tudung pun jadi tinggi la. Harus hukumnya bersanggul tinggi bila bertudung dan menutup rambut dengan sempurna. Kalau bersanggul dan tak bertudung, memang sah-sah la berdosa.... ;-)

Tuesday, July 5, 2011

Beza Kucing Sebenar dan Kucing Jelmaan


-Ayat tersebut boleh dijadikan sebagai doa pelindung sama ada untuk melindungi diri, keluarga atau harta. Semasa membaca perkataan "sadda" yang bermaksud benteng/dinding, bayangkan perkara yang ingin dilindungi itu dibentengkan oleh benteng yang sangat hebat.

-Selain tu nak kongsi jugak mengenai ciri-ciri kucing jelmaan jin yang dikongsi dalam perbincangan tersebut:

1) Berwarna hitam.
2) Petua untuk membezakan kucing sebenar dengan kucing jelmaan jin, perhatikan pada mata kucing tersebut sama ada berkelip atau tidak. Sekiranya berkelip, maka itu adalah kucing sebenar. Jika tidak, itu adalah kucing jelmaan jin.
3) Cara mudah untuk membuatkan mata kucing tersebut berkelip, pegang kepala kucing kemudian garu/usap di bawah leher/tengkuk kucing tersebut. Kucing sebenar pasti akan berkelip matanya sekiranya ia diperlakukan sebegitu, manakala kucing jelmaan jin tetap tidak akan menutup matanya (berkelip).
4) Jika kucing tersebut adalah jelmaan jin, suruh kucing itu keluar dalam cara apa sekalipun.
Selain kucing, ustaz tu pun ada kongsi macam mana untuk membezakan antara ular sebenar dengan ular jelmaan jin. Kaedah yang sama, perhatikan mata ular, berkelip atau tidak. Ko tak payah la carik penyakit nak gi tangkap ular tu usap tengkuk dia macam kucing! Cukup tengok mata dia je...

I love fridge magnet....


-Yup, aku peminat no.1 fridge magnet... Ni ja yang tinggal sebab dulu ada ja fridge magnet aku yang jatuh hancur berderai....

-Mangsa2nya akak2 aku sebab dorg slalu travelling... Aku slalu pesan, jgn beli brg lain, beli fridge magnet ja... Kalau xda fridge magnet, xpayah beli apa2....

-Bestfren aku yang tau aku suka benda alah ni mmg akan belikan aku fridge magnet and slalunya Ezanti, member aku time kat unit aduan dulu yang rajin belikan aku fridge magnet nie....

-Ada 1 tempat kat central market yang jual semuanya fridge magnet.. Syurga Fridge Magnet!! Ehheeh.. of course harga quite mahal sket, tapi bila beli berbaloi sgt... Tapi skrg ni da nak dekat 3tahun rasanya aku x gi sana... Elok gak, kalau x, sure akan berlaku pertumpahan RM.... ahahaha...

K, aku chiow dulu.. Tata

Bila da ada baby.....

~Bila da ada baby, beginilah keadaan rumah... Penuh dengan permainan... Ni da cukup baik da nampak kemas.. Kalau x, pening kepala.... Trasa macam tetibe kene darah tinggi... Ahahahaha...
~Ni baru mainan Auni sorang... Belum Auji bila da umur2 cam Auni.. Agak2nya bila Auji da setahun, Auni dua tahun, penuh rumah nie dengan toys... Huhuhu, meraunglaaa Ibu dorang ngemas rumah all the time.....-And yang getah numbering yang kalerful tuh wajib ada kat rumah sebab kat situlah tempat Auni suka melompat, berlari, bermain... ~Tapi, banyak2 toys ni pun, dia suka naik basikal tuh jer.. Toys2 berlambak kat bakul tuh dia da x sentuh pun... Mainan peberet dia remote control+handphone aku+ blekberi ayah dia.... Terpaksa tunggu Auji besar sket utk 'mewarisi' kesemua harta pusaka akak dia nie....







Monday, July 4, 2011

Nordin Busu (pilot) sakit...

-Nak inform jer, pilot jabatan penerangan, Encik Nordin Busu, sekarang cuti sakit akibat paru-paru berair... Ni gambar aku copy dari FB aku....
-Semalam (3Julai2011) aku dan Mizi gi lawat Abg Nordin... Abg Yazid Tahar+wife pun ada, dorg yang lead the way to Abg Nordin's house... 1st time nampak dia, memang aku terkejut.. Abg Nordin dah berubah.. Dulu sehat, cergas.. Skrg kurus+xbermaya.... Tapi kerisauan+kesedihan semua aku sorok supaya x buat Abg Nordin makin sedih....

-Lagi sebak bila dia jawab 1 soalan yang aku tanya kat dia... Memang sedih... Cuma aku xsure nak bgtau atau x kat korangape soalan yang aku tanya tuh.... Aku berbelah bagi...

-Tukar topik, time borak2, dia bgtau, dia mula sakit time 11Feb2011.... Dia kata selera makan xda, berat badan turun mendadak... Bayangkan berat Abg Nordin dulu 72kg ke 75kg x silap aku, skrg ni tinggal 53kg....

-Pertuturan Abg Nordin pun terjejas... Dah x jelas+lancar seperti dulu.... Memang aku sebak sangat tgk Abg Nordin... Xdpt nak ceritakan kepada korang sbb mula2 pun aku tgk gmbr nie, aku mmg terkejut gak.. Tapi bila da jumpa sendiri and tgk sendiri keadaan dia, mmg lagik terkejut....

-Kepada sesiapa yang kenal Abg Nordin, pergilah lawat dia... Bukan dia nak mintak derma pun, tapi bila kita sakit, kunjungan kawan2 sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kesakitan yang ada... Hari ni dia sakit, esok lusa, mana tau giliran kita pula...




Akhirnya penantian berakhir! Putrajaya!!!!


-FINALLY! Tunggu punya tunggu punya tunggu, akhirnya berita baik diumumkan jugak... Jabatan Penerangan akan berpindah ke Putrajaya menjelang September nie.... Paling awal selepas 19September after Hari Malaysia... Yahoooo!

-2years++ ulang-alik dari Putrajaya ke KL ke Putrajaya, perjalanan pergi 45-50minit dan balik 30minit, aku secara jujur dah mula penat dan letih bangun seawal jam 5pagi nak pergi kerja... Tu aku xkisah sgt bgn awal pagi... Tapi yang kesian Auni dan Auji.... Dorang masih nyenyak dengan mimpi main2 dengan fairies, tiba2 terpaksa kejutkan dorang.... Bagi minum susu+tukar diapers...

-Aku sebelum jam 6.25pg mesti da kuar umah untuk hantar my babies to rumah nenek pengasuh.... Aku mesti bertolak dari rumah pengasuh sebelum 6.35pagi... Then, pecut gunakan MEX.. Kalau Mizi yang drive, dia kira berhemah skit... Laju, tp masih dalam 110 cmtuh... Kalau Mizi outstesen, aku laaa ratu pecut!! Drive SS4030J dengan kelajuan 130-140.... Terpaksa laa.. Kalau lambat, terperangkap plak jem yang lebih teruk kat Sg.Besi tuh...

-Balik pun sama... Kalau aku trasa nak pecut, aku amik MEX.. Kalau aku nak singgah KFC @ McD beli makanan, aku ikutlah laluan Sg.Besi tuh... Tapi xlaa jem teruk mcm awal pagi.... Xlarat aku nak duduk dalam kereta...
-So far jem paling teruk aku pernah lalui time aku baru masuk opis iaitu 20Jun2011... Aku ingat da cuti sekolah, so aku menggatal ikut Sg.Besi... Skali, lepas bayar tol Sg.Besi ja dah mula jem...

-Adui.... AKu masih ingat lagik, jam 6.30pagi bertolak, jam 7.30pg, aku masih belum melepasi Nirvana (bgnn tempat org mati tuh)... Rupanya Smart Tunnel tutup utk operasi pembersihan+service.... Jam8.30pg, aku baru nampak bgnn Sogo..... And secara rasminya aku masuk and punch kad jam 8.45pagi... MERAH!!!!!! Lepas tuh aku da serik da nak ikut laluan Sg, Besi.... Biarlah tol mahal and jauh skit, tapi da serik kene pengalaman mcmtuh... Sebab lepas kes tu, kaki aku terus lenguh dekat 3hari, siap panggil tukang urut mintak urutkan kaki.. Ermm ok, bukan takat kaki, urut badan laa terus... ahahahah...

-Now bila da pindah Putrajaya, perjalanan dari rumah ke opis around 5minit ja.. Tu pun kalau bawak kelajuan 70-80.. Tol pun da bley jimat, minyak pun da bley save.. Alhamdulillah.. Berkat kesabaran 2tahun++.... Akhirnya penantian berakhir... Aku pun da boley hntr Auni Auji lewat skit.. Kalau aku amik WP2 (8pg-5ptg) pun still ok.. Aku still akan smpi ambik buah ati aku before jam 5.30ptg...

-Cuma keburukan pindah kat opis ni, da payah laa nak carik makan.. Kalau dulu, bley jalan kaki ke Maju Junction makan kat situ... Pasni, mesti terpaksa bergantung 90% kat kafe yang disediakan... Then, kalau Jumaat dulu bley jalan kaki ke Sogo atau Jalan Masjid India @ area2 terdekat... Bila da pindah Putrajaya nanti, satu2nya tempat ialah Alamanda... Senang cerita, elok lepak kat rumah pengasuh jumpa Auni Auji...

-Then, kelebihan opis kat Putrajaya selain jimat tol+minyak, aku juga da senang nak bawak Auni Auji wat medical checkup... Klinik&Hospital yang slalu dorang gi da kira dekat da... Xperlu amik masa yang lama... Sebab rules kat opis ni, kalau masuk opis selepas 11pagi, da consider cuti da... Alhamdulillah, aku sangat hepi xperlu lagik pikir tang tuh...

-Yang pasti, hopefully, meja aku kat tmpt baru ni nanti bleylaa bersebelahan dengan yang sekepala.. Bukan skrg ni x ok, cuma cukup2lah dengan kes yang terdahulu... Skrg da abis beranak, abis pantang, i want to open a new chapter in my life.... Emosi+hormon aku da kembali stabil....

-Ok, nanti kalau kitorg da bz packing2, sure aku akan pasti snap gmbr and update blog aku nie..... Just tunggu ja laa ya.. Aku chiow dulu.. Tata!

My Gladiator's shoe....

Hehehehe, ni la kasut aku... Actually aku beli kasut ni time aku pregnenkan Auji... Tgh jalan2 kat Alamanda, tetibe tertengok kasut nie... Da lama aku teringin kasut Gladiator... Aku terus usha2.. Ibu aku kata,"ko kan ngandung.. Mana bulih pakai high heels"....

Huhuhu, aku kata,"ijang teringin bah pakai kasut nie... lagipun baru 4bulan... masih bulih pakai lagik skrg sbb perut pun belum besar"... So, kerana nafsu, aku pun akhirnya TERbeli... Tapi after beli nie, aku xpernah pakai pun.... Takut kot2 tersadung ke, terseliuh ke, yelah, badan makin berat pasal ngandung.... Now, da masuk opis balik, kasut ni setia menanti aku di dalam kotak.... Akhirnya, dapat jugak aku sarungkan kasut ni ke kakiku....

- Trasa sangat konpiden berjalan2 guna kasut nie.. Tapi takat jalan dalam opis jerla.. Nak jalan lunch ke, jalan2 ke, ehehe, aku xsanggup..... Kang berlari2 melintas jalan guna kasut nie, ada kang aku terjatuh posing atas jalan.... Parah...


Semak-Samun... Oh, mejaku............


-Hehehehe, bukan xda kerja.. Tapi sementara merehatkan diri kejap, elok aku update blog aku.... Ni saja2 aku post entri ni.. Sebabnya aku da xtau nak masukkan entri ape, tp aku still nak wat something gak... ahahaha... - Well, ni laaa meja aku... Aku rasa antara pegawai2 kat opis nie, meja aku paling 'kemas' skali.... Satunya sebab meja aku ni penuh dengan buku.. Aku xbrape suka meja aku lapang, sebab kadang2 aku ni suka makan, so, kalau letak atas meja, makanan2 tuh tersoroklah dari pandangan mata org ramai esp from the outsiders...-Lagipun ntahla.. Dah kemas byk kali pun, still semak... xpe, xpe.. Xlama lagik pindah... yeah yeah! Nanti aku kemaslah meja aku kat opis baru tuh lawa2..... Siap bg sembur2 perfume bg wangi lagik.....

Each a Cup.... Ketagih!!

~ Minuman yang da buat aku ketagih and sanggup menyeberang jalan dari Sime Darby ke Maju Junction! Peberet aku so far, chocolate blended+bubbles dan jugak fantasy (strawberry+lychee)+aloe vera jellies.......

SAY NO TO 'bersih" coz its BULLSHIT

~ BERSIH??? Its Bullshit! Negara kita da cukup aman+damai+majmuk+selesa+maju+berkembang... Nak wat perhimpunan haram, tunjuk perasaan segala bagai, kenapa?

~ Da x ingat lagik ke anak bini kat rumah? X ingat ke selama ni anak belajar kat sekolah mana? Anak2 muda belajar universiti mana? Semua government... Bila da kucar-kacir berlaku, pertumpahan darah berlaku, cedera sampai x bley bekerja, sapa susah?

~ Secara kesimpulan, pikir sebelum bertindak... Paling senang, just say NO to bersih coz bersih is just sooooo damn bullshit!!!!!!!!!!!!!!!

Baca! Baca! Baca!















- Secara jujur, aku xpernah suka baca novel... Bagilah aku novel apa skali pun, aku xkan layan... Even bgtau aku novel tuh novel cintan yang bley wat nangis, aku xkan baca punya... Aku cuma layan majalah2 jerrr... Memang itulah aku... Da try da pupuk minat membaca, tapi mmg payah....

-But lately, minat aku utk membaca da mula timbul.. Yet, bukan novel tebal.. Novel remaja2 and nipis jer... Itupun sbb novel tuh 'ringan' dan x sakitkan otak... And peberet aku so far karya Ain Maisarah... Aku beli 1st novel aku, time tuh kat pameran buku rasanya, tapi tempat da lupa...

-Kebetulan aku singgah booth dia, aku tgk tajuk 'Aku Mahu saiz S' sangat menarik perhatian aku... Then, aku beli 'Aku mahu popular'... That time tgh nak bayar novel2 tuh, sorg minah tegur aku, nak sign x? Aku kata, ooo awak penulis buku ni? Dia senyum... So, dia sign laaa 1 buku aku tuh....

-Memang x sombong, senyum pun senyum jerr... -Aku balik and baca novel tuh, mmg not bad.... Suka jalan cerita and watak2 dalam tuh.... Esp watak2 Wannabaes yang merupakan kumpulan paling popular kat sekolah Sri Bangsar + Kerek + gediks.......

-Baru2 nie aku gi MPH, aku borong novel dia.... Then, Ahad 3Julai2011, aku sempat gi Pameran Buku kat SACC, Shah Alam, once again aku borong buku2 karya Ain Maisarah and few novels lain.... Still ada few yang aku xdpt sbb da sold out.. Aiseh, kene berusaha laaa ni gi carik kat kedai2 buku yang lain..... Huhuhuhu, ni laaa 1st time aku jadik gila novel sampai tahap cmnie..... Yeehooooo....!

Sushi time with Zarith....!

















































































































































~~ After 2years++ x lepak dengan Zarith kat Sushi King pasal aku pregnen, finally, 2 Julai 2011, kitorg berjaya gak lepak sama2 kat Sushi Alamanda.. Kesian plak Zarith drive jauh2 dari Cheras ke Putrajaya semata2 nak lepak dengan aku... TQ babe!!!

~~ Cuma Sushi King kat Alamanda ni bosan skit sbb x banyak pilihan kat atas 'elevator' bergerak tuh... Kalau nak kene order... Huhuhuh... Sometimes best kalau main2 amik dari situ.. Kalau order, fresh mmg fresh, panas mmg panas, tp lama.... Time tuh silap2 perut da kenyang belasah sushi lain... Ehehehehe...


~~ Wokeh, enjoy our pics ya!!

Saturday, July 2, 2011

I Miss Pok Lat!!!



~ Suddenly, I miss my Pok Lat sooooooooooooooooo MUCH!!! Dulu time aku masih dating2 dengan Mizi, aku pernah kata, bosan dok sorang2, konon nak beli anak kucing temankan aku..

~ Tup2 dia bawak PokLat dari Kelantan... Time tuh umur PokLat baru ja seminggu.. Still baby..

~ Aku bagi minum susu siap pakai botol susu lagik.. Then, pernah few times aku bawak PokLat ke opis time awal2 dapat tuh sbb bimbang dia x reti nak minum susu lagik dari pinggan.... Nasib bos x perasan+xtau... Yang tau Abg Faizal.... Tu pun sebab dia dengar kebetulan PokLat meow2 lapar...

~ Time tuh aku masih dok sorang kat umah akak aku dia Bdr Sri Damansara.. PokLat laa temankan aku... Dari dia masih x reti jalan sampai dia reti panjat katil aku.. Kitorg tidur sama2..... Aku ajar dia buang kat tempat yang disediakan....

~ Pernah sekali dia hilang... Dua malam gak aku pusing area rumah aku carik dia... Siap pernah mintak tolong guard bawak aku pusing area tuh guna motor... Nasib after two days missing, PokLat balik... Tiap malam aku x tutup pintu rapat supaya dia boley masuk rumah... Finally, dia masuk rumah and im sooo damn hepi!!

~ PokLat paling suka kalau naik kereta... Bawak dia siar2... Dia xkan takut... Dia siap dok tepi cermin nikmati pemandangan.. Bayangkan pernah dua kali aku hangkut dia dari KL ke Putrajaya, xpernah dia nyusahkan aku.... Mcm biasa, dok diam2 dalam kereta... Xda gerak pun.. Kalau gerak, pasal nak gi belakang dok dekat cermin belakang....

~ Bila aku da mengandung, aku terpaksa bagi PokLat duduk di luar... Kesian dia... PokLat da biasa duduk dalam rumah, tidur sekatil, now dia terpaksa stay outside... "Ijang terpaksa PokLat .. Im sorry!"...

~ Now, he's gone... Gone forever... Silap and bodoh aku.... Da 3x dia jatuh dari tingkat dua.... But bukan pasal tuh dia jatuh... Dia sakit... Mebi sakit pasal rindukan aku.... Im sooo stupid.... Skrg aku sgt rindukan dia.... Dulu time aku ada masalah, dia lah yg sedia dengar masalah+jeritan aku.. Meskipin dia x bercakap atau bagi respon, but i know he's listening.....

~ Xkan ada kucing yang boleh ganti PokLat .. Takda seekor pun!!! Coz u will be always my special PokLat , FOREVER!!!!! Ijang miss u, very much!



**Post ini ditujukan khas buat mendiang PokLat........

2Julai2011 ~ Jam 10.15malam....


~Babies da titun..... So, si Ibu melayan perasaan sorang2.. Mizi balik dari Kelantan and sampai lewat kot.. Mebi around jam3pg.. Selalu time camtuhlaa dia sampai umah... So, kompom aku x dapat tidur nyenyak tonite sebab nunggu bunyi pagar pintu rumah... ;-p

~ Lately sejak Mizi da pindah ke unit UST, makin banyak da dia kuar outstesen... Leaving me+Auni+Auji alone... Dulu pun kat opis lama ada dia outstesen but kejap2 jer.. Paling lama pun 5hari... Skrg ni kat unit baru, huh, tak tentu... Paling kejap 4hari..... Paling lama so far aku tau tapi x pernah kene lagik 2minggu++....

~ Kadang2 aku terpikir, cmnerlaaa kerja cmnie? Nape org yang susun jadual tuh x bagi 1minggu tuh orang lain, and 1 minggu lagi tuh tukar laa org lain... Orang2 yang kerja kat unit tuh semua bukan bujang lagik... Semua da kawin and ada anak da. Kalau anak umur 8-9 tahun xpelah.. Ni majoriti anak masih under 2years old... Kesiannya anak2 ditinggal..

~ Aku plak masih kat opis bhgn penerbitan... Kirannya dalam tempoh 4tahun aku bekerja dengan penerangan nie, ni laa tempoh paling lama aku bertugas di 1 tempat... dulu di unit komuniti bestari, setahun++... Then kat unit aduan pun 1thn++... So far, masih try sesuaikan diri aku kat bhgn tuh... Yelah, kerja2 semua tang penerbitan.. Aku plak dulu amik course journalism... Aku kalau suh menulis, aku on jer.. Bila suruh buat buku tuh yg aku blur skit... Masih dalam proses nak belajar.... And aku sedar aku masih baru 20% jer tau about publishing... Im sooooo damn blur......

~ Kadang2 terpikir, kalaulah aku tau aku will be working in this division, mmg sah2 aku apply course Publishing time kat UiTM dulu..... ahahaha, tp Journalism tetap di hati!

~ Dulu ingat lagik time aku pregnen, wah emosi aku sangat diganggu dengan hebatnya... Sampai theres certain time aku almost nak give up... But now, bila perut da 'kempis' balik, aku kosongkan jiwa aku, and open a new chapter... 0-0!!! Kosongkan minda aku, kosongkan jiwa aku, kosongkan perut aku, ermmm tuh nak kurangkan berat laaa... hik hik hik....

~ Speaking about berat badan, huhuhuhu, berat aku masih dalam keadaan sooooo critical... Help me! Target nak kurus time raya.... Tapi ni selera makan masih jerrr bagus, camner nak achieve the target?

Wokeh, stop here for now... Nak sediakan bahan2 masak dulu.. Awal pagi nak masak nasik goreng for Mizi sebab jam 8pg aku dgn Auni nak gi umah akak aku jap kat Bukit Jelutong... Ada gak bekfas for Mizi untuk makan.... Ahaks...

~ Will update my blog later.. Upload gambar tunggu senin sebab PC umah ni ntah tetibe x bley nak cucuk usb.... Tu yg xda gambar time lepak dengan Zarith tadik.. Ehehehe.. Ok, tata!

X-Men : 1st Class

~~~BILA laa aku bley tgk X-Men : 1st Class nie???????? Ni jaaa yang aku lambat naik tren.. Waaaaaaa!

Gladiators UK































-Kalau hari Ahad jam 10malam, tolong jangan ganggu TV sebab aku nak tgk peberet show aku, Gladiators UK....

-Gambar ramai-ramai tuh Gladiators yang senior... Siren, Goliath, and Amazon antara Gladiators baru yang join team nie...

-Kalau nak tau Gladiators nie, ia macam satu jenis sukan.... Ada empat peserta , dua lelaki dan dua perempuan... Peserta ni yang akan berdepan dengan para Gladiators nie.. Ada banyak event... :-

1.Duel -atas pelantar, 1 peserta lawan 1 Gladiator, pegang 'stick' besar, and try jatuhkan lawan dlm tempoh yang diberikan...

2. The wall - Peserta diberi masa 7saat awal untuk panjat dinding (wall climbing), after 7saat tuh, Gladiator akan kejar dari belakang dan cuba tarik jatuhkan dorang.....

3. Pyramid - Antara tough events sbb akan ada satu piramid besar... Peserta kene panjat smpi ke atas and tekan buzzer.. TAPI, setiap sorang akan kene hadapi sorang Gladiator..Gladiator akan cuba halang peserta dari smpi ke atas... So far, mmg skit sgt yang penah smpi ke atas... mungkin 1:100.... ahahahaha

4. Gauntlet - 1 peserta akan berhadapan dengan 4 Gladiators dalam 1 lorong... Peserta kene lepasi setiap Gladiator utk smpi ke penamat... Tapi setiap Gladiator ada weapon dorg sendiri and peserta pulak hanya boleh guna badan ja and pandai2 laaa pusing2 badan utk elak dari diserang... Kalau guna tgn, DISQUALIFIED!

5. Hang tough - 1 peserta lawan 1 Gladiator... Masing2 akan berada di pelantar sendiri secara berdepan... Then, dorg bergayut laaa di atas tuh.. Peserta mesti ke pelantar Gladiator untuk score tapi mcm biasa, Gladiator akan cuba halang and jatuhkan dorg ke air...

- Byk lagi sbnrnya, tp ni antara event yg aku suka.... Bila peserta ni kumpul mata, akhir skali dua2 peserta akan bersaing sesama sendiri dalam acara Eliminator.... Eliminator ni xmelibatkan Gladiators.... Cthnya, A dapat score 20 dan B dapat score 10... So beza score 10 kan? Jadi, time Eliminator nanti, beza score tuh akan dibahagi lagik dua.. 10 bahagi 2, jadik laaa 5.. So, peserta A akan mendapat kelebihan 5 saat awal untuk memulakan Eliminator dari si B... Ada faham???

-Ehehehehe, so far peserta peberet aku dalam show ni Spartan sbb dia soooooooo cool, ensem and smart giler... And for Gladiator pompuan aku pilih of coz Tempest.... Kalau baru, Siren sbb dia mmg lawa.... Kalau yang aku x suka, si Tornado sbb kerek gila... and pompuan si Battle Axe sbb pakaian dia huduh skit... eheheheheh.....

2 Julai 2011 - Nak layan sushi........















~ Sabtu yang membosankan sebab after 1 year 1month, baru rasa menstrual semula... hik hik hik.. Pas Zohor, nak kuar Alamanda kejap jumpa Zarith layan sushi...... Nanti aku upload pic.. Ni aku upload pic yg download dari internet dulu..... Auni plak tgh tidur.. Bagi dia cas tenaga dulu... Adoi, sakit perut.. Aku chiow dulu...

Friday, July 1, 2011

SAY NO TO PERHIMPUNAN HARAM!

Dear friends,

Ape2 pun tujuan anda,
PLEASE SAY NO TO PERHIMPUNAN HARAM! And jangan sesekali join perhimpunan macam tu!

3, 2, 1 Cinta! Ermmm 3bintang kot...



~MENGISAHKAN Sam, anak gadis yang berpewatakan kasar seperti lelaki yang baru sahaja berpindah untuk menyambung pelajaran di sebuah kolej. Dia bertemu semula dengan kawan baik semasa sekolah iaitu Fariz di situ. Dalam masa yang sama, Sam mula ditakut-takutkan dengan fakta bahawa dengan sikap kasarnya itu, dia akan ditakuti oleh semua lelaki dan dia akan bersendirian sampai mati.

~ Ini Secara kebetulan, Sam terserempak dengan Nazril, lelaki idaman seluruh kolej. Dia tercabar dengan sikap Nazril yang hanya melayan perempuan cantik sahaja menyebabkan dia tekad untuk memikat Nazril. Pelbagai peristiwa yang melucukan dan romantis berlaku sepanjang usaha Sam untuk memikat Nazril termasuk cuba merubah penampilan dan sikap kasarnya.

~Dalam masa yang sama, hubungan Sam dengan bapa tirinya dan adik tirinya, Mimi juga semakin pulih dan erat. Akhirnya, Nazril jatuh cinta dengan kesungguhan Sam apabila Sam sanggup membantunya untuk menguruskan rumah anak yatim yang dibinanya.Sam juga sanggup mengajar anak-anak yatim itu dengan caranya yang tersendiri.

~Namun, rupa-rupanya Fariz selama ini menyintai Sam dalam diam. Fariz meluahkan perasaannya pada Sam. Sam yang keliru dengan luahan Fariz itu cuba berfikir kembali tentang perasaan dirinya terhadap Fariz dan Nazril. Dan ketika Nazril pula meluahkan perasaan kepada Sam, Sam sedar dan yakin siapa sebenarnya yang harus dipilihnya.

**Yang aku x suka, watak Sam tuh awal2 part mmg brutal gila... Awek bg kertas yg ada no pon, Sam genggam and buang then pecut motor dia.... Pastuh, tumbuk budak lelaki 1st day nak register kat kolej..... Boleh tumbuk lecturer, bunuh hamster anak lecturer dia, bla3.... Skali bila nak tackle si Nazril, perangai terus mcm budak2+bangang.. Terloncat sana, terloncat sini... Kalau da lama tomboi, manalaaaa terus nak jadik perangai cmtuh dalam tempoh yang singkat....

Kalau nak tgk stakat nak tgk2, bolehlaaa purchase, but for me, x berbaloi pun buang RM15 amik astro 1st tuh... kalau ada geng2 yg kebetulan cd cetak rompak, pinjam ja.. xpayah beli cd sendiri... ehehehe... (alamak, kalau pierre andre+farid kamil baca ni, abess aku)....

ps: skrg nak tunggu KL Gangster jerrr.... !

Karak - Sape tau ending sebenar???

















-Bila tengok list kat Astro 1st ada da cerita Karak, aku terus purchased... Beranikan diri tengok time Mizi xda.. Auni laaa peneman aku kat ruang tamu tuh...


-First-first scene je dah takut, dengar cerita..scene awal tu memang kes betul jadi kat Karak Highway. Yang pasal 1 family kereta rosak, then suami keluar mintak tolong, isteri kena kacau kat kereta pastu datang satu kereta polis. Polis-polis tu keluar acu pistol suruh perempuan tu keluar dari kereta sambil cakap "Keluar dari kereta sekarang, keluar dari kereta sekarang dan jangan tengok belakang" ... Skali si bini ni degil gak tgk belakang, hantu tgh baham suami dia atas bumbung kereta.... Mmg takut siyol!!


- Untuk filem Karak yang dilakonkan oleh Shahir AF (Nik), Si comel Sheira Ayob (Zura), Bibir seksis Kila Fairy (ida) and Along Eyzendy (Jack), aku bagi ermm 3.5 bintang... Sebab tajuk Karak, tapi 85% cerita berlaku kat hutan.... Scene kat highway karak memang sikit... Cuma part camner dorg bley eksiden and kereta dorang terhumban ke dalam hutan... Cewaahhh...


-Part hantu budak tuh asek tanya "tau x mak mana mak saya?" pun mmg aku seram gak.. Kereta volkswagen kuning pun seram gak.. Cuma hantu wanita tua+ hantu wanita muda tuh mcm ermm biasa... Mmg laa takut tapi suara dorg cm pelik.. Suara wanita tua tuh lain mcm, kdg2 suara Upin Ipin pun ada gak.. And suara hantu wanita muda tuh kadang2 aku dgr mcm suara Fasha Sandha....


-CUMA, aku xdapat nak tangkap ending cerita nie... Mayat Nik+Jack+Ida ada... Reporter bgtau sorang lagi iaitu Zura xdijumpai lagik... PAdahal Zura ada kat area tuh with Tok Malam.. Tapi org ramai xnmpk.. Dorg pun sbnrnya hantu ke? Tu jerr aku xdpt nak faham ending dia... huhuhuh.. Rupanya bukan aku sorg x faham, ramai gak geng2 aku xjelas ending dia.. Kitorg siap buat discussion pasal ending tuh....