Blogger Templates

Followers

Tuesday, July 3, 2012

Once upon a time...

-Once upon a time, aku pernah melalui pelbagai benda..... Dari zaman aku study sampailah aku kerja.  Dari zaman aku free hair, sampailah aku bertudung....
-Dulu, xpernah terlintas kat fikiran untuk bertudung... Berselendang ala  Dato' Siti Nurhaliza, menampakkan jambul sekadar menutup rambut di atas kepala...
-Melapor diri di Jabatan Penerangan sebagai pegawai penerangan pada tahun 2007 banyak bawa kenangan.. Aku berada di kelompok rakan2 batch yang sama borneo... Kenny, Sulia, Freda dan Vicky... Bukan sebab apa, kadang2 ada mulut kawan batch kami yang begitu lantang mengkritik cara pemakaian kami apa lagi rambut kami yang majoriti "kaler brown"....  Bila berada di kelompok borneo, secara langsung, kami punya sesama sendiri untuk backup each other whenever people attacking us...

gmbr lama: time ni aku sanggup beli selendang sebab kena masuk ke kampung PAS, Kelantan sewaktu masih bertugas di Komuniti BESTARI..
-Time tuh aku masih x sedar pegawai yang free hair akan 'diberi perhatian yang lebih'.. Aku plak masih terbawa2 personaliti sebagai pelajar journalism dan ex-reporter... Bila outstation, aku setia dengan seluar aku, shirt, boots dan beg sandang.. ooo, x lupa kamera aku and notepad aku....
-Aku x segan2 berlari ke sana sini untuk snap gambar yang menarik, sebab itulah aku.  Bukan untuk menarik perhatian sesiapa, jauh sekali untuk mempromosikan diri kepada pihak tertentu.  Tapi bagi aku, itu adalah tugas aku sebagai pegawai yang bertugas di unit KB ketika itu... Niat aku hanya untuk snap gambar dan dapatkan bahan yang menarik..
-Bila berkahwin, 3hari selepas bernikah, aku terus berazam untuk bertudung.. Kenapa? Untuk elakkan akaun suami aku terus menerus dimasuki duit kerap digunakan di neraka.. Bukan pound sterling, bukan yen, bukan dirham, tapi D.O.S.A.... Aku rasa bersalah kerana umur dah 26tahun baru terfikir nak bertudung. Kesiannya ayah aku yang terpaksa tanggung dosa aku selama ini....
-Bila beberapa tahun di penerangan, barulah 1 demi 1 cerita keluar. Rupanya budak borneo yang tidak bertudung ni menjadi perhatian.. Apa yang dibuat, mana aku pergi, semua diperhatikan... Aku cuma tau aku cuma la perempuan yang masih berkelakuan seperti tomboy, suka pakai jeans dan ranggi ketika keluar sana sini..  Cuma beza belajar dan bekerja, time bekerja aku sudah reti mengoles sedikit kaler ke muka aku, blow rambut supaya cantik dan perfumes pelbagai brand... Tapi niat untuk itu ini, SUMPAH langsung xda....
-Sekarang dah hampir 5tahun tudung berada di atas kepala bila aku keluar. Sampaikan bila di rumah mertua pun automatik akan pakai tudung kerana aurat masih haram ditayangkan dikalangan keluarga mertua KECUALI ayah mertua... 
-Aku masih belajar dan masih naif... Aku masih perlu banyak belajar dan kenal erti hidup.... 
-KAdang2 benda yang sama selalu bermain di pikiran aku... Semua manusia akan mati... AKU MATI DENGAN CARA BAGAIMANA?  adakah mati dengan cara yang dasyat, mati mengejut, mati secara tenang atau pun mati bla bla bla...... Nauzubillah.... Bila aku akan mati? Bila agaknya daun yang tertulis namaku akan gugur? Bila rohku akan ditarik oleh malaikat maut?


No comments: