-Yezza... Hari ni mood nak update blog mencacak naik, sebabnya kerja tengah diperiksa boss... So, lapang sikit...
-and yes, dulu aku adalah tomboy.... Bila menjejak alam sekolah menengah, aku prefer berambut pendek, berseluar pendek, bertopi, and berkasut sukan and beg sandang... Semua kena jenama... Billabong, Quicksilver, Adidas, Nike, Diadora dan Puma..... Tu la jenama yang sentiasa melekat di tubuh aku....
-Aku jadi lasak pun sebabnya aku dulu atlit sekolah... Pelajar SMK Sung Siew yang aktif dalam olahraga terutamanya acara 100meter... Selalu ponteng kelas kerana kerap menjalani latihan dan juga mengikuti kejohanan2 di sekitar Sabah....
-Bila masuk ke alam UiTM plak, perangai lasak da kurang, tapi mula belajar memakai pakaian wanita... But jeans tetap menjadi pilihan... Masih x pandai nak bergaya2....Dah say bye-bye to olahraga, futsal pula menjadi pilihan (untuil sekarang)....
-Seluar pendek paras lutut masih menjadi pilihan terutama kalau keluar ke bandar Sandakan. Tapi Ayah warning aku dah supaya pakai seluar panjang bila aku dah makin dewasa, and aku ikut kata dia... Seluar pendek paras lutut kini hanya aku pakai time dalam rumah atau time tidur...
-Aku START bertudung 3HARI SELEPAS BERNIKAH.... 1 Ogos 2008, aku bernikah dengan Mizi.... 2 Ogos 2008, majlis persandingan.... 3 Ogos 2008, shooting gambar kawin di studio, and pada 4 Ogos 2008, aku terus berazam menutup mahkota aku buat selamanya dari pandangan yang bukan muhrim.... Kenapa? Orang selalu akan pikir aku nak jaga maruah Mizi... Yes itu satu point... BUT POINT UTAMA sebelum nak jaga maruah Mizi ialah kerana aku sendiri yang nak bertudung... Sebelum kahwin lagi aku kata kat diri aku, aku nak bertudung, tapi bila masanya? Rupanya Allah buka pintu hatiku pada 4 Ogos 2008....
-4 tahun hijab di atas kepala, aku rasa mula selesa. Iya, aku masih belum 100% muslimah sejati kerana pemakaian tudung aku masih ada serba kekurangan terutamanya singkat.... Tapi yang pasti, aku X PERNAH SESEKALI menunjukkan leher apatah lagi rambut aku di depan orang ramai (kecuali kes outstation and tidur sebilik dengan opismate)....
ni sekadar contoh... i wont wear like this.... ehehehe |
-And even main Futsal pun aku masih memakai tudung sarung kerana itulah aku.... Pernah sekali seorang makhluk Allah menyarankan aku pakai ala2 'topi' atau 'bandana' untuk menutup rambut. Alasannya tudung yang aku pakai nampak x sesuai untuk main bola. Aku gelak dan aku bagitau, kalau pakai macamtuh, baik buka terus... Sebab kadang2 kalau kita main, bandana @ topi tuh boleh tertanggal dari kepala..
-Biarlah orang nak panggil aku makcik2 time main futsal... X kisah.. Yang penting aku selesa dan aku suka....
-Tapi kadang2 nampak 'seksi' atau 'seksa' la sikit sebab badan aku gemuk, jadi seluar sukan dan baju semua dah sendat... Sila maafkan saya.... and sorry gak sebab masih terdedah aurat esp kat lengan tangan tuh.... Tengah dalam proses muhasabah diri untuk ke arah itu.... ;-) hehehehe....
-
No comments:
Post a Comment