-1st, tiada niat apa2 pun time aku post entri nie... Semalam aku baca novel tajuk Akukah Cinderellah itu, aku terbaca part bersyukur... So, aku pun dapat idea untuk buat entri nie... Enough talking pasal hal lain....Aku nak start da nie.... Can i start now??
-AKU BERSYUKUR KERANA.....................
1. Aku dilahirkan sebagai Islam.
2. Aku dilahirkan sebagai perempuan/wanita.
3. Aku mempunyai Ibu dan Ayah yang the best di dunia nie.
4. Aku mempunyai dua kakak yang sangat sporting dan best.
5. Aku dikelilingi dengan kawan2 yang superb.
6. Aku diberi petunjuk untuk bertudung ketika berumur 26 tahun.
7. Aku bertemu jodoh ketika berumur 26 tahun.
8. Aku mendapat anak pertama ketika berumur 28 tahun.
9. Aku mendapat anak kedua ketika berumur 29 tahun.
10. Aku mempunyai kereta Savvy yang boleh bawa aku ke mana saja.
11. Aku dapat berteduh di kuarters kerajaan di Putrajaya.
12. Aku mendapat jawatan sebagai kakitangan kerajaan.
13. Aku mendapat bonus daripada kerajaan.
14. Aku cukup makan dan pakai.
15. Aku suka dan pandai bermekap.
16. Aku diberikan sifat penyayang.
17. Aku suka tersenyum dan gelak.
18. Aku tinggal di negara Malaysia yang aman nie.
19. Aku x payah nak bertumbuk2 atau berkarate dengan sesiapun.
20. Aku dapat gaji tetap yang masuk dalam Maybank tiap-tiap bulan.
21. Aku ada HP biarpun hanya N79, bukannya blekberi.
22. Aku ada ipad2 untuk aku ilangkan bosan.
23. Aku boleh goreng2 telur kalau lapar.
24. Aku ada suami yang memahami.
25. Aku ada anak-anak yang comel sangat, mcm aku.
26. Aku masih mampu terbang balik ke Sandakan menggunakan MAS @ AirAsia.
27. Aku takda penyakit kronik seperti kencing manis@jantung@darah tinggi.
28. Aku masih mampu makan apa yang aku nak makan.
29. Aku ada MyKad.
30. Aku bukan branded maniac.
31. Aku pernah difitnah dan hal itu telah berlalu.
32. Aku ada bibik yang membantu aku di rumah.
33. Rumah aku kecil, memudahkan pergerakan aku.
34. Aku pandai pakai contact lens.
35. Aku ada ijazah kewartawanan.
36. Aku orang Sabah yang popular dengan sebutan bakunya.
37. Aku pandai memandu.
38. Aku bukan jenis suka kacau orang.
39. Aku suka buat hal sendiri dalam kebanyakan waktu.
40. Aku da pernah merasa pengalaman menunaikan Umrah ketika umur around 18tahun.
41. Aku da pernah merasa jejakkan kaki ke London and nginap di sana selama 3bulan.
42. Aku da bermain di Disnelyland Paris time musim sejuk.
43. Aku da pernah naik bas sorang2 ke Singapore (umah akak aku) time umur masih budak2...
44. Aku masih ada rambut even rambut aku dikategorikan rambut nipis.
45. Aku kuat tendang bola.
46. Aku suka menulis kerana melalui minat inilah blog aku terus bertahan sampai ke hari ini.
47. Aku masih hidup hingga kini.
Cukuplah dulu di sini ya. Sekian.
Tuesday, September 6, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
aku bersyukur jadi blogger ketika berumur 32 tahun :)
muda lagik tuh 32.. and bersyukur x pakai syampoo byk tp still menten encem.... ehehe.. jgn marah....
Post a Comment