Si isteri yang akur dengan alasan pahala sunat malam Jumaat rasa bersalah seandainya tidak membantu suaminya.Lantas si isteri menarik tangan suaminya masuk ke bilik tidur.
Baru sahaja si suami bismillah, dia terkejut mendengar jeritan anaknya dari bilik sebelah. Sepantas yang mungkin si ayah mengajak si ibu pergi melihat apa yang berlaku pada anak mereka.
"Kenapa nangis ni? Si anak menjawab dia tertelan duit syiling lima sen dan sekarang dia takut akan mati sebab tertelan duit tu, lalu terus menangis teresak-esak.
Si ayah yang buntu nak memujuk anak itu tiba-tiba teringat duit dalam poket seluarnya lalu mengeluarkan duit lima sen.
Kemudian si ayah berpura-pura membuat magik dan mengeluarkan duit lima sen dari telinga anaknya. "Ha, kan ayah dah keluarkan ni."
Si anak teruja dan terus berhenti menangis.
Baru sahaja si ayah ingin memndang si ibu dengan pandangan penuh makna, sepantas kilat juga si anak itu mengambil duit lima sen itu dan menelannya lalu berkata, "Buat lagi sekali ayah."
**kredit to khalis from sah dan tak sah...
No comments:
Post a Comment