Kita marah bila melayu melawan melayu...
Kita berang bila melayu tikam melayu....
Kita marah bila melayu jatuhkan melayu....
Kita sedih bila melayu fitnah melayu.....
Kita menangis bila melayu bunuh melayu....
-Apa yang melibatkan melayu, kita sebagai bangsa melayu di bumi Malaysia ini akan ikut terasa dan ikut terlibat... Melayu, sebuah hubungan persaudaraan yang kuat sejak zaman sebelum kemerdekaan lagi.
-Melayu sering diingatkan, 'berpihak di bumi sendiri' dan sering disedarkan 'takkan hilang melayu di dunia'.....
-Tapi kini lihat apa telah terjadi? Kaum Melayu lah golongan yang paling ramai menjatuhkan bangsa sendiri....
-Sesetengah Melayu pantang melihat Melayu lain lebih maju, lebih berjaya dari diri sendiri....
-Sesetengah Melayu sanggup menikam bangsa sendiri demi meletakkan dirinya di tempat yang teratas...
-Sesetengah Melayu sanggup membunuh saudara sendiri demi meletakkan dirinya di kalangan orang-orang yang dipuja....
-Melayu akan marah, akan melenting sekiranya bangsa lain lebih maju, lebih kaya dari Melayu... Melayu akan panas, akan meletup sekiranya Melayu dipermainkan bangsa lain....
-Tetapi di dalam tidak sedar, Melayu kini sudah maju.... Hasad dengki umpama makanan Melayu... Fitnah-memfitnah umpama adat Melayu... Dan tikam-menikam umpama hidup Melayu....
-Sampai bila kita sebagai Melayu sanggup biarkan keadaan ini berterusan? Sampai bila kita sebagai Melayu akan terus menutup mata biarkan perkara ini berlanjutan? Dan sampai bila kita sebagai Melayu akan terus memekakkan telinga biarkan perkara ini berpanjangan?
-Aku sebagai bangsa Melayu ingin lihat bangsa kita seperti bangsa Cina... Bersainglah secara sihat... Hiduplah secara bermasyarakat... Dan bertugaslah secara profesional... (Dengan perbuatan, bukan sekadar mulut yang berkata-kata)...
-Wahai Melayu, marilah kita bersama-sama bangkit terutama golongan muda supaya masalah ini tidak akan terjadi kepada anak cucu cicit kita di masa hadapan....
-Marilah kita sebagai Melayu bangun tegak berdiri, bekerjasama supaya bukan sahaja bangsa Melayu sendiri, tapi juga bangsa lain akan hormat dan menyegani bangsa kita......
p/s: Mungkin ada sesetengah perkataan yang melampau tetapi janganlah cepat melenting kerana inilah yang memang terjadi sekarang... Kini, Seseorang yang berani meluahkan kebenaran dianggap ancaman dan dianggap perosak tetapi Seseorang yang hipokrit dianggap penyelamat dan dianggap penyeri di dunia ini... Hmmmm, dunia dah semakin berubah menandakan semakin dekat berlakunya akhir zaman... Renung-renungkanlah....

No comments:
Post a Comment