Terlambat 3 hari tapi elok wish dari langsung x wish kan..... Aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua rakan-rakan yang beragama Islam...... Semoga tahun ni Ramadhan kita akan jauh jauh jauh lebih baik dari tahun2 sebelum nie....
Friday, July 12, 2013
Saya gila Poplook!
Lama x update blog nie.... Sori semua, sejak balik tugas dari PRU tuh, mmg kerja opis ni bertimbun.. Kerja hakiki ditinggalkan dua bulan, so, dua bulan punya kerja jugak kena dikejar balik... Even smpi skrg x settle....
-Saja ja kali ni update gmbr2 me in poplook attire.... Suka suka suka! Ada kawan aku panggil kain chiffon ni saprah (alas meja), but hado ku kesah???)... ahahahahah....
-Nanti laaa kalau aku rajin weekend nie aku snap my new collection.... Sbb ada yang baru masuk, ada x kurang jugak yg diletgo.... Byk2 nak simpan x pakai wat apa, bukan aku nak bukak butik pun kat Putrajaya nie!!!!!!!!
-Stay tune for more updates...... Next week InsyaAllah...
![]() |
| Penny karamel.... |
![]() |
| Haley berry... |
![]() |
| Luna dark green |
![]() |
| Evette |
![]() |
| Skylar purple |
![]() |
| Penny dot gold (old batch) |
![]() |
| Bianca biru... |
Thursday, May 30, 2013
Bye-Bye Bubbles!!!
-Actually dah lama aku dengar benda alah ni x elok.... But dah ketagih punya pasal, beli jerla.... Ibu aku pun asek dok pot pet pot pet kalau nampak aku minum benda alah nie....
-Now bila media dah siarkan info benda ni x elok dan bahayakan kidney, lagiklaaa teruk.. Bukan takat Ibu aku, asben dan kawan2 aku turut pot pet pot pet suh aku stop amik beli benda ni..... ;-( (***lap air mata kejap).....
-Secara ringkas, aku bley dikatakan tiap2 hari minum benda alah ni as my bekfes... DULU laaaa.... time tuh kalau x dapat emosi jd x stabil.... ahahaha..
-Orang kata ganti dgn cincau.... TAK SAMA!!!!!!!! bubble ni ada keunikannya sendiri... Tapi yelah, once again, benda dah x elok, nak x nak terpaksa stop minum jugak.....
-Now bila media dah siarkan info benda ni x elok dan bahayakan kidney, lagiklaaa teruk.. Bukan takat Ibu aku, asben dan kawan2 aku turut pot pet pot pet suh aku stop amik beli benda ni..... ;-( (***lap air mata kejap).....
-Secara ringkas, aku bley dikatakan tiap2 hari minum benda alah ni as my bekfes... DULU laaaa.... time tuh kalau x dapat emosi jd x stabil.... ahahaha..
-Orang kata ganti dgn cincau.... TAK SAMA!!!!!!!! bubble ni ada keunikannya sendiri... Tapi yelah, once again, benda dah x elok, nak x nak terpaksa stop minum jugak.....
![]() |
| Salam terakhir.... Ni foto lama... huhuhu... |
Labels:
Bout' me...,
Satisfy your temptations.....
Tuesday, May 28, 2013
PETUA: untuk bakal dan ibu baru....
-Ni peringatan utk aku sendiri jugak kot2 nanti aku pregnen semula, kan.... Hehehehe.....
MERAWAT LUKA
Luka yang dialami oleh ibu-ibu yang baru bersalin memang membuatkan rasa tidak selesa. Tidak sabar rasanya hendak sembuh dan menjalani rutin harian seperti biasa.
Selain mengambil ubat-ubatan yang dibekalkan doktor, anda boleh juga mencuba petua tradisional yang dipercayai membantu menyembuhkan luka dengan cepat dan selamat diamalkan.
1. Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.
2. Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup.
3. Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.
4. Campurkan biji manjakani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas (suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.
5. Minum air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.
***aku bersalin normal (Alhamdulillah)... another one utk cepatkan luka kat bawah tuh rendam kat air garam.... dont wori... mmg xda rasa pedih pun....
MERAWAT BENGKAK SUSU
Bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi tentu pernah sekurang-kurangnya sekali mengalami masalah ini. Hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja tahu kesakitan yang perlu ditanggung. Bagaimana cara mengatasi masalah ini? Dapatkan maklumat lanjut di bawah.
Biasanya apabila sudah terjadi bengkak susu, cara mengepam payu dara tidak dapat menyelesaikan masalah. Seolah-olah saluran susu itu tersumbat hingga menyebabkan susu yang dipam tidak keluar. Hanya hisapan secara langsung daripada bayi sahaja dapat menghilangkan masalah bengkak susu.
Ingatlah bahawa payu dara bengkak adalah tanda yang positif, iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk bayi anda. Masalah bengkak susu disebabkan oleh hormon lacta (hormone susu) banyak dihasilkan pada waktu tengah malam hingga ke subuh.
Cuba amalkan petua berikut apabila ibu mengalami masalah bengkak susu.
1. Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.
2. Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payu dara yang terakhir dihisap.
3. Mungkin sukar untuk bayi melekap pada payu dara ibu apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap di sekeliling puting, sangat keras. Untuk memastikan bayi melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut.
Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan mencuba!
4. Semasa bayi sedang menyusu, urut payu dara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payu dara.
5. Jika payu dara terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.
6. Menyikat payu dara yang bengkak (sikat menghala ke puting).
7. Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada payu dara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payu dara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payu dara dengan efisien (buat sesekali sahaja kerana jika diamalkan selalu boleh menyebabkan susu kering).
8. Ambil cuka makan dan campurkan dengan air di dalam piring. Ambil kapas, celup dan sapu pada sekeliling payu dara. Jangan sampai terkena bahagian puting. Lakukan setiap hari sehingga tiada lagi masalah bengkak.
9. Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada payu dara bila daun agak-agak suam. Selain daripada melancarkan pengeluaran susu, ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.
10. Urut payu dara sedikit sebelum mengepam. Buat urutan membulat seperti pemeriksaan payu dara pada kawasan yang ada rasa berketul-ketul.
Jika anda tidak dapat menahan sakit, anda boleh ambil ubat tahan sakit seperti paracetamol dengan nasihat daripada doktor.
***hanya mampu merasai bengkak susu ketika melahirkan Auni... Time Auji mmg xda rasa sakit bengkak susu nie... Tapi dua2 dorg hanya mampu BF sehingga 3bulan.. bukan pasal aku xnak bagi, but pengeluaran air susu mmg hanya tahap titisan skit sahaja...
MEMPERBANYAKKAN AIR SUSU IBU
- Bunga melur dan daun pucuk manis
Giling daun bunga melur atau daun pucuk manis sehingga halus dan tampal di sekeliling payu dara pada waktu pagi sebelum mandi. Pastikan anda cuci bersih kawasan payu dara sebelum menyusukan bayi.
- Kacang tanah
Kacang tanah mengandungi kandungan protein yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks, dan fosforus. Kandungan protein dalam kacang tanah lebih tinggi daripada daging, telur dan kacang soya. Kandungan asid aminonya pun tinggi. Bagi menambahkan penghasilan susu badan, anda digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing
- Longan kering
Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya.
- Daun sirih
Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian, layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payu dara. Lakukan setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak.
- Halba dan jintan hitam
Cuci halba atau jintan hitam bersih-bersih. Selepas itu keringkan dan simpan dalam bekas bertutup. Cara menggunakannya, rendamkan 1 sudu halba atau jintan manis dalam segelas air panas selama 15 minit. Kemudian tapis dan minum airnya.
- Susu
Banyakkan minum susu. Seelok-eloknya mengambil hidangan susu sebanyak 3 hingga 4 hidangan sehari..
- Lobak merah
Ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana. Cuci bersih dan kemudian potong kecil-kecil. Kisar sehingga halus. Selepas itu, campurkan dengan segelas air suam. Minumlah sebanyak 2 kali sehari.
- Nasi panas, halia muda dan air asam
Makanlah nasi panas bersama halia muda yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air asam.
- Daun betik muda
Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Cuci bersih dan rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan tersebut 2 hingga 3 kali sehari.
***brapa byk kaedah dah kat atas aku try tapi untuk aku mmg xda rezeki kot nak bf anak2 aku bagi tempoh lama....
MERAWAT JAUNDIS/KUNING
Petua menghilangkan kuning bayi ialah dengan merebus daun hujan lebat atau buluh cina sehingga kekuningan. Gunakan air rebusan tersebut untuk memandikan bayi anda dua kali sehari.
***Auni dan Auji dua2 kena kuning but syukur Alhamdulillah bukan serius sampai kena jemur di lampu biru tuh... Memang mak aku gunakan air rebusan daun cina yg dia beli dari kedai herba tabib cina... dan juga setiap awal pagi bagi baby kena cahaya (tapi jgn direct esp kat mata) time matahari baru terbit tuh..
MERAWAT KEMBUNG PERUT BABY
Jika bayi menangis, mungkin bayi tersebut kembung. Periksa perutnya dan jika ia kembung, layurkan beberapa helai daun sirih di atas api. Kemudian letakkan daun sirih di atas perut bayi. Insya-Allah, masalah kembung dapat diatasi.
***mak aku ajar tiarapkan perut baby ke badan kita supaya sakit kembung tuh berkurangan....
PETUA : Nak slim
Jika anda berhasrat untuk menurunkan berat badan, ambil lima biji buah delima dan keluarkan isinya. Tumbuk isi delima sehingga hancur dan masukkan ke dalam dua gelas besar air. Campurkan sedikit garam. Kemudian simpan di dalam peti sejuk. Jadikan ia sebagai minuman setiap pagi selepas bersarapan. Amalkan selama dua minggu untuk melihat hasilnya.
Ingin mengurangkan lemak agar tubuh menjadi cantik dan cergas? Caranya mudah sahaja. Ambil halia dan bakar hingga kehitaman kulitnya. Kemudian tumbuk hingga lumat. Rebus halia tersebut hingga buihnya keluar. Kemudian minum rebusan tersebut. Jika dijadikan amalan, dalam masa sebulan, ia akan menunjukkan hasil yang memberangsangkan.
Asam keping yang biasa digunakan dalam masakan juga boleh membantu anda untuk mengempiskan perut. Ambil sekeping asam keping dan rendamkan ke dalam air panas. Biarkan ia menjadi suam lalu diminum. Amalkannya pada waktu pagi dan malam. Insya-Allah anda akan mendapat hasilnya.
sumber: Pa Ma
Ingin mengurangkan lemak agar tubuh menjadi cantik dan cergas? Caranya mudah sahaja. Ambil halia dan bakar hingga kehitaman kulitnya. Kemudian tumbuk hingga lumat. Rebus halia tersebut hingga buihnya keluar. Kemudian minum rebusan tersebut. Jika dijadikan amalan, dalam masa sebulan, ia akan menunjukkan hasil yang memberangsangkan.
Asam keping yang biasa digunakan dalam masakan juga boleh membantu anda untuk mengempiskan perut. Ambil sekeping asam keping dan rendamkan ke dalam air panas. Biarkan ia menjadi suam lalu diminum. Amalkannya pada waktu pagi dan malam. Insya-Allah anda akan mendapat hasilnya.
Alat-Alat ketika Bersalin
-Terbayang plak balik pengalaman bersalin 2010 dan 2011.... Gerun x gerun, so far Alhamdulillah pengalaman mengandung dan bersalin aku dipermudahkan... Tapi SELEPAS bersalin tuh yang payah sebab kena jaga jahitan, jalan berkepit, pantang kena betul2, bla bla bla.....
-Tapi bukan aku nak ceritakan pasal pengalaman beranak aku, tapi nak share skit antara peralatan yang wajib ada ketika proses nak bersalin.... jom jom...
Mesin analisis kardiotograf (CTG)
Ia biasanya digunakan ketika saat melahirkan semakin hampir. Bunyinya yang bising mungkin agak melemaskan ibu. Namun ia berfungsi untuk mengesan dan melihat kedudukan bayi sama ada normal atau tidak serta menilai denyutan nadi bayi dalam kandungan.
Alat CTG dipakaikan pada bahagian perut ibu bersalin sebaik sahaja dimasukkan ke dalam bilik bersalin. Mesin ini juga bertindak membaca kekerapan kontraksi berlaku. Segala data yang dikesan akan direkodkan di atas helaian kerta sebelum dianalisis oleh doktor.
Ibu dan bayi akan diawasi secara berkala. Ada sesetengah hospital menggunakan CTG bagi memantau jantung bayi secara berterusan. Jika tidak, pemantauan dilakukan setiap 12 hingga 30 minit. Pemeriksaan dalaman lazimnya dilakukan secara berkala (setiap jam) bergantung pada keadaan ibu.
Suction machines
Digunakan untuk menyedut cecair atau lendir dalam tekak bayi sebaik sahaja dilahirkan. Ia bagi mengelakkan lendir tersebut menghalang proses pernafasan bayi.
Episiotomy Scissor
Semasa proses kelahiran, apabila kepala bayi terdedah pada diameter bukaan 3-4 sentimeter, doktor akan menggunting kulit perineum yang sedang menegang secara menurun ke bahagian anus/dubur (median episiotomy) atau menurun dan tepi (mediolateral episiotomy).
Episiotomi adalah pemotongan yang sengaja dilakukan pada perineum bagi membesarkan laluan tempat kelahiran kepala bayi.
Kebanyakan pakar perubatan percaya episiotomi boleh membantu memendekkan fasa meneran, melindungi tengkorak dan otak bayi daripada tercedera, mengurangkan risiko bayi menderita kekurangan oksigen serta mengurangkan pengenduran tetap lantai pelvis.
Malah episiotomi adalah bagi mengekalkan keregangan faraj. Episiotomi lazimnya dilakukan apabila kelahiran menjadi rumit dan memerlukan kelahiran secara vakum ataupun forsep.
Ia juga dilakukan apabila diramalkan akan berlaku koyakan yang teruk semasa laluan kepala bayi. Episiotomi juga dapat mengelakkan daripada luka yang bergerigi dan tidak teratur.
Bagaimanapun tidak semua kelahiran memerlukan episiotomi, tetapi biasanya kelahiran anak pertama memerlukannya kerana perineum belum lagi regang. Jika ia koyak semasa kelahiran, luka ini dijahit bagi memastikan penyembuhan berlaku dengan baik. Jika tidak koyak, ia tidak perlu dijahit.
Umbilical Cord Scissors
Gunting yang digunakan untuk memotong tali pusat bayi setelah dilahirkan. Hubungan antara bayi dengan urinya sudah ‘tamat’ sebaik sahaja tali pusatnya dipotong. Bayi anda akan mula bernafas dan melakukan segala-galanya sendiri.
Kaedah tangani rasa sakit bersalin (normal)
Biasanya, kaedah ini ditawarkan di hospital bersalin pilihan anda:
*Kaedah pernafasan (teknik deep breathing)
*Penggunaan Entonox (menghidu gas semasa sakit)
*Suntikan ubat bagi menghilangkan kesakitan.
*Epidural (menggunakan ubat-ubatan bagi mengebaskan separuh badan dari pinggang ke bawah)
dan aku amik EPIDURAL!!!!
Bukti Seksa Plastic Surgery
-Sapa kata org Korea tuh lawa? Memang betul laa dalam dunia ni Korea termasuk dalam list wanita tecantik di dunia... BUT semua tuh fake... its because of plastic surgery...
-Yang nak buat pembedahan plastik tuh, tengok dulu gmbr nie selepas dorang jalani surgery dan sebelum dorg pulih sepenuhnya... AKu plak yg ngilu... Brapa lama agaknya kene dok kat katil berbalut mcm mumia????
Dari Awek biasa ke Ahli Bina Badan...
Monday, May 27, 2013
During PRU-13...
-4 Mac 2013 aku dan kawan2 aku yang BERTUAH telah melapor diri ke ketua sementara masing2.. Aku ditugaskan kat penerangan WPKL kat KL.... (sime darby, opis lama dulu)....
-1st thing in my mind time dapat surat arahan tuh, WHY ME????????????!!!!!!! Mizi sure akan busy program PM.. kalau aku kerja gak PRU nie, AA cmna? Diskas dgn Mizi, Mizi setuju x outstation....
-HAri pertama aku gi nak lapor diri tuh aku datang lewat... Bukan TERlewat tapi mmg sengaja dtg lewat, around 9am sbb xda mood nak rasa suasana baru, orang baru etc.... Orang pertama aku jumpa Kak Nah, operator wpkl... dalam hati aku,"not bad... peramah gak dia nie".... warm welcome for me from her...
-Masuk ke dalam, jumpa Nana.... At last, ada org yang aku kenal....
-Masuk 2nd day pun sama boring... Sbb xdpt sesuaikan diri lagi.. Lebih byk kurungkan diri kat bilik Nana memandangkan bilik gerakan x siap lagik...
![]() |
| me with kak ina..... sempat posing time meeting... |
-O ye, kerja aku dan kak ina ialah siapkan laporan yang dihantar oleh staf2 yang jaga kawasan.... usually time hectic kami adalah between 6-9malam.... kdg2 makan pun depan laptop....
![]() |
| Us time penamaan calon oleh TPM kat PWTC.... |
-Bila dah umum penamaan calon segala baru masing 2 dgn tugas masing2.... Kitorg kerja xda istilah sabtu ahad.... setiap hari kena dtg.. yes, SETIAP HARI....... No but but... tapi sepanjang tempoh tuh, aku MC sehari sbb demam yang sangat teruk..... Nasib kak ina faham.... time tuh aku dah tahap menggeletar, kesejukan amat sgt....
![]() |
| Kami berempat..... |
-Last2 aku makin dpt sesuaikan diri.. Oklah, sabtu ahad aku dtg petang skit.. Nak manja2 dengan AA kejap sebelum gi opis... Majority budak2 kat wpkl tuh pun so far okay.. Adalah few yg x kamceng, but ada ku kesah??????
![]() |
| Thanks to Nana, Azri dan JAck sbb berjaya suprisedkan aku during birthday aku... Xpernah org nyanyikan untuk aku selama 30 tahun... tahun ke 31 baru laaa dpt pengalaman mcm nie... TQ TQ |
![]() |
| Ada stalker snap foto! |
![]() |
| During tayangan Tanda Putera.... Mula2 malas nak gi tapi dah arahan bos suh gi, gi jerla... |
-And thanks to IBU sebab sudi dtg KL tolong jagakan AA... and thanks to Ayah sbb sudi bagi Ibu dtg KL tolong Ijang.... I love both of u sooo much!!!! really love u.... Xda sapa boleh gantikan tempat Ayah dan Ibu......
![]() |
| AA with E'en... Bila masing2 sibuk, terpaksa mintak pertolongan Cat jaga AA kejap.. TQ Cat!!! |
![]() |
| Megi sup lorong tiong nam... terbaekkk!!! |
![]() |
| Kek birthday aku yg dibagi oleh 3 serangkai.... TQ so much... its super duper delicious! |
Claim
-Claim utk Mac dan April da dpt... Dapatlah cover balik duit minyak, duit tol duit parking and beli skit2 brg utk diri sendiri dan family.... ;-)
-Ni tgh buat claim bulan Mei... Dapat skit sbb 7hari ja but still adalah skit... Alhamdulillah... Nak simpan duit tuh ke tabung AA plak.....
-Tu pun claim April aku dah ditolak sikit sbb aku tolak sabtu ahad sepanjang April utk amik cuti book off.... Xkisah yg penting aku hepi.... AA lagi penting dari elaun tuh.....
**ni bab claim... nanti aku post entry pasal kerja kat WPKL.....
Sotong TERSEDAP!
-Ni la rupa lauk sotong yang tersedap di dunia......... aku boleh makan benda ni berekor2 banyaknya..... Pedas memang pedas x hengat tahap air hingus meleleh, tapi still boleh ratah......
-Tempat sotong nie? Aku x tahu exactly nak mention but area dia kat flat perumahan sebelah dengan Kenanga Wholesale....
***lupa nak mention, soton2 ni semua siap ada telur..... tu yg bikin perrghhhhhhhhhhh....
-Tempat sotong nie? Aku x tahu exactly nak mention but area dia kat flat perumahan sebelah dengan Kenanga Wholesale....
***lupa nak mention, soton2 ni semua siap ada telur..... tu yg bikin perrghhhhhhhhhhh....
Labels:
Bout' me...,
Satisfy your temptations.....
i WANT this!!!!
-Sapa gi Cameron Highland dalam masa terdekat? Nak order nie... Betul2 nak order... 3botol.... Hari tuh kazen aku belikan sebotol as ole2 dari CH, sekali aku minum, mmg sedap sgt sbb rasa stoberi kan, ada masam2 manis......
Carrot Cupcakes
Yes, i baked this!!!!! Carrot cupcakes with creamcheese topping.. Resepi carrot kek tuh aku dapat dari novel Ain Maisarah dan Aja FAzla bertajuk Projek CupCakes.... Memang sedap dan mudah kecuali bab memarut sbb aku jenis x sabar orangnya....
-And sempat aku buat utk HAri Guru AA kat taska..... Aku malas nak upload byk2 foto.. So, dua keping cukuplaaa kan..
![]() |
| 1st attempt... menjadi... |
![]() |
| 2nd attempt utk Hari Guru AA.... comel x? comel x? Sapa nak resepi? tapi aku xhafal sbb aku tgk sambik baking direct dr novel tuh.... and novel tuh mmg aku simpan elok2 kat rumah..... |
Subscribe to:
Posts (Atom)













.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)


.jpg)



.jpg)
.jpg)
.jpg)






















