Blogger Templates

Followers

Sunday, September 23, 2012

Nothing

Publish kat rumah, so xda foto... ipad yg so kurang mesra pengguna....

-today was 23sept jam 9.45pm.... mizi da selamat landing di klia... but dijangka smpi ke rumah ni agak lewat memandangkan kena htr plak kawannya ke nilai....  :-(
-lately perasaan aku bercampur-baur.... hepi, sedih, teruja, marah, sebak, etc...... rasanya kalau kuarkan jantung/hati aku skrg ni, mesti dah byk kaler... entahla, byk benda dtg dlm otak kebelakangan ni.... TERlalu byk... dan benda2 tuh memaksa aku utk berpikir secara mendalam dgn pelbagai persoalan terutamanya KENAPA.....
-disebalik senyuman aku, gelak aku, mungkin ada terselit sedikit duka... duka yg aku hanya mampu pendam sorang dan hanya Allah SWT yang tahu konflik di dalam diri aku.... aku hanya mampu berdoa agar aku kekal tabah, kekal kuat menghadapi cubaan ini...
-kdg2 kita xsuka tgk org menangis,... skrg ni biarkanlah... sbb aku sendiri pun kalau dah x tertanggung sendiri, maka bantal jadi saksi sbb ia turut dibasahi dgn airmata yg mengalir......

got to got.... nak sediakan baju utk esok ke opis.... bye.. gudnite.. muahx muahx muahx....

Friday, September 21, 2012

Highland Towers

-Masih ingat x tragedi Highland Towers tahun 1993? Tiba2 ntah kenapa aku teringat plak semula kisah ni... Mungkin sebab aku dan kawan2 yang terdiri daripada Ezuan, Intan Saina, Maida, Megat pernah datang ke sini untuk wat assignment dokumentari kami.... 
-Memang time tuh keadaan HT dah usang... Semak-samun, and kawasan dalam tuh pula banyak botol2 arak... 
-Paling x dpt lupa peristiwa time tuh adalah:
1. Tengah2 kami lepak kat bawah bangunan tuh, tetibe Megat dan Ezuan x silap lari lintang pukang dari tingkat atas... Kami pun ikut lari keluar dari kawasan tuh... Bila tanya kenapa, dorang bagitau nampak "anjing hitam yang sangat besar" sedang tenung dorang..... 
2. Tengah aku sedang 'mengacara" (aku selaku wartawan lokasi dalam assignment nie) kat depan area kawasan HT, tiba2 ada kereta polis datang buat rondaan.... Kami serahkan surat lecturer kami... Polis suruh jangan masuk dalam.... (nasib time tuh kami dah masuk dan snap2 gmbr).....
-Suasana ketika dalam area HT tuh mmg sayu.... So far NASIB BAIK aku x terdengar apa2 bunyi yang spooky.... Kalau x, memang nak demam sebulan kot...














Tanah runtuh Bukit Antarabangsa 2008 adalah sebuah peristiwa kejadian tanah runtuh yang telah berlaku pada 6 Disember 2008 di kawasan Bukit AntarabangsaUlu Klang,SelangorMalaysia. Empat orang terkorban dan 15 yang lain cedera di samping 14 buah rumah banglo ranap dalam tragedi tanah runtuh di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama, yang berlaku kira-kira jam 3.50 pagi (waktu Malaysia). Tragedi itu berlaku kira-kira 1.5 kilometer dari kawasan tragedi Highland Towers yang runtuh pada 11 Disember 1993.[1]

Tragedi Highland Towers merupakan tragedi runtuhan 1 dari 3 blok kondominium di Taman Hillview, Ulu KlangSelangor, pada 11 Disember 1993. Tragedi tersebut adalah satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Seramai 48 orang terkorban dalam tragedi yang menyayat hati ini. Highland Towers merupakan tiga blok pangsapuri 12 tingkat yang dinamakan Blok 1, Blok 2 dan Blok 3.


  • 7 Disember 2008:[6][7][8]
    • Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mula memasang jambatan taktikal empat lorong bagi membolehkan kenderaan penduduk yang terperangkap keluar dari lokasi tanah runtuh Bukit Antarabangsa selepas jalan penghubung di sekitar kawasan berhampiran terputus.
    • Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban.
    • Menurut pihak bomba dan penyelamat, tanah runtuh itu dipercayai berpunca daripada pergerakan air bawah tanah. [9]
  • 8 Disember 2008:[10][11][12]
    • Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa diberhentikan setelah pengesahan tiada lagi mangsa yang terperangkap atau tertimbus dalam kejadian itu dibuat berdasarkan ketiadaan petunjuk lain. Akan tetapi, operasi SAR akan tetap dilaksanakan namun ia melibatkan bantuan pencarian dokumen penting terhadap pemilik rumah masing-masing.
    • Cebisan daging yang dikesan oleh anjing pengesan Jabatan Bomba dan Penyelamat disahkan sebagai bangkai anjing peliharaan oleh Ketua Polis Selangor, Dato' Khalid Abu Bakar.
    • Jambatan taktikal yang dibina oleh pihak tentera siap dibina dan sedia dilalui oleh kenderaan. Tenaga Nasional Berhad pula berjaya memulihkan bekalan elektrik kepada kira-kira 1,500 rumah yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh itu.
    • Beberapa pimpinan PAS yang turut membuat lawatan ke lokasi kejadian sejak hari pertama, iaitu Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli; AJK PAS Pusat, Dr Lo' Lo' Ghazali; Ketua Penerangan Muslimat Pusat, Athirah Aiman al-Jundi; Exco kerajaan negeri Selangor, Dato' Hassan Mohd Ali, Dr Halimah; Iskandar Abdul Samad; Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Salehin Mukhyi; dan Ketua Amal Malaysia, ustaz Jamsari Marsom.
    • Penduduk di sekitar kawasan tanah runtuh Bukit Antarabangsa diminta membuat laporan polis sekiranya rumah yang mereka kosongkan telah dipecah masuk.
  • 9 Disember 2008:[13]
    • Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan pihak kerajaan menyediakan penempatan sementara kepada mangsa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa sama ada mangsa ditempatkan di hotel atau tempat lain yang lebih sesuai.
  • 10 Disember 2008:[14][15]
    • Jalan raya yang menjadi laluan alternatif itu sesak yang mengakibatkan ratusan kenderaan terkandas selama satu jam. Penghuni kediaman berhampiran lokasi kejadian mengambil peluang untuk memindahkan barang serta kenderaan masing-masing.
    • Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia membenarkan usul tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa dan aspek pembangunan di lereng bukit dibahaskan di Dewan Rakyat.
  • 13 Disember 2008:[16]
    • Nilai semasa hartanah di lokasi tanah runtuh Bukit Antarabangsa dianggarkan menurun kepada kira-kira 50 peratus daripada harga sebelum tragedi tanah runtuh yang mengorbankan empat nyawa itu.

[sunting]
Laporan siasatan

pada 25 November 2009, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menulis surat kepada beliau bagi memohon laporan mengenai kejadian tanah runtuh di kawasan itu tidak lagi diklafikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972. Permohonan itu dibuat MPAJ selepas Jabatan Kerja Raya (JKR) menyerahkan laporan teknikal berkenaan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, yang kemudian mahu ia didedahkan kepada orang ramai.
Pada 5 disember 2009, Laporan Siasatan Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa akhirnya dibenarkan dibaca oleh orang ramai. Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansormembenarkan MPAJ mendedahkan laporan itu walapun sebelum ini ia dikategorikan amat sulit. Tindakan kerajaan meluluskan permohonan itu bukan kerana ia sudah tersebar dalam internet, tetapi sebaliknya keputusan itu diputuskan mengikut prosedur yang ditetapkan. [17]

copy paste dari sini

Misteri Rumha Banglo Seksyen 2

 Aku copy paste ja tau....

INSIDEN menyeramkan ini berlaku kira-kira 10 tahun lalu apabila sekumpulan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam menyewa sebuah banglo berhampiran kampus tempat mereka belajar di Seksyen 2.
Rumah banglo dua tingkat itu mempunyai empat bilik, satu di tingkat bawah manakala tiga lagi di tingkat atas. Jarak kediaman mereka dengan kampus UiTM kira-kira dua kilometer sahaja.
Lapan orang pelajar itu memasuki rumah itu dengan perasaan berbelah-bahagi. Pertama, tuan rumah hanya mengambil RM50 wang deposit dan bayaran sewa hanya RM50 sebulan.
Kedua, tuan rumah melarang penyewa membawa banyak barang kerana takut menyusahkan mereka apabila hendak dibawa keluar semula nanti. Ketiga, terdapat sebatang pokok kayu ara yang sangat besar di tepi rumah itu yang dahannya boleh memasuki tingkap bilik atas.
Insiden
Insiden pertama berlaku pada pukul 10.30 pagi sehari selepas mereka mendiami rumah tersebut. Salah seorang penghuni, Azmi, yang hendak membuang air besar mendapati tandas di tingkat bawah terkunci dan ada bunyi orang menarik flush.
Lantaran tidak tahan menunggu lama, Azmi menjerit menyuruh orang di dalam tandas itu supaya cepat. Jeritan Azmi menyebabkan semua penghuni berkumpul di tingkat bawah.
Yang peliknya, kelapan-lapan mereka ada di situ. Jadi siapa yang ada di dalam tandas? Selepas pintu tandas itu direntap, mereka terkejut kerana tiada siapa di dalamnya.
Pada malamnya pula, mereka lagi teruk dikacau. “Masa aku nyenyak tidur, tiba-tiba kaki aku kena tarik hingga aku jatuh katil.
“Di dalam bilik itu cuma ada Lan yang tidur di katil atas. Anehnya, bila aku jenguk ruang tamu tingkat bawah, Lan sedang menonton DVD bersama kawan yang lain.
“Bila aku naik semula ke bilik, aku nampak selimut di katil Lan membonjol. Bila selimut itu ditarik, aku terkejut kerana ada batu nisan yang sudah retak di situ.
“Tiba-tiba seluruh bilik berbau hanyir dan busuk,” kata seorang penulis blog.
Kisah yang ditulis penulis ini telah tersebar di Internet, dihantar dari e-mel ke e-mel dan dipetik oleh pelbagai blog lain. Identiti asal penulis ini tidak diketahui.
Disebabkan tidak tahan diganggu, kami keluar pada pukul 3 pagi dan melepak di sebuah restoran mamak. Rupa-rupanya, ramai yang terkena pada malam itu.
“Wak yang sedang muat turun lagu lebih kurang pukul 12 malam terdengar bunyi orang membaling batu dekat tingkap biliknya. Bila dijenguk, dia nampak ada seorang budak perempuan duduk di atas kayu ara di sebelah rumah itu.
“Budak itu pakai baju putih kekuningan dan koyak-koyak dengan rambut panjang,” cerita si penulis blog tadi.
Dia menyambung cerita: “Azmi pula nampak budak perempuan melambai tangan kepadanya. Budak itu tiada kaki! Manakala Sam, tergamam melihat hantu di siling rumah. Tapi bila aku kata kaki aku kena tarik ketika mereka asyik menonton DVD, mereka kata, ‘bila masa kami tengok DVD’.”
Seorang penduduk, Mohd. Yusof Mohd. Sidin, 57, mendakwa terdapat tiga buah rumah yang dikatakan menyeramkan di kejiranan itu.
Dia berkata, pelbagai kisah misteri mengenai rumah itu sudah didengarinya sewaktu mula menetap di Seksyen 2 itu pada tahun 1980.
Kosong
“Seorang jiran pernah memberitahu kami terdapat rumah berhantu di sini dan tidak pernah diduduki. Rumah itu didakwa pernah menjadi lokasi pembunuhan kejam dengan mayat mangsa ditanam di dalam dinding rumah.
“Saya agak ragu-ragu dengan cerita itu sehinggalah saya mendengar kisah penuntut UiTM Shah Alam diganggu makhluk halus di rumah yang mereka sewa di Jalan Sri Cempaka, Seksyen 2 ini,” kata Yusof lagi.
Secara kebetulan, anak lelaki Yusof yang juga pelajar UiTM turut mendiami rumah terbabit.
“Kedua-dua kaki anak saya ditarik hingga dia terjatuh dari katil. Kejadian itu menyebabkan dia segera berpindah ke rumah lain walaupun sewa banglo itu tidak sampai RM100,” katanya.
Selama bertahun-tahun, rumah itu terbiar usang dan tidak berpenghuni. Dindingnya berlumut dan berwarna kehitam-hitaman. Tahun lalu, banglo itu dirobohkan. Tapak rumah itu kini dipenuhi semak-samun.
“Tetapi masih ada penduduk yang melintasi kawasan rumah itu pada waktu malam mendakwa ternampak lembaga wanita berambut panjang melambai-lambai ke arah mereka,” cerita Yusof.
“Kalau anda tidak percaya, cubalah bermalam di bekas tapak rumah berkenaan atau rumah lain yang dikatakan berhantu di kawasan ini,” ujar Yusof kepada Jurnal.
Sebuah lagi rumah yang didakwa misteri terletak di Jalan Bunga Raya, Seksyen 2. Terdapat sebatang pokok besar di tepi banglo itu dengan daunnya menyentuh tingkap rumah. Banglo dua tingkat itu sedang diubahsuai dipercayai oleh pemiliknya yang baharu.
Mac lalu, penduduk di situ terkejut kerana beberapa pekerja sibuk membersihkan rumah itu, membuang perabot yang rosak dan mengecatnya semula.
Khabarnya, rumah itu dibeli oleh seorang warga Mesir untuk dijadikan taman didik kanak-kanak antarabangsa.
Bagaimanapun, ada juga penduduk yang menafikan cerita hantu tersebut dan mendakwa rumah yang diperkatakan itu sebenarnya tidak wujud. - kosmo


Thursday, September 20, 2012

Busana Moslema In Style

-Macam tertarik plak nak join Pertunjukan Fesyen "Moslema In Style" @ HALFEST 2012... 
-Yang pasti, blogger Fatin Liyana , selebriti2 yang berhijab akan turun hari tuh.....  Waduh, sungguh menggoda jiwa aku kali ni....


Sangat tertarik nak pergi, tapi xda teman..... Ada sesapa nak join x????? Huhuhuhu...

Klik sini untuk pergi ke website rasmi......

Little Prayer for My Dad in Law

-Yesterday Mizi got a phone called from his sister... Ayah dia suddenly kena darah tinggi.... So, Mizi akan balik ke Kelantan today untuk jenguk his Dad....  Xpela. Aku dan Ibu boleh jaga Auni dan Auji.... 
-Mebi Tok Ayah (panggilan DiL aku) terkenangkan arwah Mek yang telah pergi Julai baru-baru ni.. Sebab suppose dorang akan berangkat ke Mekah menunaikan Haji  Oktober ni.... Lelaki, x suka share perasaan... Bila pendam, darah pun naik mendadak... Hopefully Tok Ayah akan sehat dan pergi ke Mekah dan selamat menunaikan Haji dan kembali ke Malaysia dengan keadaan yang sihat.....

***please pray for my DiL's health, yek kawan2.....
Kenangan with Arwah Mek... Semoga Arwah Mek ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan disayangi-Nya....

Cengkung + Jahat?

-Sebelum nak buat tanggapan sendiri pasal tajuk post ni, meh aku explen.....
-Semalam aku dapat tahu dari Ibu aku tang aku dan 'kekurusan' aku ni.... Time aku balik bercuti kat Sandakan raya baru-baru ni, ada orang mengatakan bahawa (kenapa ayat aku ni skema plak tetibe?) "Ijang nampak jahat pulak kalau kurus"....
Ni org Sabah cakap la.. Maksudnya aku nmpk x sesuai la nampak muka cengkung.... Nampak cam sakit.... But i love being dis way.....! Aku xnak mcm dulu lagik da.... Skrg hampir semua baju aku boleh beli+ boleh pakai dengan senang hati (sori kalau statement ni ada nyentap hati sesapa.. aku merujuk kepada diri aku sendiri)....
-Kang kalau berisi, org kata berisi... kalau aku kecik skit, org kata x sesuai.... mmg susah nak tutup mulut org.....

cengkung pun xdalaa tahap cm alien ni kan?

atau mr gollum nie? kan ? kan? (so, selagi muka aku x cengkung mcm dua spesis ni, aku anggap diri aku masih di tahap ok)

Auni + Chicken Pox

-Time 17 September 2012 ngam2 cuti ganti sempena Hari Malaysia, Auji suspected kena chicken pox.... Aku tau bukan HFMD sebab ni bintik merah tumbuh selain tapak tangan dan tapak kaki..... And bukan juga hama sebab aku tahu kalau hama akan timbul mcm kena gigit nyamuk....
-But ni, tapak kaki, tapak tangan, tangan, kaki semua abis tumbuh merah..... So, aku gi ke Hospital Putrajaya, alone, bawa Auji... Sampai sana, punya ramai manusia... Pelik, time cuti2 pun kawasan ENT (emergency and trauma) penuh.... Sampai kat kaunter triage pun xda org nak entertain kitorg.... 
-Aku pi balik ke kereta and drive ke Hospital Pakar An-Nur.... Nak gi klinik takut tutup sbb cuti umum... Kata doktor, mmg sah chicken pox sbb ada 1-2 biji yg melepuh+mengelembung+ada air....  Check cmtuh dgn xda senyuman, bayarlah RM149.... Yes, ita RM149 untuk ubat demam, allergic rhinitis, calamine dan gel yg saiz lebih kecil dr saiz jari kelingking aku...
-Yang pasti ramai kata biar kena masa budak2 sebab kalau dapat sakit ni time dah 'tua', mmg parah....  
-And thanks to my penyelamat, Ibu sebab once again sanggup datang dari Sandakan semata2 tolong aku jaga AA.... (time to think utk transfer ke Sabah, again......)

Ni day 1... Rashes masih x tumbuh dengan pesatnya..... 

Calamine.... Kesian... Mcm budak pas main dengan tepung ja aku tgk...

With her new hair cut... Niat nak bg panjang ala2 gir2 BUT pasal chicken pox ni,  aku potong terus la sbb mcm kesian  Auji asek tergaru2...


Nak tau pasal cacar air atau chicken pox, klik kat sini....
Apa itu Chicken Pox @ Cacar Air?

Saturday, September 15, 2012

iNSoMNia....

Its 12.05am, Auni dah tidur, Auji dah tidur, Ayah pun dah tidur.... Rumah kat atas ni pun dah senyap gak.... Semua orang dah tidur....

Aku???? Aku masih dok terpacak depan ipad ni macam biasa menanti waktu-waktu aku akan tidur, biasanya antara 1am til 2am.... Ni lens aku pun masih belum kuarkan lagi... Terasa hari ni sangat malas nak wat kerja rumah... Tiap2 malam nak melipat baju.... Tapi, kalau x lipat, koleksi baju akan bertambah bak Gunung Kinabalu, dan aku jugakla yg tetap menjadi mangsa....

Mizi ada bg idea amik maid sbb dia pun kesian kat aku... Lately pun aku x sehat... Tapi kena kuatkan diri ja la supaya org kiri kanan aku x risau terutama jiran sebelah meja yg tengah menunggu hari nak bersalin tuh....

Esok Sabtu dah, erm, ingat nak rest dulu kat rumah... Aku nak zzzzzz sepuas2nya sebab minggu ni minggu yg sangat memenatkan kaki, tubuh, tangan, mulut dan otak....

So, sambil menanti penyakit insomnia aku ni pudar, better aku pi wat milo dulu alas perut as nothing masuk dlm tekak mlm tadi.. tengahri ja aku sempat pekena laksa time gi open house raya opis lama aku... burrrppppp...... Alhamdulillah.....

Insomnia, please go away... i really need my beauty sleep rite now....
Insomnia, please go away.... dont kacau my eyes and my mind!!!! shooh shooh!!!!
Insomnia, please go away.... i dont want you to be by my side anymore.....
Insomnia, please go away....

Friday, September 14, 2012

Jamuan Raya Opis Lama

-Aiseh makan lagi... Makan, makan, makan..... Kali ni kat Angkasapuri plak, opis lama aku tahun 2008-2009 waktu masih jadi pegawai yang handle aduan.... Banyak sungguh memori yang menghiris2 jiwa kat situ.... Sebenarnya, ikut hati memang x nak jejak dah kaki ke situ, tapi Eti plak berjaya buat aku cair... Katanya bila lagi nak berkumpul..... 
-So, aku pun drive laa pergi ke Angkasapuri tadi (14September2012) during lunch hour....
-Gambar x banyak sebab aku tunggu Sya dan yang lain2 upload kat FB....

Ni time nak balik.... Naik atas pentas kejap snap guna self-timer...

Sori, foto quite blur... I really need a new camera.... BTW, dari kiri tuh Sya, aku, Eti and yang dua lagi belah kanan tuh kawan baru dari UKK.... 
***ikut story, aku, Sya and Eti memang 1 geng yang selalu berkepit ke mana kitorg pergi.... Kat opis pun kitorg bertiga. Fadzlin dia independent... Dia on off on off, almaklum, dia staff kesayangan bos time tuh.. So slalu bz pergi meeting/event... eheheheh...

Jamuan Raya KPKK

-Lupa plak nak post entri pasal ni...  Rabu lepas, 12 September 2012, KPKK buat open house raya kat Kompleks Kraf, Jalan Conlay, KL..... Dari BPDN yang kena duty jadi waitress adalah AKU, YUNI, ROSLEN dan DAYAH...... 
-Jabatan Penerangan served Nasik Briyani popular masakan Mr Salleh Manap.... FINAS served murtabak... Aswara served popiah SS Ali.. itu ja aku ingat sbb tu yg dok dekat dgn gerai kitorang....
-Enjoy the photos....:-


Para waiter dan waitress terpilih untuk duty hari tuh....

Ni Roslen... Member opis...

With Dato' Ketua Pengarah....

Posing yang tak menjadi.....

Sebelum duty, alas perut dengan air barli and cincau...

Me, Azza and Abg Erwin...

Dapat apron merah free!

Pot pet pot pet...

Dayah and Roslen....

My kamera henpon yang kabur,,,,

Yes, its Tony Eusoff! Dia memang ensem, tinggi and suara pun mmg sedap! 

@ 2 Masterchefs from JaPen...

Again, kami....

Ni kerja Roslen time rehat.... Best gak henpon HTC... boleh tukaq muka kita jadi tua... (hmmm, cun gak aku even dah berkedut, eheheheheh)...

Me @ Jamuan Raya JaPen

-Heloooooo... Helooooo.... Ni jam 8.34am.... Otak masih tahap baru nak panas... 
-Neway, semalam 13 September 2012, once again ada open house but time jamuan raya Jabatan Penerangan.... Menu2 aku x pasti sgt sbb aku just makan soto and dua jeli kelapa.... Aku turun pun pasal nak jumpa kawan2.... and paling penting, mood nak pakai shasmeen radiusite... wakakakaka....
-ni layan gambar2 time open house JaPen....:-

THE FOOD (kredit to kak Aishah Omar CPA for the photos)
lemang and rendang.... member aku makan katanya mmg sedap.... tapi aku xda selera...

ni gerai buah-buah, and ada roti jala.... pun aku xtelan gak..... 

ni gerai nasi minyak..... lagiklaa aku x telan walau nmpk sgt menyelerakan.....

gerai kek-kek.... pun aku xmakan....

gerai soto... ha, ni aku makan 1 mangkuk....  (abaikan yg 4 org tuh yek, aku nak pokus makanan ja actually)

tapai pulut.... nop, not my taste..

gerai kuihmuih dan pudding.... aku mampu tgk ja.... xlalu makan... bukan x sedap, tapi tekak aku x boleh nak terima...

ME AND US AND YOU AND THEM (kredit to Azza, Eqin, and me too for the photos)

awal pagi selepas siap mekap.... 

ni geng yang paling lama dgn aku kat JaPen ni.... Mek Sarra, Mek Dayang dan Mek Azza...

This is me.... Depan pintu masuk ke tmpt jamuan..... 


Me with Ume.... Both of us kebetulan sehati sejiwa, pakai tudung sakura.....  (Ume seriously vogue laaa hari tuh!!!! high heels lagi tuh!)

with Abang Ruud, tapi sbnrrnya aku masih x tahu motif dia pegang benda ala kaler merah tuh.....

with Mek Sarra and Wafa.....  (yg paling kiri tuh beria kata nak kurangkan lagi berat, TAPI masih melantak nasik!!!)


With member futsal, Eqin.... Selalu tengok dia pakai seluar.. Kalau bukan suar kerja, suar main bola.... Ni tgk dia pakai baju kurung, comei sgt!!!!!

Us with Kak Akmal.... Rindu sangat dengan dia sejak dia dah naik pangkat and pindah ke JPM..... Muaaxxss.... Dia memang pegawai aka kakak aka member yang sangat sporting dan baek....

Arrgh,, i dont really like dis pic... aku mcm mak2 nak gi marah anak murid!

Posing reramai....  (pelik betul, napa aku boleh posing cmtuh bila ada tok imam dok kat belakang tuh???)

im soooooo in love with dis pic..... Ni la geng rapat kat opis... Aku mmg jarang join dorg lepak@kuar, tp anything, mmg dorg aku cari dulu.....  Love them so much!

Ni time baru sampai ke tempat jamuan..... terpaksa dok lepak sbb Dato' KP tengah bagi ucapan...

And dis introducing Ume, bakal jiran aku kat Lenggeng nanti... Jiran selang 1 rumah ja... Itupun mmg sengaja  x mo dok ngam2 bersebelahan, kang masing2 sibuk nak intai sesama sendiri.....