Wednesday, March 7, 2012
JAngan bergambar cam orang terencat!
Lap Darah
Awas Bulu Babi!
Wednesday, February 29, 2012
Badan awek ni berulat.. GELI!
Tuesday, February 28, 2012
Cheese Tart, again...
-Semalam amik cheese tart lagik, and dis time taruk atas meja aku kat opis... Sesapa nak, meh turun ke tingkat 12, and makan ja.... Tapi kalau bilik berkhonccce, mintak maaf... Maksudnya aku tinggalkan peti harta karun aku kat dlm bilik laa tuh.....-Thanks to Puan Efa for this chees tart,.... Dis time, order kiwi, strawberry and tambahan chocolate chip.. But for me, Strawberry TATAP THE BEST!!!!!!! nyam nyam...
Preloved anak patung


-Yeay, ni yang aku da berjaya beli secara 2nd hand daripada Puan Adha Khalid.. Harganya pun murah.... Kalau beli kat luar, nak gak pengsan kuarkan duit utk sebijik anak patung,.... Ni dengan RM100, aku berjaya cekau 4 bijik anak patung and 2 of them saiznya sebesar Auni! La la la la.....-Elmo tuh aku beli harga rm10.... yg teddy pink tuh rm10.... and utk dua2 mickey and minnie mouse yg saiz besar Auni, harga rm80..... so, total altogether rm100..... nanti boleh hias bilik AA kalau dorg da besar skit and ada bilik sendiri, kan??????
Kalau nak usha2 anak patung preloved yg lain, korang klik sini, http://www.facebook.com/profile.php?id=620897949
.... Nama owner page tuh Adha Khalid.... Tengok2 laa yek.. Kot2 berkenan.... Harga pun boleh tahan.... Mana ada mahal..... Eh, mmg x mahal laa.....
Hidup kembali!
-But after dis, aku da boleh hidup semula, xbosan bila kat luar... nge nge nge...
***ooo, sorry ya kalau aku kurang update blog aku nie... sebab lately ni aku KENA kejar deadline buku aku......
Muka dibakar selepas tolak cinta




-Seorang gadis kebanyakan dipikat oleh anak orang kaya yang berpengaruh. Tapi si gadis menolaknya kerana tidak bersedia. Apa yang terjadi? Gadis ini dibakar. Dan lebih memeritkan. -Lelaki yang membakarnya tidak didakwa langsung dan bebas tanpa perlu membayar ganti rugi.Inilah kisah manusia zalim yang menuang minyak tanah dan membakar gadis bernama Zhou Yan dan lelaki yang membakarnya ialah Yao Rukun. Sadisss.. pada awek yang rasa diri korang comel.. jangan mempermainkan hati lelaki..
***gila punya lelaki....
Erykah Badu bendul, konsert dibatalkan!

100% copy and paste from sah dan x sah2 3 hari ini. Negara kita jadi panas dan semakin hangat kerana perbuatannya menghina Islam. Ini semua adalah kerana jasa The Star sebenarnya kerana mendedahkan gambar sebenar Erykah bertatoo kan perkataan Allah dan MuhammadKonsert Erykah Badu dibatalkan kerana melanggar Garis Panduan PUSPAL iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia.Ulasan Ke atas Pembatalan Kelulusan Konsert Erykah Badu, Artis USA, Tempat: Planery
Hall, KLCC pada 29 Februari 2012 jam 8.00 mlm
“Mesyuarat PUSPAL Bil 9/2012 pada 28 Februari telah memutuskan supaya kelulusan
Konsert Erykah Badu dibatalkan berdasarkan pandangan ahli Mesyuarat JK PUSPAL
khususnya Kementerian Dalam Negeri, JAKIM dan PDRM berdasarkan perkara berikut:
a) Telah melanggar Garis Panduan PUSPAL dan syarat-syarat kelulusan iaitu
menyentuh sensitivi perkauman, agama dan nilai-nilai budaya masyarakat Malaysia.
b) Perbuatan Artis meletakkan tulisan kalimah ALLAH dibadan tanpa berbaju adalah satu
penghinaan kepada Agama Islam dan merupakan satu kesalahan yang amat serius.
c) Perlanggaran syarat ini telah menimbulkan bantahan masyarakat yang boleh
menjejaskan keselamatan negara dan memberi impak negatif kepada imej Kerajaan.”
Monday, February 27, 2012
Futsal Wow Karnival 2012
-Hehehe,.. Ok, straight to the point, semalam (26.02.2012) ada futsal sempena Karnival Wow 2012 kat Presint 2, Putrajaya... Aku secara rasminya ni laaa game besar yg aku joined setelah 2tahun++ berehat pasal ngandung and bersalin....
-The result? huk huk huk... Mauk takat suku akhir ja.... Tapi xpe... MAsuk game pun for fun and gain experience.... But seriously, mmg aku nervous siyot... Training and match sangat beza.... Memang tertekan jaaa sebab fokus nak jaga gawang punya pasal.....
-And yg pasti, after dis i have to cut my carb to gain my stamina.... Kena buat exercise slalu nie.... TAAAAAAPIIIIIII, cmna? Auni Auji kang sapa nak jaga sbb lately Mizi asek outstesen ja.... Mana ada masa nak joging@bersukan.... **sob sob**....
Anak penagih dadah
Friday, February 24, 2012
Jom buat Pap Smear!


Apa itu ujian Pap Smear?Ujian Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan kanser serviks peringkat awal. Ianya diantara ujian saringan yang terbukti boleh menyelamatkan nyawa.Apa itu serviks?
Serviks adalah pangkal rahim. Sebelum menjadi kanser, serviks menunjukkan perubahan di dalam sel-selnya yang merupakan peringkat pra-kanser. Peringkat awal ini mengambil masa beberapa tahun sebelum ia bertukar kepada kanser serviks dan pap smear boleh mengesannya peringkat ini dengan mudah.Siapakah yang perlukan ujian Pap ?
Setiap wanita yang pernah mengadakan hubungan seks perlu menjalani ujian Pap terutamanya:- Mereka memulakan hubungan seks pada usia 18 tahun
- Mereka yang mempunyai pasangan seks berbilang.
- Pasangan seks wanita tersebut atau suami yang mempunyai ramai pasangan seks.
- Mereka yang mempunyai Jangkitan kuman HPV (agen penyebab kanser)
- Perokok
- Tidak pernah/lebih 3 tahun tidak melakukan ujian Pap Smear.
Bagaimanakah ujian Pap Smear dilakukan?
Pemeriksaan faraj akan dilakukan dengan mengunakan speculum. Kawasan dalaman faraj dan serviks akan dilihat dengan mata kasar. Setiap ketidaknormalan akan diperiksa dengan teliti.Dengan mengunakan kayu kayu kecil (spatula) sel-sel pada bahagian serviks akan diambil dan akan dismear pada permukaan slaid. Slaid ini kemudiannya dihantar ke makmal untuk diproses sebelum dibuat pemeriksaan mikroskopik.
Bilakah waktu yang sesuai untuk ujian Pap Smear dilakukan?
Ujian mudah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa anda tidak didatangi haid kerana sel darah merah boleh mengganggu pemeriksaan mikroskopik. Sebolehknya elakkan hubungan seks pada malam sebelumnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)




























