Blogger Templates

Followers

Wednesday, August 15, 2012

Pics to Baitul Barokah

-Thanks to Faza sebab upload dis pic kat FB.. Aku save and upload kat sini... Like i told u before, aku semalam takat snap dua keping gambar jer dalam hp aku....
Savvy Itam finally here!!! 

Salah sorang penghuni rumah ni yang tolong angkat barang... Memang dorang rajin...

Tu budak2 lelaki yang teruja tengok 2 bakul anak patung... Aik,  boboy pun nak main patung gak? eheheh

Ermmm i dont know what to write for this photo...

Bakul toys and bungkusan bag from PKPM....

Ruang pejabat...

Suka tgk dorg sbb rajin baca buku. even stok terhad. Kita plak buku keliling  pinggang, tapi x nak baca..

Bac and wife.... 

Budak baju merah tuh kata nama kucing tuh Mohammad Kucing.... Kecik2 pun dia dah memuja Rasulullah SAW... Kita kalau ditanya kompem jawab Comel la, Bulat la, Tompok la.... Kan? Kan>?

Tuesday, August 14, 2012

Ucapan Raya

Di sini aku nak ucapkan Selamat HAri Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan yang kenal aku... Yang x kenal aku but folo blog aku pun aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri gak yek... 
Kalau aku pernah tersilap kata, terkasar bahasa, terburuk perangai, aku minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki.... Yang buat silap kat aku pun aku maafkan juga... So kira kosong kosong la ye.... Jangan disimpan dalam hati.... 

Sori, aku x pakar edit.  Aku buat apa yang aku mampu ja.  Segan sebenarnya nak post esp kawan2 designer ramai, mesti dorg gelak tengok hasil edit aku ni.. Anak2 dorg sure boleh buat yang lawa sambil tutup mata....

Mahram dan Bukan Mahram

-Berhati-hati bersalaman dengan orang ketika perayaan ni.... Mana mahram dan mana yang bukan mahram.... Bimbang lepas berpuasa dalam bulan Ramadhan mulia, akaun dosa diisi semula atas kelekaan dan kealpaan kita sendiri....
Bagi Kaum Hawa

Bagi Kaum Adam

Punk Akhirnya Masuk Islam


aku copy and paste ja...:-
Berikut ialah Kisah Pemuzik Metal Punk Berhijrah Peluk Islam… Semoga kisah ini dapat dijadikan renungan kita bersama..
Beliau adalah seorang yang terpelajar, graduan Universiti, tetapi banyak perasaan marah terhadap kerajaan England, marah terhadap orang sekeliling dan disebabkan perasaan marah tu, beliau menjadi pemuzik ‘Punk Rock’ dan beliau sendiri mengaku beliau semasa zaman jahilnya, adalah seperti Iblis, begitu hina beliau rasa semasa beliau jahil kerana cara kehidupan beliau. Rakaman ini, sebenarnya membuatkan kita rasa sangat malu dengan diri sendiri. Malu dengan brother Abdul Malik (walaupun tak pernah berjumpa).
Kenapa kita patut malu? Sebab kita dilahirkan Islam, dilahirkan di dalam keluarga Islam; agama yang SEBENAR-BENAR AGAMA. Akan tetapi apabila nak belajar tentang bab ilmu agama, kita ambil sambil lewa. Bukan tidak dihantar belajar agama, akan tetapi, tidak ada rasa ‘nikmat’ dan ‘manis’ dalam agama sendiri. Masa kecik, kita solat sebab takut dipukul, mengaji sebab mak/ayah paksa kita mengaji. Seolah-olah tidak diberi penerangan KENAPA kita mesti mengaji, KENAPA manisnya beribadah, KENAPA kita patut bersyukur dilahirkan sebagai orang Islam. Bila diberi penerangan tentang dosa dan pahala, tidak dapat digambarkan ngerinya neraka dan indahnya syurga.
Brother Abdul Malik kata di dalam rakaman di atas, “There’s only ‘revert’ in Islam, there’s no room for convert”.
Kenapa beliau cakap macam tu? Revert bermaksud berbalik. Convert bermaksud mengubah. Jadi pada beliau, oleh kerana Islam adalah agama yang sebenar, semua yang bukan beragama Islam sepatutnya BERBALIK kepada Islam.
Kalau yang diluar agama dia berkata supaya BERBALIK, apa lagi kita yang memang sudah Islam? Bila masa kita nak ‘berbalik’ ke Al-Quran dan Sunnah? – Harian Metro Online

Baitul Barokah Wal Mahabbah

-Alhamdulillah, 14 Ogos 2012 merupakan kali pertama dalam 30tahun aku hidup menjalankan aktiviti ke rumah anak yatim.. Yes, it is my 1st time... 
-Sebenarnya plan ni aku wat secara tiba-tiba.  Xda perancangan teliti, xda perancangan rapi...  Aku terdetik nak sumbangkan sesuatu, so aku mula beli dan kumpul anak-anak patung daripada Adha... Ibu aku bising sbb dia sendiri pun x tahu.. Dia bebel aku bazir ja beli anak patung untuk AA... Hahaha... Xpa, bukan salah Ibu pun sbb aku x bagitau dia....
-Then x sangka plak Adha pun nak join sumbangkan anak patung... Then berkembang plak kat kawan2 terdekat yang hulurkan sumbangan samaada dalam bentuk RM mahupun barang.... Thank you kawan2....
-Seronok aku tgk kanak2 situ pandai berdikari.. Time puasa dorg sapu kawasan persekitaran, dorg tolong angkat barang2 dari kereta, budak dalam umur 5-6tahun susun selipar.... Kagum+Hepi+Sebak.... Bercampur baur perasaan aku.....  O, lupa plak... Aku gi sana dengan Ekin dan juga Bro Faza dengan bini dia.... Bukan x nak ajak org lain, tapi SUMPAH kereta kitorang part belakang penuh dah sampai x boleh tengok cermin belakang dah..... 
-Aku x snap byk gambar.... Ada pun 2 keping ja dlm hp aku.... Aku tunggu Bro Faza tag aku kat FB then aku upload lagi kat blog.... 

-Wokeh aku taip serba sedikit info yang aku dapat dari brochure rumah ni.....

  • Sebuah rumah berkonsepkan kebajikan kanak-kanak lelaki dan pompuan berumur 7-15tahun terdiri daripada anak yatim, fakir miskin dan asnaf zakat.
  • Menyediakan asrama, tempat pembelajaran, makan minum, pakaian dan segala keperluan anak-anak.
  • Mengadakan kelas fardhu ain, akademik, pengajian al-Quran, aktiviti kebudayaan dan kemahiran hidup.
  • Menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan dan asnaf zakat.
  • Mengadakan rehlah, ekspedisi dan aktiviti kemasyarakatan seperti tahlil, gotong-royong untuk pengisian rohani dan pembangunan jiwa mereka.


 Anggaran Perbelanjaan Bulanan:

  • Sewa rumah/premis : rm3750
  • Bil. air, letrik, telefon : rm3000
  • Makan minum           : rm17,760
  • Keperluan asas         : rm1000
  • Pengangkutan           : rm3000
  • Pengurusan rumah dan kawasan : rm1500
  • Kebajikan staff         : rm3750 (ni bukan sorg tau... ni utk semua staff yg ada.. )
          • TOTAL RM33,760.00

 Baitul Barokah Wal Mahabbah (Maybank)
5628-3461-4558

Selain sumbangan berbentuk RM dan tajaan, barangan lain turut dialu-alukan termasuklah kelengkapan asrama dan surau, mesin basuh, freezer, komputer, printer, kipas angin, almari, karpet, rak, kerusi, meja, barang2 keperluan sekolah dan BANYAK LAGI....
 Anything, just kol:
Puan Hamidah 0135852494
Puan Nurul 0132429731
Puan Norlida 0122275393
pejabat (tel/faks) 03-87063221



Si Miskin perlukan Si Kaya untuk Dunianya..... Si Kaya perlukan Si Miskin untuk Akhiratnya.... (dari brochure Baitul Barokah Wal Mahabbah)

Sakit Pinggang!

-Aku sakit pinggang!!!!! Malam tadi tengah siap2 barang2 utk sahur, nak buat udang goreng kunyit and goreng ikan utk bubur AA ke taska, tetiba pinggang belah kiri aku sakit sangat....
-Bila nak tidur, lagi la parah... X dpt nak tidur dengan lena sbb semua serba x kena.... Pusing sakit, meniarap sakit, terlentang lagikla sakit.
-Tengah mandikan AA pagi2 pun perit.. Kesian AA xdpt main air lama2 sbb aku x tahan plak duduk mcm biasa... Terpaksa "ampuh" pinggang ni supaya x jatuh.... Masuk kereta pun 2x5... Abislah aku... Mizi dahlaaa nak g balik Kelantan hari ni... Naya aku... Naya....
-Ni kalau x elok sehari dua nie, nmpk gaya kena la gi berurut... Kang nanti nak hangkut AA kat airport time balik raya ni susah....
-Kalau korang kenal sesapa yang pakar bab2 'repair' pinggang nie, tolongla bagitau aku.... Memang sakit sangat....

Menghadapi Kematian

Aku copy dan paste... 

MATI itu pasti! Kenyataan yang sememangnya tidak dapat dielakkan lagi sejak ALLAH meniupkan roh ketika manusia itu bergelar janin seawal usia tiga bulan kerana tidak ada yang mustahil bagi-Nya.

Bayangkan kain putih menutupi sekujur badan? Bayangkan apakah perasaan kalian sebaik ditinggalkan keseorangan dalam liang yang dalamnya tujuh kaki dengan hanya ditemani kegelapan.? Matinya anak Adam itu, maka terputuslah dia melainkan dengan tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh.

SETIAP manusia pasti menghadapi kematian hatta nabi dan rasul sekalipun. Tiada seorang pun terlepas daripada merasainya. Kematian adalah ujian dan dugaan besar kepada manusia dan perlu ditempuhi dengan reda.

Firman ALLAH SWT bermaksud: Kematian melatih manusia bersifat sabar dan reda dengan qadak dan qadar ALLAH.

(Surah al-Maidah ayat 106)

Rehal bersama Ketua Jabatan al-Quran dan al-Hadis, Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), Dr Faisal Ahmad Shah, 40, mengupas apa itu kematian yang semakin hari mendekati setiap makhluk ciptaan Ilahi.

MATI ITU MAKHLUK

Kematian tidak mempunyai peringkat atau tingkatan. Bahkan jika ALLAH telah menetapkan kematian seseorang maka tiada suatu pun yang akan melewatkannya atau mendahulukannya. Firman ALLAH bermaksud: Katakanlah, sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya pasti akan menemui kamu.

(Surah al-Jum’ah ayat 8)
Faisal berpandangan, kenyataan mengenai kematian berbeza dengan pemikiran falsafah yang menganggap tidak ada sesuatu kejadian dinamakan kematian. Dalam erti kata lain mereka menganggap kematian bukan sesuatu yang dijadikan.

“Sebaliknya terdapat penceritaan daripada Nabi Muhammad SAW bagaimana kematian diubah menjadi seekor kibas pada hari kiamat membuktikan bahawa kematian itu adalah makhluk.

“Dalam riwayat Sahih al-Bukhari ada menyebutkan bagaimana kematian itu dibawa ke hadapan ahli syurga dan ahli neraka kemudian disembelih sebagai suatu simbolik bahawa tiada lagi kematian selepas itu. Baginda bersabda: “Jika telah masuk ahli syurga ke syurga dan ahli neraka ke neraka akan didatangkan kemudiannya kematian seperti kibas lalu berhenti di antara syurga dan neraka lalu dikatakan: wahai ahli syurga adakah kamu kenal siapakah ini? Mereka meninggikan leher mereka untuk melihat dan berkata Ya. Itu adalah kematian. Kemudian dikatakan kepada ahli neraka wahai ahli neraka adakah kamu kenal siapakah ini? Mereka meninggikan leher mereka untuk melihat dan berkata Ya. Itu adalah kematian. Lalu kibas itu disembelih antara syurga dan neraka kemudian dikatakan: wahai ahli syurga kekal tiada lagi kematian dan dikatakan wahai ahli neraka kekal tiada lagi kematian,” ulas Faisal.

Menurutnya, peristiwa mengenai kematian itu menambahkan lagi kegembiraan ahli syurga dan meningkatkan lagi penderitaan ahli neraka.

Perubahan kematian daripada satu bentuk kepada bentuk lain bukanlah perkara pelik bagi ALLAH, terutamanya pada hari kiamat. ALLAH mengubah amalan soleh hamba itu semasa di dunia kepada bentuk pemuda kacak pada hari kebangkitan nanti. Begitulah sebaliknya, ALLAH turut mengubah amalan buruk seseorang semasa di dunia kepada pemuda yang hodoh pada hari pembalasan. Sabda Rasulullah bermaksud, “sesungguhnya amalan seseorang hamba itu akan datang kepadanya dalam bentuk seorang pemuda cantik dan amalan buruk dengan seburuk gambaran.

Faisal berkata, berdasarkan kajian perubatan, kematian yang sebenar ialah kematian otak. Jika otak mati dan tidak berfungsi maka bermulalah kematian seseorang itu walaupun jantungnya masih berdenyut.

“Islam menganggap kematian ialah apabila terputus pergantungan roh dengan tubuh badan. Menurut Imam al-Qurtubi dalam bukunya al-Tazkirah. Kematian membuktikan terputusnya hubungan roh dengan tubuh badan manusia dan berlakunya perpisahan antara kedua-duanya. Apabila berlaku kematian akan terjadi perubahan dari satu keadaan kepada keadaan yang lain dan berlakunya perpindahan dari satu tempat ke tempat yang lain.



 SAAT YANG MENYAKITKAN

“Kematian antara isu yang banyak unsur tahyul dan kurafat dalam kalangan masyarakat, soalan biasa akan ditanya kepada waris adakah si mati menunjukkan tingkah laku pelik sebelum matinya.

“Segelintir masyarakat percaya bahawa roh akan kembali untuk melihat keluarganya atau merayau di tempat kematiannya. Begitu juga ada yang beranggapan roh orang mati dibunuh akan mencari pembunuhnya dan kepercayaan sebegini merosakkan akidah umat Islam memandangkan ia berasal daripada kepercayaan karut masyarakat jahiliah sebelum Islam," katanya.

Masyarakat jahiliah menganggap roh orang dibunuh akan muncul pada malam hari dalam bentuk burung dengan menyeru “berilah aku minum daripada darah pembunuhku. Keadaan ini akan berterusan sehinggalah dendam terbalas. Masyarakat jahiliah menamakan burung itu sebagai al-Hamah.

Saat menghadapi sakaratul maut paling menyeksa dan menakutkan. Tidak ada seorang pun dapat melepaskan diri daripada kesakitan itu. Malah jika disuntik dengan ubat penahan sakit pun tidak terdaya menghilangkan sakitnya sakaratul maut.

Aishah menceritakan kesakitan Rasulullah ketika menghadapi saat kewafatannya, “Aku melihat Rasulullah ketika nazak di sisinya bekas mengandungi air. Baginda kemudian memasukkan tangannya ke dalam bekas tersebut kemudian menyapu mukanya dengan air dan bersabda: Ya ALLAH ya Tuhanku bantulah aku dalam menghadapi kesakitan mati.
(Hadis Imam al-Tirmizi sebagai gharib manakala Syeikh al-Albani menghukumkannya sebagai daif)



BEZA ORANG BERIMAN, KAFIR

“Bayangkan jika kekasih ALLAH turut merasai kesakitan sakaratul maut apatah lagi kita insan biasa yang penuh dengan dosa dan maksiat kepada ALLAH. Namun terdapat riwayat yang menceritakan mengenai perbezaan antara kematian orang beriman dan kafir.

“Sesungguhnya seorang hamba Mukmin ketika hampir terputus kehidupannya daripada dunia dan menghadapi akhirat, malaikat daripada langit akan turun kepadanya dalam keadaan putih wajahnya seolah-olah wajahnya seperti matahari, bersama mereka kain kafan dan wangian daripada syurga sehingga malaikat duduk berdekatan dengan hamba sejauh mata memandang. Kemudian malaikat maut datang kepadanya lalu duduk di tepi kepala dan berkata: Wahai jiwa yang baik keluarlah kepada keampunan dan keredaan ALLAH. Lalu roh pun keluar sebagaimana keluarnya titisan air daripada mulut bekas kemudian diambil oleh malaikat,” katanya.

Menurutnya, situasi berbeza dengan orang kafir, di mana riwayat menyebut bagaimana malaikat yang hitam wajahnya akan turun, kemudian datang malaikat maut lalu berkata: Wahai jiwa yang kotor keluarlah menghadap kemarahan dan kebencian ALLAH lalu nyawanya ditarik dan disentak seperti sentakan sesuatu daripada bulu yang basah.

Walaupun keadaan itu tidak disaksikan melalui pancaindera dan tidak dibuktikan dengan kajian saintifik, namun sebagai orang beriman kita dituntut untuk mempercayai dan mengimaninya. Bersyukurlah dengan nikmat iman dan Islam kurniaan ALLAH kepada setiap hamba-Nya.

Ratu, Bukan Babu. heheheh

Hmm, ada betul ka nie?????  Wah, kena start beli mahkota ala2 Ratu Universe pakai kat rumah......

Alis Kening

 Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: 

”Allah mengutuk wanita yang bertatu atau minta ditatu, wanita yang mencukur alis dan mereka yang meminta dicukur alis mereka, wanita yang membentuk giginya agar kelihatan cantik dan mereka yang mengubah ciptaan Allah..” (Hadis Riwayat Ibnu Mas’ud)



Monday, August 13, 2012

Soping Keberkatan

-Soping Keberkatan? Aku pun xtau nak bagi title apa, so hantam ja la taruk Soping Keberkatan.... 
-12 Ogos 2012 jam 9.15 pagi, aku dan Auni gi ke Carrefour Alamanda untuk soping barang2 for disumbangkan ke anak-anak yatim kat Kota Warisan....
-Sebab ni 1st time aktiviti aku berbentuk camnie, aku agak blur nak amik apa.... So, kerana nak raya and nama pun anak yatim, aku lebih banyak amik snek mcm Koko Crunch dan 'rakan-rakan' (Cornflakes, Milo, Honey Star etc), coklat, waffle, biskut, keropok, and bla3 untuk dorang.... 
-Bro Bac pun ikut gak pagi tuh.. Nasib dia ada sbb 1 troli x muat.... Bac amik beras, gula, tepung bla3.... Minuman Milo, Horlicks, kordial, susu pekat, mihun, tepung instant buat cucur, muhsroom sopu dalam tin pun kitorang rembat sekali.....
-Ni aku upload sebahagian gambar2 yang sempat di snap semalam.... Xda masa nak snap banyak2 sbb letih menolak troli yang berat.... ahahaha....
-To yang telah sumbangkan RM Bro Bac, Yana, Fadzlin, Mizi, Auni, Auji, Zu, TQ! Hari ni tengah tunggu barang2 plak sampai ke bilik aku sebab esok dah nak gi ke rumah anak yatim tu dah... X boleh simpan lama2 barang2 tuh dalam kereta sebab abis penuh x boleh taruk stroller AA and bag pelbagai... Hahahahaha...

Ni time kat kaunter dah... Tu baju itam tuh Bro Bac....

Sementara tunggu settle bayar barang2, Auni layan diri makan puding mangga....

Total.... Alhamdulillah.... 

Resit lebih panjang dari Auni..... (Bac, simpan resit tuh!!!!! )

Kereta keciklaa katakan... So muatan pun sikit ja..... Nanti next time aku bawak lori pentarama pulak...

Kereta Bro Bac besau sikit.... Syukur bolehlaaa masukkan barang2 ni dalam kereta dia.... 
-Bro Bac baru informed aku seminit ni ada 1 rumah yg daif.... So, maybe nak hntr barang2 nie ke sana la kot sbb rumah yg mula2 nak gi ni aku tgk ok.... Rumah batu.... Yg baru ni rumah papan... Aku sendiri sebak bukak blog dia... Nan nanges.... http://baitulbarokah.org/

Iftar with Unimates

Assalamualaikum.... Bak kata Maria Elena, "x jawab dosa, kalau jawab sayang"...... 
-Well, after 7 years since 2005, my gang during wat Journalism dulu masih contact eachother even bukan selalu (ermm maybe 2-3 tahun sekali thru kol/sms).. But agak selalu gak dalam FB..... Memang kuasa FB/Twitter ni sangat besar sbb HP pun dah x guna dah untuk berkomunikasi...
-So, semalam (12 Ogos 2012), kami jumpa and berbukak posa bersama-sama kat Tupai-Tupai... Sapa jemputannya? Hehehehe.. Shazryn, Wahida, Norishah, Yusmizal, dan si budak Fazlan..... (ye, ketepikan segala yang berlaku, sila pandang ke hadapan)... ;-)
-So, alkisahnya aku bawa Auni jer sebab Mizi x nak ikut... So, Auji pun stay kat rumah memandangkan kebimbangan aku yang menebal serta yakin Auji akan merengek selepas jam 8.30pm....  So, baik x bawa dia... Plus malam... Auji ni lemah semangat sikit budaknya.....

Me, Wawa and Shazryn....
 -Jam 6.30pm, Shazryn datang 'jemput' aku kat Petronas Sg. Besi sebab aku seriously x tahu jalan ke Tupai-Tupai tuh.... Sampai kat sana around 6.50pm.... Wawa, Jan and Lan dan sampai..... Norishah sampai lewat sebab laki dia pun tersesat.... (adui, yang bawa suami pun sesat, kalau aku sendiri pergi camna laaa... Mesti x sampai2 kat tempat tuh).... But dont worry, aku dah tau dah kalan ke Tupai-Tupai.... Next time kalau nak makan2 kat sana, no hal!!!! Gua dah tahu jalan.....
Its us after 7 years kuar dari UiTM...
-Aku makan asam laksa and nasi... Nasik tuh kira kes terpaksa sbb aku nak amik untuk Auni, tapi dia sebab dah makan nugget+fries McD, so dia lebih berselera nak minum air bandung ja... Abis mulut kaler pink....
-Borak punya borak, ngumpat punya ngumpat, gelak punya gelak, rupanya dah dekat jam 9.30pm.. Patutlah Auni terjelepuk dah kat riba Esah....
-Ni versi x terang sebab aku guna Ipad ja.... Aku tunggu versi yang jelas sbb time tuh Shazryn bawak kamera, Wawa pun pakai HP dia yang canggih tuh.... And x lupa, tunggu gambar dari Esah..... Dah dapat, aku upload lagi kat blog....

Friday, August 10, 2012

VID: Best ever from BERNAS!

-Aku rasa cukup aku tengok 2x iklan ni sebab setiap kali aku tgk wahaj Fizi dan Ahmad, hati aku ni macam nak jatuh menahan sebak.... 2x tengok, 2x jugakla air mata aku jatuh.... 

-BERNAS, u did a really good job this year.. Iklan ni betul2 menyentuh jiwa dan menyedarkan jiwa manusia bahawa x semua manusia dilahirkan sempurna dan berkeluarga... Namun kekurangan itu x menghalang mereka untuk menyayangi antara satu sama lain....
-And to Adik Fizi dan Ahmad, semoga Allah lindungi kamu berdua dunia dan akhirat...

Shasmeen : Its mine!

-Hahahaha... Aku buat ala2 bisnes online.... Gambar pakai tudung dengan gaya posing yang sama..... heheheh....
-Ni la koleksi shasmeen radiusite yang berjaya aku cekau...lawa x? lawa x?
-Ume, apa pandangan ko? Ko nak gi Sabtu ni memang harapannya tipis laaa kot sbb semalam pun aku tgk stok dah tinggal 4 kaler ja dr 10 kaler... ahahaha....
(kak noi, kalau baca blog ni, jgn bising2.... nanti ibu marah.... ibu mmg kompom x bukak blog ijang.... la la la la...)






Thursday, August 9, 2012

Bonus Raya

-Yeh yeh.. Hoyeh hoyeh... Bonus dah keluar hari ni! TETAPI, selepas dah bayar duit ganti angpau, selepas dah bayar kuih raya, baki yang tinggal cukup2 untuk beli susu Auni Auji... Apa2 pun terima kasih to PM sebab bagi bonus nie... Kalau x, memang kena lagi potong-potong apa yang patut..... 
-Yang penting, belanja hanya apa yang patut.... Gaji September akan kuar 13 Ogos ni TETAPI (tetapi lagi) next gaji akan kuar 25 September.. So, pepandailah belanja gaji supaya x kebulur seminggu dua sebelum gaji keluar lagi.... ehehehehe....
Gunakan bonus sebaik2nya..


sekadar gambar hiasan : chocolate chips....


sekadar gambar hiasan: snow almond..

VID : Pemakaian Tudung Radiusite

-Ok peeps... Today aku insert 3 video dari pihak Radiusite sendiri tentang bagaimana nak pakai hijab keluaran mereka....
-Xsemestinya beli shawl yg tertentu baru boleh ikut... Lain2 shawl pun boleh... Sama gak dengan yg halfmoon.....
(edisi tambahan: dah berjaya cekau 3 shasmeen dan 1 mila tadi. hehehehe... hahahaha...)


PEMAKAIAN PADDLEPOP SHAWL


PEMAKAIAN NISYA SHAWL


PEMAKAIAN SHASMEEN HALFMOON


***kredit to Radiusite

Isu Sampul Raya

-Hai semua....
-Sekarang ni kat HQ kira agak kecoh semua nak sampul raya KPKK.... Org PM kat FB sampai kol ke meja aku pun ada.... X kisahlaa sebab kawan2....
-Sini aku nak jelaskan isu sampul raya ni... :

ISU PERTAMA:  LEWAT
-Kelewatan sampul ni atas sebab isu logo kemerdekaan ke-55 tuh... Kalau x, benda ni dah lama siap dah TAPI bila isu logo ni dah mula kecoh, Menteri sendiri yang suruh hold dulu printing sampul....  So, kat situ ja dah amik masa tunggu sampai kes ni settle....
-So, harap korang faham dan i'm sure korang sendiri pun sedar betapa panas isu orang ramai bantah penggunaan logo kemerdekaan ke-55 tuh....   ;-)

ISU KEDUA: TERHAD
- kuantiti sampul terhad... sebenarnya banyak yang dicetak.... Tapi selepas bahagi dengan Menteri, KP, TKP-TKP, dan paling penting pengedaran ke negeri2, maka jumlahnya pun makin berkurang....
-Yes, aku yang mmg handle job sampul nie.. Tapi aku hanya ditugaskan membuat dan deal dgn pereka + printer untuk job ni... Bila bab pengedaran, orang lain pulak yang dah handle.... Aku xda kuasa untuk distribution.... Harap korg paham...



KESIMPULAN:
-aku harap korang semua faham dan x buat spekulasi sendiri... X pernah kitorg nak simpan sampul and 'makan' sendiri2.. Aku sangat bangga untuk berkongsi hasil idea aku+pereka Puan Wan Shifah+Datin Omi dengan semua... Apa lagi digunakan ketika musim raya nie.....
-benda ni dah siap awal lagi memandangkan aku sendiri nak makesure benda ni siap awal supaya xda masalah nanti.
-tapi, thanks to the logo kemerdekaan 55 tuh, semua jadi HOLD..... semua KIV.... semua STOP..... nunggu sampai keputusan rasmi.. Bila logo kemerdekaan tuh dimasuhkan, kena la tukar balik dgn pereka, buat dummy baru then tunjuk lagi ke KP dan MEnteri untuk pengesahan terakhir sebelum masuk printing...  Segala benda yang kami buat kena rujuk dan dpt persetujuan dari pihak atasan.. Dan semua itu menggunakan masa....  Harap korang faham.... Kami di PDN dah sedaya upaya cuba menyiapkan kerja dgn secepat mungkin tapi bila ada isu2 begini, kami x dpt nak elak... Bak ayat rasmi dalam surat formal, SAYA YANG MENURUT  PERINTAH......
-Harap dengan penjelasan ni dapat beri korang sedikit sebanyak bayangan isu sampul ni.... its all because of the logo's issue... ok.. aku chiow dulu...

bye!



Wednesday, August 8, 2012

Letih

-hari ni aku sgt letih dan perut ngilu... rupa2nya masalah kaum pompuan yg aku x alami dua tahun, 2010 dan 2011.... tahun ni baru posa aku byk longkang... naya aku nak ganti balik.. ahahaha...
-sebab aku penat dan x sihat skrg ni, insyaAllah esok aku update blog aku ni kat opis... sbb kat ipad ni xboleh pload gmbr, and aku x suka entri aku hanya ada teks tanpa foto... BORING!!!!!
-actually aku xda apa cerita atau ossip baru, but i'll try find one or two for u peeps....
got to go... goodnite and jgn lupa niat posa utk esok!!! tata

VID : Tutorial by Hana Tajima

-Ni plak tutorial by Hana Tajima.... Pemakaian dia agak singkat dan x tutup dada... Ermmmm, my bad upload videos nie....  (larrriiiiiiiiiii!)



lagi...:
http://www.youtube.com/watch?v=HEtAUOTW3ws&feature=relmfu

dan lagi:
http://www.youtube.com/watch?feature=endscreen&NR=1&v=CqhKjL3-6zo

VID Collection: Tutorial Hijab

-Lagi aku insert videos pemakaian shawl and bawal.... Pepandai la nanti adjust tutup dada... Ni bagi pandangan/idea kat korang jer cmna nak lilit/balut/selit/lipat/tutup/pusing/semat shawl/bawal tuh ....  



http://www.youtube.com/watch?v=iaXXccqfs3w&feature=relmfu

http://www.youtube.com/watch?v=_8AQaMiwayg&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=2CspPTIm_bc&feature=related


VID : Koleksi Tutorial Shawl/Pashmina

-Aku upload ja sikit dulu.... Ni antara yang aku suka tgk dan agak mudah x over and paling penting, boleh adjust kalau nak cover dada....   ;-)


**collection from YouTube...

Tuesday, August 7, 2012

1st PIBG Meeting




-Hari ni 7 Ogos 2012, aku ada meeting PIBG yang pertama with parents2 lain yang hantar anak ke Taska KPKK ni....
-Pendekkan cerita, aku, zaf and faza dilantik jadi ajk PIBG bersama 4 lagi orang yang dari KPKK.... meaning kami bertiga ni dr JAPEN la kiranya.... wakakakaka.. lawak... lawak.... ni Puan Emmy Safina la yang suggest ni... Dah suggest mmg xdpt nak bangkang sbb Tuan Pengerusi SUB PSM.... huk huk huk....

 but anyway..............

................




.................




..................




...................





Terima kasihlah sudi lantik kami-kami ni jadi ajk PIBG... Kembang plak mcm member kat gambar atas nie.....

Hijab Sarung : Cantiknya!!!!

-Tudung sekarang ni bikin aku x senang duduk.. Apa tidaknya... Semuanya lawa2.... Ni aku himpunkan gambar2 hijab sarung yang aku suka..... 
-Tudung lawa, model pun lawa..... Saya suka! Saya suka!











***pendek kata, kalau nak beli hijab tuh, berpada2 la.. kadang2 shawl ni ikut org gak... kadang2 sesuai dgn kita, kdg2 idak sesuai.... Yelah, tudung ni bukan murah rm5 cm kat jalan TAR tuh... ni kena jaga elok2... Awning rosak, nangis nyesal! Lebih tebal beads kat kepala, lagi naiklah harganya..
-Sekali skala beli untuk kepuasan diri xsalah... Jangan jadi sampai tahap fanatik ja seolah2 dunia nak kiamat esok.... Hahahahah