Blogger Templates

Followers

Wednesday, March 21, 2012

TIPS: bezakan ais dr air mentah dan air masak

berwarna putih kerana masih banyak gas yang terperangkap di dalamnya. Biasanya, ais yang dibuat dari air mentah adalah ais blok. Ais ini jelas-jelas tidak baik dimakan/minum, lebih-lebih lagi jika airnya diambil dari sumber air yang tercemar

Ais dari air mentah

Ais dari air masak akan kelihatan jernih kerana gas di dalam air terlepaskan ketika proses perebusan. Biasanya, ais seperti ini disebut ais kristal. Sekarang, ais kristal sudah banyak digunakan, ianya berbentuk kiub dan berlubang, berlubang di tengah-tengah.

Wanita Gemuk Kawen dengan Chef...


London – Hasrat seorang wanita di Britain yang mahu menjadi wanita paling gemuk di dunia, mungkin menjadi kenyataan selepas dia mengumumkan bertunang dengan seorang chef.

Susanne Eman, berkata, melalui ikatan pertunangan dengan Parker Clack, 35, akan membolehkan dia mencapai impian menjadi wanita paling gemuk di dunia.

Sambil menyifatkan Parker sebagai seorang yang sempurna, Susanne berkata, mereka telah ditakdirkan untuk hidup bersama.

“Saya seorang yang suka makan manakala Parker pula suka memasak. Kami memang sepadan,” katanya.
Ibu kepada dua anak itu, Susanne, 33, memiliki berat badan 756 paun dan perlu menambahkan lagi berat badannya. lebih 1,000 paun jika ingin menjadi wanita paling gemuk di dunia.

Jelas Sussane, memasak merupakan satu tarikan yang dimiliki Parker menyebabkan dia sukar menolak kehadiran lelaki berkenaan.

“Spaghetti bolognese yang dimasaknya adalah kegemaran saya dan saya boleh makan makanan itu setiap hari.” katanya.

Dalam pada itu, Parker, yang kini menetap bersama Susanne di Casa Grande, Arizona, berkata, dia memang meminati wanita gemuk dan sentiasa menyokong Susanne asalkan wanita itu bahagia.

“Saya tidak bimbang mengenai kesihatannya kerana makanan membuatkan dia tersenyum,” katanya.

Mode : Sedey!

-Sangat sedey! BFF aku yang dijangka kawen Mei ni tetibe terpaksa tunda plak pasal hal kerja yang x dpt nak dielakkan.... Aku dgn terujanya da siap beli tiket da untuk pergi ke majlis kawen dia, and mak aku plak siap da beli tiket datang ke KL untuk jaga AA sementara aku 'outstation' dua hari.......
-Memang sedey... Xdpt nak kata apa2..... Tiket tuh yg harga promo... Sudah tentu akan burn kalau x guna... Sayang plak kan kalau burn cmtuh ja... So, the solution aku kena gi gak even takat jalan2 ja ke sana......
-To my bff (u know who u are), tabahkan hati.... Just tunda tarikh, bukan x jadik kawen langsung kan...... Sabar! and Be Strong!

Mulan Jameela makhluk Tuhan Paling seksi ke?





"Akulah makhluk Tuhan yang paling seksi.....".... Sekarang korang pikir dia seksi ke x???? Itulah kuasa mekap.......!

Subhanallah... Pokok pun pandai bengkok..



-Alkisahnya cmnie... Aku main ingat ja storynya.... Kereta ni kepunyaan seorang bilal.... Dia pakai kereta buruk ja sebab duit pendapatan dia dpt dia salurkan kepada org lain yg lebih memerlukan..... One day, pokok depan rumah dia tumbang.... And dengan kuasa Allah SWT, pokok ni bengkok and x kena pun keretanya...... Pikir2kan...

Friday, March 9, 2012

Gadis Arab pula Melacur di Malaysia


Gadis Asia Barat kini mula menjadikan Malaysia sebagai lokasi kegiatan pelacuran berikutan permintaan tinggi daripada pelancong asing dari rantau itu dan juga lelaki tempatan. Kegiatan tidak bermoral itu terbongkar apabila polis berjaya memberkas beberapa gadis Arab yang terlibat dalam aktiviti pelacuran di sekitar ibu negara sejak awal tahun ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan (gambar) berkata, kehadiran ramai pelancong Arab sejak kebelakangan ini telah menyebabkan permintaan terhadap pelacur asing terutama dari negara sama dengan mereka turut meningkat. Beliau berkata, pelacur dari negara Asia Barat seperti Syria, Iran, Yemen dan Maghribi memilih Malaysia untuk mencari rezeki kerana kegiatan itu haram dilakukan di negara sendiri.

Pelacuran memang diharamkan di negara-negara Asia Barat yang majoriti penduduknya beragama Islam dan mengamalkan undang-undang hudud. Sesiapa ditangkap kerana melacur akan dijatuhi hukuman rejam sampai mati. Sebab itu, gadis-gadis dari negara berkenaan memilih negara luar seperti Malaysia untuk melacur, katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini baru-baru ini. Menurut Abdul Jalil, pelacur dari negara Asia Barat tidak memerlukan sindiket untuk mengurus kemasukan dan operasi mereka di negara ini kerana mereka boleh bergerak sendiri mencari pelanggan.

Beliau berkata, mereka biasanya datang sebagai pelancong atau menggunakan pas pelajar untuk memasuki negara ini. Katanya, di negara ini, mereka akan mencari sendiri pelanggan di kalangan lelaki sebangsa yang ditemui semasa mengunjungi pusat-pusat hiburan atau pusat beli-belah.

Pelanggan utama kepada pelacur dari Asia Barat ini ialah jejaka Arab yang melancong ke negara ini tetapi ada juga lelaki tempatan yang mendapatkan perkhidmatan mereka kerana mahu merasai kelainan,ujarnya. Abdul Jalil berkata, bayaran dikenakan oleh pelacur berkenaan juga lebih mahal berbanding wanita-wanita tempatan dan negara asing yang lain iaitu antara RM500 dan RM1,000.

Katanya, polis menghadapi kesukaran untuk mengesan aktiviti pelacuran membabitkan wanita-wanita asing itu kerana mereka memasuki negara ini secara sah manakala usaha mendakwa mereka di mahkamah selepas ditangkap juga sukar jika tanpa bukti yang kukuh. Katanya, tangkapan pertama membabitkan pelacur dari negara Asia Barat dibuat pada 19 Januari lalu melibatkan 19 gadis Syria, dua Iran dan seorang Yemen.

Minggu lalu, kita memberkas 30 lagi pelacur asing di sebuah kelab di Jalan Sultan Ismail. Dalam serbuan ini, selain gadis Uzbekistan, kita menemui pelacur dari Iran dan Maghribi.Pemeriksaan mendapati mereka memiliki pas pelajar tetapi menyalahgunakan untuk melacur.

Motivation esp for me : Gemuk ke Kurus
















-Jus Mate, Sendayu Tinggi, Litchin, Shape Plus, Herba Life, cakap jerlaaa.... Org Mesia ni pantang dikata gemuk, mesti memang akan TERASA punya, TERMASUK AKU.... Lately i dont know y kenapa selera makan aku sangat kuat sampai aku ingat aku pregnen, again... But bila aku buat pregnancy test, its -ve... Bukan sekali yek... Dah dekat 6x aku buat.... Sampai Mizi marah sebab aku buang duit beli test kit tuh... Yelah, cmner x risau, berat aku naik mendadak.... Memang ketara mendadak... Aku sendiri akui.....
-But nak kurus bukan senang... Kena kuat and ada keazamana yang jitu.... Untungnya mereka yang ada metabolisme yg tinggi, kan? Makan apa ja pun badan still menten.... Seolah2 mcm bela hantu raya.... Hehehehe.... Aku ni plak jenis metabolisme rendah... Baru makan sikit, berat terus naik....
-Then, ni terpegun tengok usaha member opis, Yuni yang gigih x sentuh sebarang makanan berbentuk CARB... Just makan lauk ja..... Salute ko laaa.... Aku ni kalau makan tomyam, bihun mesti kena ada... Ni tengah taip pun da terliur2 da ... Cmna nak diet???????
-Xnak cerita panjang2laaa... Ni aku post gambar2 org mat salleh time zaman gemuk and berjaya kuruskan badan dorang.... Sangat jeles....

107 tahun dan masih dara

CORNWALL – Seorang anak dara berusia 107 tahun, Clara Meadmore mengakui
dia tidak pernah melakukan hubungan seks, lapor sebuah akhbar semalam.

Perawan warga emas itu meraikan hari jadinya yang ke-107 pada Ahad lepas.

Ditanya bagaimana dia mengekalkan daranya sejak sekian lama, wanita itu
menyatakan, dia terlalu sibuk dan percaya seks cuma mengganggu kehidupannya.

Menurut Clara yang berasal dari sini, England, semasa usianya remaja
pada tahun 1920-an dan 1930-an, seks adalah untuk wanita yang telah
berkahwin.

Dia tidak berhasrat untuk berumah tangga dan pernah menolak beberapa
lamaran sebelum ini.

“Orang pernah bertanya sama ada saya homoseks dan jawapannya adalah
tidak,” kata Clara.

“Saya mempunyai ramai kenalan lelaki tetapi tidak berminat dengan seks
atau perkahwinan,” tambahnya. – Agensi